Saturday, December 18, 2010

Meriahnya Siti Nor kahwin..

Pagi semalam Siti Nor nikah tapi aku tak pergi. Yaya tumpang eleena ke kampung pengantin di setapak. Cik alin juga tak pergi sebab sakit perut. Dah banyak hari dia tak ke tandas....

Aku dan eden ke pudu. aku ke dentist dan eden ke kedai mancing. dia beli 2 rod dan 1 mesin baru. rasa2nya dia akan kembali mengangkat jorannya dengan penuh semangat dan bergaya...

Semasa aku ke rumah mak, eleena kata habis diorang kena marah dengan mak pasal aku tak pergi nikah siti nor. manalah dia tak hot. orang lain yang tak pergi, orang lain yang kena marah...
mak memang begitu...dia memang sayang aku lebih..

tengahari aku dan eden ke kenduri kawin hadi(bekas pap di seri mega). dia buat majlis kat kolej 9 um. kami pergi dengan nori dan suami.
seronoknya bila eden ingat jalan nak ke kolej 9 itu sebab tempat itu di luar kawasan um.

balik saja, kami bergegas hantar yaya dan cik alin ke kampung pengantin semula kerana ada rehearsal. tempat tu hanya gemerlapan waktu malam aje..siang hari macam kawasan gudang...

aku lihat siti nor exhausted sebab mengurus sendiri perkahwinannya...
kalau diminta aku dan eleena bantu dari awal, dia mungkin tak sepenat itu.
salah aku juga sebab tak bertanya. budak2 macam tu tentu segan nak minta tolong.
namun alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
seperti biasa aku datang masa dah nak habis. zaid ambil aku dan eden.
viva zahir pakai sebab banyak outing. kesian pulak kat dia.

berjumpa sedara mara memang seronok....dan banyak cerita baru.....

yaya jadi flower girl dan cik alin jadi penyanyi....pulak..

eden makan banyak dan mula merokok.
bila ditegur, dia kata "diam. diam..."
dia macam kemaruk nak merokok. bimbang pula aku dibuatnya sebab tak boleh ditegur.
nak mancing pun tengah2 malam.
bila diingatkan yang dia tak boleh berembun, dia akan angkat jari tunjuk dan kata ,'diam...diam'. kadangkala aku geli hati tengok cara dia tu.
kalau kita tak nak temankan dia, dia akan pergi sendiri atau ajak zubir..lagi aku risau.
ndak tak ndak, aku pergi juga...
alahai......

Thursday, December 16, 2010

Bimbangnya hati..

i. kena tukar?
semasa ke jabatan baru2 ini, aku bertemu kawan lama yang kebetulan bertugas di majlis yang aku sertai. dia memberitahu yang proses redeployment telah siap dan pertukaran gb dan gpk akan berjalan minggu depan. aku masih ingat pengarah akan menyatakan bahawa pertukaran ini adalah proses biasa di mana gb dan gpk yang bagus akan ditukarkan ke sekolah yang tiada peningkatan. aku bukannya gpk yang bagus tapi kalau aku ditukarkan, ada dua perkara yang berkaitan.
i. peningkatan dalam upsr baru2 ni
ii. ada sekolah yang perlukan gpk macam aku
adakah aku bersyukur dan gembira dengan pertukaran itu?
jawapannya: ya
kerana
i. aku perlukan sekolah yang penuh kasih sayang warga sekolahnya sepertii di sekolah lama dulu.
ii.dua tahun di sesebuah sekolah cukuplah untuk aku kerana aku cepat jemu
kalau aku tak kena tukar pun, tak jadi masalah untuk aku terus tinggal di situ.
hidup mesti diteruskan. kalau jemu juga, ambil pencen awal dan temankan eden kat rumah.

ii.
bila eden mula memancing....
dia tak hiraukan kesihatannya. kata dia kalau nak sakit, kat rumahpun boleh sakit. kalau nak kena strok, kat rumah pun boleh kena. jadi kat mana salahnya mancing larut malam tu? ha.. itu kata orang yangbaru nak sihat. susah juga nak bercakap dgn orang yang dah mula pandai ni..
semalam dia mancing dengan zubir kat langat. dia drive ikut bukit. aku ingat dia ke gombak aje. balik pulak pukul 4 pagi. tak ke gila aku dibuatnya? malam tadi dia ajak aku mancing kat bangi. nak di tolak takut nanti dia pergi sendiri jadi aku ikutlah juga. ambik kau...sampai jam 4 pagi juga baru dia nak balik. kalau mak aku tahu, mati aku kena lecture...

ii.

Friday, November 26, 2010

Hibanya hati melihat ain

hati aku tersentuh semalam bila ain mencurahkan rasa hatinya - tidak puas hati dan serbasalah dengan tindakannya sebagai seorang anak kepada bapaknya.
sebagai seorang mak cik, aku melihat dia sama seperti anak2 aku juga. semasa kecil dia bersama2 zahir, zaid dan zaireen. kiranya dia macam kak long bagi tiga2 budak ini.
setiap pagi, maknya akan menghantar ain ke rumah mak dan mengambilnya pada waktu petang. jadi dia begitu rapat dengan anak2 aku. aku melihat dia membesar dan sentiasa mengikuti perkembangannya.
perangai mak bapak dia memang pelik sikit tapi emaknya seorang yang penyayang dan ambil berat tentang kami adik beradik.
memang agak malang bagi ain kerana semasa dia membesar, ibu bapanya sibuk mengumpul harta untuk hari tua. dia hidup dalam keadaan yang sederhana walaupun bapanya berwang. sebagai anak sulung, emaknya menguruskan keperluan kewangannya sehingga dia mendapat 2 orang lagi adik.
kema dan iwan hidup agak mewah kerana emak dan bapanya telah mula senang dan berpencen. segala keperluan dipenuhi tapi aku lihat ain tidak membandingkan kehidupannya dahulu dengan adik2nya yang lebih bernasib baik kerana dia dilatih dengan budi pekerti yang mulia.
tambahan pula mempunyai suami yang memahami dan menyayanginya.
tapi bila ada perkara2 yang membuatnya sedih, hati aku juga tersentuh.
hanya kekuatan dirinya saja yang dapat menyelesaikan masalah itu.
aku hanya berdoa agar kesedihannya itu tak berbekas di hati.

semalam juga aku membawa mak ke hospital ampang untuk check alat telinga yang didapatinya hasil kasih sayang kerajaan malaysia. harganya yang mahal itu tidak menjanjikan kepuasan hati mak.
tapi bila tiba di sana, rupa2nya mak terlupa nak bawa kotak alat tersebut.
kesian dia sebab beriya2 benar dia nak alat itu dibaiki.
aku ajak dia pergi keesokannya...tapi Allah maha mengetahui, kita merancang aje...
gb menghantar msg minta aku ke ppd esok untuk bertanyakan guru baru..

hari ini aku mendapat panggilan dari kak eni memaklumkan pertunangan kiki pada 5 hb disember.
seronoknya jika aku dapat pergi..
eden tentu tak nak ikut sebab dia tak tahan duduk lama dalam kereta.
tapi tak boleh cakap juga. manalah tau tiba2 dia nak ikut?
dulu perkara yang sama berlaku masa tisam dan tina kawin. semuanya secara tiba2 dia nak ikut...
tapi kali ini kalau dia nak ikut, aku ingat aku tetap akan bawa tapi tinggalkan dia kat hotel di melaka dengan yaya dan zubir...agaknya lah. bukan apa. aku takut dia rosakkan majlis..macam mana kalau dia nak ikut juga? wa..payah ni...
I think I just let the time and tide to decide.

Monday, November 22, 2010

Bila bertemu kawan lama..

bila bertemu kawan lama.

i.
memang seronok bila dapat bertemu kawan lama.
bila normah(tunisia) telefon aku, kemain lagi seronoknya aku untuk bertemu dia di mydin. kebetulan banyak juga barang dapur yang aku nak beli.
selepas membeli belah, aku dibawa oleh dia ke rumah maknya di sungai besi.
selepas maghrib dia ikut aku balik.
dia bermalam kat rumah. katanya dapat juga dia chatting dengan anak2nya di tunisia melalui msn.
kesian juga aku, naluri keibuaan memang menjadikan kita merindui anak2 tambahan pula telah lebih 2 bulan dia meninggalkan keluarganya di sana untuk menguruskan abdullah anak sulungnya di sini.
dia bercerita tentang perjuangan suaminya di sana..
kesimpulan yang aku boleh buat ialah dia seorang yang sangat tabah dan berani.

ii.
keesokannya pula giliran eden bertemu kawan lamanya syahrulzaman.
kami ke rumahnya di kelang gate.
seperti yang syahrul kata, rumahnya berhampiran kubur yang memudahkan dia mengingati mati...alahai...
aku bertemu dengan fauziah isterinya yang satu masa dulu sangat comel dan masih cantik sekarang.
dia mengidap kencing manis yang teruk dan mengambil suntikan insulin.
semua ini membuatkan aku lebih bersyukur dengan keadaan aku sekarang.
kami ke rumah seorang lagi kawannya yang telah dipotong kaki kerana kencing manis juga...

kami balik dalam kelam kabut sebab eden tak boleh berada di luar rumah semasa maghrib..pantang you..
malam tadi, tetiba aku merasa badan tidak sedap. darah naik kot. manakan tidak, aku asyik melantak daging sepanjang minggu.
malangnya, eden ajak aku keluar malam seperti selalunya.
dia seronok bertemu kawan2 lama di sana.
aku tak nak pergi sebab memang aku tak sihat.
kau tau apa yang jadi?
hahaha...dia merajuk dan terus menggertak aku dia nak pergi sendiri.
aku ingatkan dia main2 rupa2nya dia betul2 bawa kereta sendiri.
tanpa i/c dan duit.
aku yang tengah pening2 kepala naik panik dibuatnya.
bukan apa, aku takut dia tak ingat jalan. taptuptaptup, dah sampai seremban ha..amacam?
aku call abang suruh cari bapak dia.
nasib baik dia kat karaoke sungai besi.
kesimpulannya...dia dah boleh bawak kereta dan dah ingat jalan.
alhamdulillah..

Thursday, November 11, 2010

Back on track

apabila aku dikehendaki menghadiri modul prosedur kualiti pada 10, 11 dan 12 Nov. di hotel putra, memang aku nak tolak aje. memang bangga terpilih menjadi sekolah rintis untuk iso tu tapi bila memikirkan hari anugerah cemerlang dah hampir, aku jadi serbasalah.
oleh kerana memang tak boleh diganti, aku pergi juga.

tapi bila result upsr keluar, aku memang nak balik ke sekolah.
tambahan pula usaha bersama guru2 akhrnya berjaya - walaupun 50 orang, aku sudah berpuas hati.
sekurang-kurangnya, full streaming yang aku cadangkan untuk digunapakai tahun ini membuahkan hasil yang memuaskan.

esok aku bercadang untuk balik awal ke sekolah.
persediaan hari anugerah cemerlang sedang dijalankan.
banayak lagi yang perlu disiapkan.

aku tak pasti samada esok aku akan ke majlis anugerah cemerlang di jabatan atau tidak. memang guru besar ada meminta aku menggantinya tapi...ntahlah.

apa yang aku nampak ialah kawan baik aku nampak sedih. memang dia berahsia dengan aku tapi aku percaya esok atau lusa pasti dia akan luahkan juga kepada aku.
apa yang perlu aku lakukan ialah menunggu..

Wednesday, November 10, 2010

Alahai DGA 32

Entah kenapa eden tak pernah nak apply untuk dg32 sedangkan kalau diikutkan, dia dah lama layak.
Tetapi sejak dia ke taman segar, gbnya yang baik hati tu suruh eden isi borang dan eden pun isilah..
tapi malangnya dia tak berjaya walaupun dia dah lama lulus ptk.
akhirnya gb yang baik hati tu pun maklumkan pada dia yang gb di sekolah lamanya memberi markah prestasi yang rendah....alahai..
maka eden pun tak maulah mengisi lagi borang itu..
setelah didesak berkali2, eden mengisi lagi borang itu yang sebahagian besarnya dilengkapkan oleh pihak sekolah...


pada hari isnin, aku mengganti gb ke pertemuan dengan pengarah di hotel putera.
nasib aku baik kerana ju juga mengganti gbnya.
dia sempat membekalkan aku sebotol air sirap bandungnya yang terkenal itu.
aku balik semula ke sekolah kerana mengambil borang prestasi untuk disiapkan.
seperti biasa aku minitkan surat2 dari jabatan kerana gb keluar.
melihatkan dua orang guru sekolah yang dapat surat tawaran dg32 mengingatkan aku tentang eden yang sampai nak pencenpun masih dg29.
dia kata dia tak kisah....
tapi hati aku berkata lain.

petang isnin,
eleena memberitahu aku berita gembira.
katanya eden dapat tawaran dg 32 dan backdated dari 2006.
eden terkejut kerana dia kata dia tak sangka akan dapat kerana borangnya tidak lengkap diisi.
aku telefon gb yang baik hati itu untuk mengucapkan terima kasih. begitu juga kepada keraninya yang banyak membantu.
itulah antara pelbagai jenis gb yang aku temu.....

kesihatan eden?
sejak eden berurut dengan yeop, nampak tangan eden dah banyak perubahan.
alhamdulillah...
kesihatan aku?
tarikh terakhir aku sepatutnya berjumpa doktor ialah pada 23.8.2010
appointment tulang belakang di hospital ampang sepatutnya hari ini...(aku tak pergi sebab menghadiri kursus prosedur kualiti)
apa lagi yang aku nak harapkan dengan penjagaan kesihatan diri sendiri?
bukan tak menyedari kepentingannya tapi ada keutamaan yang lain.
bila dah sakit nanti barulah nak menyesal agaknya...

Wednesday, November 3, 2010

lagi cerita eden...

aku agak sibuk kebelakangan ini maklum aje bebudak baru habis exam.
bila dah exam, macam2 program mula menjengok.

mula2 hi-tea tahun enam di kelab darul ehsan.
lepas tu graduasi tahun enam di sekolah.
minggu depan dah sibuk dengan anugerah cemerlang...
rasa2nya aku yang tak cukup cemerlang...

prestasi guru tak siap lagi
kedudukan guru tahun depan dah berapa kali bertukar
kedudukan murid ntahlah..walaupun tu kerja lim tapi kelas agama dan moral akan melibatkan guru-guru jugak.
itu belum lagi dengan pelan strategik 2011-2013...

eden masih kurang sihat dan dah banyak hari tak ke sekolah

mula2 kaki dan tangan dia bengkak
dah ku bawa dia berurut dengan pak mat tapi macam tu jugak
sekarang ni dia cirit birit
ajak jumpa doktor dia tak nak...

tadi ijn call suruh eden admit hari ni instead esok
terkejut aku dibuatnya. masa bila pula dr kata dia kena masuk wad?
tapi lastnya dr. kata tak perlu.
ikut saja appt. ambil darah esok.
alhamdulillah.

aku bercadang untuk kenduri doa selamat untuk eden yang telah selamat dipakai pacemaker.
buat sekali kenduri arwah mak pah.
tarikhnya hari deepavali, insyaallah.

rumah di ampang dah ada orang sewa.
ida bos kerja2 elektrik meletakkan pekerja pakistannya di sana seramai lapan orang.
ada orang tempatan yang nak duduk tapi bila ada budak kecik sekali, aku tolak sebab takut nanti budak2 tu demam tak baik2.
kalau orang pakistan tu kira okeylah sebab diorang kuat sembahyang..

alahai...

Friday, October 22, 2010

Dua minggu berlalu...

i. bila eden mula ke sekolah..

percaya atau tak, eden dah mula ke sekolah walaupun mc yang ijn keluarkan ialah hingga 19 Nov. iaitu hari akhir sesi sekolah.

bagi orang yang pernah bercuti begitu lama, tentu akan faham kenapa eden begitu gembira bila ke sekolah semula tapi bagi orang yang mengambil berat tentang eden tentu tertanya2 tindakan aku membenarkan eden ke sekolah.

hanya eden yang boleh menjawabnya..

bila melihat dia berjalan terhencut2 dan dengan penuh susah payah memanjat tangga, hati menjadi hiba
tetapi bila melihat dia dengan senyuman besar bila berjumpa kawan2 lamanya, aku nampak satu kepuasan pada dirinya.
aku amat berterima kasih kepada pentadbir sekolah yang menerima eden kembali ke sekolah walaupun dia hanya sekadar duduk di makmal komputer.

apa sangatlah yang eden boleh buat.....

nak mengajar, dia masih mengalami masalah 'word finding'.
menurut speech therapist di hosp.ampang, proses pemulihannya mengambil masa yang lama dan semuanya bergantung kepada eden. semakin banyak dia berusaha bercakap dan membaca, semakin cepatlah dia mengingati semula patah2 perkataan.
itu adalah antara sebab mengapa dia aku hantar juga ke sekolah. di rumah dia tak rajin bercakap. dengan anak2 pun dia tak banyak bercakap.

hanya satu yang aku bimbang bila eden ke sekolah...
kalau2 geng2 dia hulur rokok sebatang dua, mampukah dia menolaknya?
harapan aku agar mereka lebih mengerti keadaan eden.


ii. normah aziz smk puterijaya 1971 -1973 dan smk sab 1974-1975

minggu lepas aku bertemu semula rakan lamaku normah aziz yang berkahwin dengan orang tunisia. dia kembali ke kl atas urusan keluarga.
sebagai rakan, aku hanya mampu berempathy(betulke ejaan ni ye?) dengannya.
memang aku tak mampu membantu kerana masalahnya memang besar dan berat. ia memerlukan ketabahan dan kekuatan, yang tak ada pada aku.

aku hanya berdoa agar Allah memudahkan urusannya.
jika dia membuat keputusan kembali terus ke tanah air, aku orang yang pertama akan memberi sokongan.


iii. zaireen zainuddin

dia ni adalah anak aku yang selalu bernasib baik kerana akan mendapat apa yang dia mahu.
agaknya kerana memasuki dunia kerjaya terlalu awal, dia menjadi jemu untuk terus bekerja walaupun mampu mendapat gaji yang lebih tinggi dari pemegang ijazah.
kesannya dia mula keberatan untuk bangun pagi dan pergi bekerja.
aku bercadang nak kawinkan aje dia dengan sesiapa sebab menyampah dengan sikapnya yang begitu

tapi bila ingatkan dia yang pernah bercita2 untuk menjadi seseorang yang berjaya, aku beralih untuk menghantar dia kembali belajar.
nampaknya dia bersetuju.
jadi aku serahkan kepada dia untuk membuat keputusan dan aku percaya dia tahu apa yang dia buat.
semoga Allah akan memeliharanya dan memberinya petunjuk.

Saturday, October 9, 2010

Bila geng IJN sarapan pagi bersama

i.
seronok juga bila ros dan suami setuju nak makan sama2 kat medan selera kg.pandan.
yang pentingnya eden ada kawan berbual. lagipum azmi tahu eden ada masalah dalam pertuturannya jadi dia lebih memahami.

kami makan di gerai nasi dagang. eden yang dah lama tak makan nasi dagang kemain lagi seronoknya dia makan.

lepas tu, ros dan azmi singgah untuk tengok gambar eden di internet yang menunjukkan muka orang di perut eden. terkejut diorang..

kami berbual agak lama dan mesra. aku harap mereka akan datang lagi sebagai kawan yang rapat.

ii.

malam tadi syeikh ajak ke jamuan harijadi su tapi aku tak dapat pergi kerana eden tak sihat dan tak larat nak keluar rumah. zaid pun kata dia tak sempat nak pergi. dia ada hal kat damansara.

hati bimbang kerana syeikh adalah satu2nya kawan eden yang paling rapat. aku harap dia akan faham keadaan eden . kalau boleh aku memang nak pergi tapi tak sampai hati untuk tinggalkan eden.

iii.

petang semalam adik2 aku mula menziarahi eden. mak datang dengan ina. ain datang adik beradik dan irfan. ke datang dengan aisyah dan ani datang dengan kip dan tihani. kehadiran mereka menggembirakan eden. walaupun dia kurang sihat. jahitan di dadanya terasa sakit.
kesian suamiku. aku berdoa agar dipermudahkan dia menghadapinya.

Friday, October 8, 2010

Bila eden keluar masuk IJN

kalau ditanya apa yang aku rasa selepas 6 bulan eden mengalami strok, aku hanya mampu berkata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. hanya kasih sayang yang begitu kuat yang memberi aku kekuatan.

baru2 ini eden ke ijn untuk menanam pacemaker. memang pada awalnya eden tak nak tapi setelah doktor menerangkan keadaannya, dia setuju tanda tangan.

aku teringat masa mak pasang pacemaker dia dulu, prosedurenya hanya 45 minit tapi sampai 3 jam. datuk ismail kamus dah kata tak payah pakai sebab hanya gangguan saja tapi kami adik beradik degil sebab apa salahnya berubat dua2 cara.

sekarang eden punya giliran pulak. doktor kata 45 minit aje tapi eden sampai 5 jam. gangguan apa lagi? dah berubat kat darulsyifa pun kena gangguan? dahsyat tu..

lebih dahsyat tetiba doktor kata tiub ke jantung tak tepat dan kena buat semula. manalah eden tak marah. doktor kata setengah jam aje. taptuptaptup 4 setengah jam. manalah aku tak menangis dibuatnya. sedih sebab kesian kat eden.

lagi sedih sebab tak ramai yang datang melawatnya. macamlah dia orang dagang tak berkeluarga...alahai.....

hari ni aku bawa dia balik sorang2. seronok juga kerana ada pengalaman tidur kat hospital. macam holiday pun ada. maklumlah duduk di wad yang cantik dan selesa. malam2 aku dan eden jalan2 kat lobby..mana lagi nak pergi? nak minum teh tarik pun cafe dah tutup.

itu kisah eden.
kisah sekolah lain pulak.

semalam ada lawatan dari thailand. 140 orang termasuk students dan teachers. kelakar sebab langsung tak boleh berbahasa inggeris. jadi kitaorang main sengih2 aje. mereka bawa group kebudayaannya sekali..punyalah grand performance mereka...

tadi aku, marlina dan hubby ke kde untuk tengok tempat majlis hi-tea dan bayar deposit. harap2 semua akan berjalan dengan lancar...semalam masa mesy.pibg, kecuh sikit pasal graduasi dan majlis hi-tea ini tapi in the end kira oklah.

Banyak hal yang berlaku antaranya
- geng pulau kapas datang beraya. seronoknya jumpa mereka semula.
azman,rahman,fakri,karim,aznizahdan julia dan pn.nori dan keluarga masing2

- padi bertunang.
- beraya rumah kak eni...tetiba eden cakap cina pasal flat ahmad razali...pulak.

- shira dan effa bersalin

aku hanya berdoa agar eden sihat. memang dia tak akan menjadi seperti sediakala. aku akan merindui dia yang dulu tapi melihat dia dalam keadaan begini lebih baik daripada dia tiada lagi..

Monday, September 13, 2010

selepas 6 bulan berlalu...

hari ini tepat 6 bulan aku tak sentuh blog ini. semuanya kerana eden diserang strok semasa aku menaip di blog yang terakhir iaitu pada 15 mac 2010.

sepanjang 6 bulan itu, hidup aku sudah tak sepenting untuk memastikan eden terus hidup dan menjalani proses penyembuhan mental dan fizikal.

hanya Allah saja Maha Mengetahui

semoga pengorbananku diberkatiNya.

sekarang, aku dan family dah balik duduk di kg pandan.
satu keputusan yang dibuat setelah mengambilkira banyak perkara

selepas keluar dari hospital ampang, kami duduk di rumah mak selama hampir 5 bulan. mak dan aku sama2 menjaga eden .
dalam tak kuat dan sakit2 badan, mak tetap mahu menolong aku kerana katanya dia kesal dulu semasa abang mi sakit, dia tak berpeluang untuk menjaga arwah.
dia tak mahu rasa kesal itu berulang lagi...

ain juga banyak menolong aku dengan caranya sendiri.
memberi bantuan menggaji su untuk menjaga irfan dan dlm masa yang sama membantu juga aku. jasa baiknya tetap aku kenang..

raya tahun ini memang tak sama tapi tak membebankan aku kerana eden memang tak menyusahkan'
dia dah boleh menguruskan dirinya sendiri.
lagipun tahun ini aku berbelanja agak banyak untuk menyiapkan rumah.
masih banyak lagi nak dibuat tapi tunggulah dulu...

hati masih bimbang kerana hujung bulan ini eden akan menerima pacemaker kerana jantungnya lemah....
semoga dia bersemangat untuk teruskan hidupnya...

sekarang semuanya mula berubah.
aku berusaha mengurus keluarga seupayanya. semoga mendapat petunjuk dari Ilahi.

selamat hari raya semua.

Sunday, March 14, 2010

akhirnya bercuti pun aku..

hari ahad.
springgggg-clean time

aku ke tesco dgn yaya beli barang dapur. macam biasa kami makan kat kedai mamak.
balik eden dah beli roti canai utk bebudak kat rumah.
eden tolong aku masak tengah hari.
- kambing goreng...mak ai.
- sup sayur
- sambal ikan bilis
-ikan goreng

lepas tu bermulah kerja mengemas rumah
baru kemas hall dah nak mati.
esok jelah kami sambung.

farah bertunang hari ni. tapi kami tak pergi sebab penatlah...you.
nanti dia kawin kita pergi ramai2 ke pekan ok?

isnin

rancangannya aku menghantar pah, lepas tu cik alin dan last sekali yaya tapi yang jadinya lain..
cik alin tak boleh bangun awal sebab siapkan kerja on-line malam tadi. so pah left as usual by bus. kesian menantu aku sorang tu..
aku, yaya dan cik alin keluar rumah jam 8.00 pg.
yaya sampai sekolah utk tuitionnya jam 8.45 pg. macam sekolah ayah dia...
dia nak pergi pun dah kira nasib baik sebab sepanjang hujung minggu dia merengek tak nak pergi sebab aku dan zubir tak sekolah.

hari ni kawan kutak dtg utk service air-cond.

aku dapat msg dari gb tentang kelas teknik menjawab soalan tahun 6z,6n dan 6b...
parent complaint sebab dalam edaran tiada kelas utk sains bagi kelas anak dia. dia nak report ke atas sebab mendiskriminasi anaknya yang di dalam kelas sederhana..as usual lah tu..keistimewaan sekolah ni ialah parent boleh terus ke kpm utk complaint w/pun belum dapat penjelasan dari pihak sekolah.
kira bodohlah kpm kalau melayan isu2 yg tak ikut procedures...
hal sebenarnya...
kelas budak2 sederhana ni dah kami buat lebih awal teknik menjawab soalan utk sains. maklumlah budak sederhana... mestilah ada strategi utk upgrade result mereka.
masalahnya kami adakan kelas itu semasa hari ganti chinese new year. taklah ada surat edaran. penceramah yang datang memang pakar dari jabatan.dia hanya nak group yang kecil supaya lebih fokus. oleh kerana memang susah utk dapatkannya, kebetulan hari ganti tu dia free, kami teruskankan saja supaya bebudak tu dapat first hand information sebelum ujian intervensi.
hanya bapaknya yang tak ikut perkembangan dan tak bertanya anaknya dulu. patutnya dia tanyalah sekolah dulu..
walaupun begitu, aku minta maaf juga kepadanya kerana tidak maklumkan menerusi surat edaran kepada ibubapa.
harap tidak menjadi isu dalam agm pibg nanti.
ubaala (pemangku ydp pibg)yang dapat msg tu minta aku jgn risau...
ntahlah..tak rasa risaupun.
sebenarnya gb risau jugak sebab sekolah ni kan agak popular bila berkabolarasi dengan ibubapa.. dia bertanya akan hal itu dan minta aku uruskan dgn bijaksana...insyaallah.
kalau aku kena pindah tu,petandanya aku kurang bijaksana..
alahai...susahnya sekolah bestari ni.

hasrat hati nak kemas bilik hari ni macam tak jadi je..
sebab dah tak ada mood.
ke2 kaunselor dah diminta ke sekolah jumaat ni. almaklumlah program tu program mereka..
nasib baik seorang rumah kat bukit antarabangsa dan seorang lagi tak balik terengganu.
patutlah gb suka sangat kalau dapat guru orang kl...

Saturday, March 13, 2010

dua dalam satu

maknanya 2 peristiwa dalam1 hari...

pagi aku ke rumah kaknon utk tolong buat kerja. seronok jumpa kak wan mah yang dtg dari kemaman.

lepas tu aku lari ke rumah mak sebab aki datang merisek siti nor. hantaran rm 10 000 tapi diminta kurang kerana aki baru kerja. alahai...
pada pandangan aku secara peribadi, jgnlah berkisah sangat dengan hantaran. yg penting urusan mendirikan masjid ini dapat dipermudah dan berjalan lancar. tak membebankan mana2 pihak. hantaran kecil buat kenduri kecil...

kenduri hairiwan berjalan lancar walaupun ayam habis dulu. keropok lekor losong mmg sedap.
keluarga adilah datang 1 bas dan beberapa kereta.

anak2 buah kerja keras kecuali anak2 aku.
zahir kerja, zaid kat labuan, cik alin senggugut, zubir tak ada hidung hanya harap kat yaya ye..
itupun main dengan haziq ajekerjanya.
alahai anak omak.

orang berbudi kita berbahasa.

pah keluar dengan geng ofis main bowling. lepas tu tengok wayang.
zaid call marah-marah sebab katanya tak proper.
jealous jugak rupanya anak aku ni...
oklah, next time kitaorang ikut dia ramai2...

penatnya hari ni...
petanda dah dimakan usia.



Thursday, March 11, 2010

tetiba teringat kat manis

manis ialah nama kawan yang baru aku kenal pada okt.2008 semasa aku ditukarkan ke bintang selatan.
pada masa itu dia gpk ko-kurikulum di sana.
mulanya dia nampak macam seorang yang agak sombong. kemudiannya baru aku tahu dia sebenarnya seorang yang pemalu kalau baru kenal.
secara peribadi dia seorang kawan yang jujur dan boleh diajak berkongsi pengalaman.
kalau gb bijaksana, tentu sekolah dapat faedah yang banyak kerana manis kaya dengan ilmu dan tidak lokek utk berkongsi pengetahuannya.

tetiba teringat kat manis

Saturday, March 6, 2010

bila ke sekolah lama...

hari ni aku ke sekolah lama di mana kedua2nya ada kenangan di hati,

i. sk dato abu bakar

mula bertukar di sini sebaik keluar maktab sampailah 25 tahun - yang tanpa disedari begitu banyak masa dan usia yang telah dicurahkan.
- dari anak dara ke mak kepada 5 orang anak
- dari 48kg hinggga ke 60 kg
- dari mengajar tahun 6 ke tahun satu
.....banyaknya pengalaman.
.....banyaknya sejarah pahit dan manis.

ii. sk seri mega oug.

di sini aku mula bertugas sebagai gpk.
bayangkan dari guru tahun satu tetiba jadi gpk 1.
dengan segala kekurangan diri yang memang disedari,
dengan situasi yang berbeza
- dari sekolah kurang murid ke sekolah gred a,
- dari sekolah perempuan ke sekolah campur,
- dari sekolah biasa ke sekolah ala-ala elite,
hanya pengalaman berkongsi kerja dengan kekawan di sekolah lamalah yang memberi sedikit kekuatan.
yang paling dihargai dan diperlukan selalu ialah sokongan dari kawan sehati sejiwa.

hari ini juga aku ke majlis kahwin anak cik ton bekas gb dato abu bakar.
sebelum bertolak, aku singgah di dato abu bakar untuk pergi bersama nazimah, sharifah dan ju.
eleena tak pergi sebab mengendalikan motivasi sekolahnya.
sempat juga aku bertemu azman yang juga geng mancing eden.
itulah lima orang lama di skdab yang kekal di hati.

Friday, March 5, 2010

lamanya tak tulis....


memang dah lama betul aku tak tulis apa2. jangankan nak pegang pc, nak menaip pun malas.
tapi bila semuanya dah agak reda, teringat juga nak kongsi cerita.

kenduri zaid.

alhamdulillah.
semuanya berjalan dengan baik dengan pertolongan adik-beradik, anak2 buah dan mak2 sedara. semua jasa baik mereka tentu aku tak lupa.
dalam pada aku sebuk dgn persediaan kenduri, masa tulah guru besar bagitau nazir nak dtg ke sek dan suruh siapkan segala yang belum disiapkan. jadi, masa bila yang aku nak kejarkan itu ini? nasib baiklah eleena, bakyah dan mak usu banyak menolong aku membeli-belah barang yang perlu. aku rasa bertuah kerana adik2 dan anak buah banyak sponsor keperluan terutama epi yang sponsor khemah dan pa system.
ramai kawan2 lama yang datang...siti rosngatin kawan dari SAB 76-77 pun datang.

ke pulau pangkor

orang lain yang kawin, orang lain yang pergi makan angin.
bukannya apa, aku dah janji dgn bebudak. lagipun shake satu family ikut sama. kami pergi naik bas. mak ai..bas tu macam siput. kami sampai kat pangkor jam 5.
la....tak bestnya snorkeling kat sini. airnya tak cantik.
masa makan malam, eden, farah dan cik alin menyanyi karaoke. ada ke minat mat saleh tu minat nak nyanyi dengan eden? tak sangka eden pun ada peminat ompteh.

ke besut pulak.

maulidur rasul, majlis hairiwan di besut. aku sekeluarga pergi kecuali zahir as usual kerja, zaid dah naik kapal kat kemaman, dan pah balik k.ketil utk majlis pertunangan kembarnya rodziah,
kami naik kereta waja. di dungun eden pulak bawa kereta. ya allah, bagai nyawa di hujung tanduk dibuatnya. eden kalau bawak waja akan bertukar jadi hantu....
yang bestnya dalam majlis tu, semasa aku dan eden makan dgn pengantin, dia ternampak geng maktabnya yang juga classmate aku. rashid namanya. punyanya happy eden sebab dia selalu sebut kisah rashid ni. dah tua pun dia macam kitaorang jugak. pak mentua hairiwan juga collegemate kitaorang tapi dia jenis penyenyap jadi aku dan eden tak perasan dia masa dulu..
di besut kami tidur di gong kedak rumah army.


ke kemaman.

ingat nak balik terus ke kl tapi lepas mandi kat kemasik, malas pulak nak drive. kak non. abang wan dan sara datang singgah di pantai. kak wan mah beria-ia ajak tidur di rumahnya. aku memang nak tidur sebab nak pergi ke pasar kemaman utk sarapan pagi. kalau kak mah tak pelawa tidur di rumahnya, aku akan cari hotel/chalet yang murah2 pun tak apa asalkan dpt ke pasar esok. tidur kat rumah kak wan mah memang selesa sebab dia duduk sorang..
pagi itu, aku, eden, kak non, abang wan dan kak wan mah ke kedai kopi ah peng dulu baru ke pasar. lepas sarapan, baru kami bertolak balik ke kl.
sebelum tiba genting sempah, water temperature naik. kami tunggu dia cool downn baru balik.kami balik ikut gombak.

itulah ceritanya.
eh, ada satu lagi.
ingat tak aku bawa cik alin ke pasir gudang utk interview dengan mmhe?
ha..dia dapat kerja tu tapi dia tak happy
nasibnya baik dia dapat offer kat mim dan start next week. at last...
syukur alhamdulillah.

kisah yaya.

hari ni yaya ada motivasi pengawas kat sekolahnya.
utk itu dia kena bayar rm45.
rm 74 utk pakaian kecil dan rm45 utk seluar dan t.shirt.
utk toileteries another rm25
wa...banyaknya.
itulah harga barang sekarang.
bersyukurlah aku dengan rezeki yang tuhan beri.





Thursday, February 4, 2010

maka bermulalah proses membeli belah..

rasa2nya dah banyak hari aku ditemani eleena pergi membeli-belah.
dari nilai, kami ke pasaraya segi ke mydin ke seumpamanya...
untuk itu aku berterima kasih banyak2 kepada dia dan suaminya yang membenarkan dia membawa aku membeli barang kering dan barangan yang perlu.
kepada adik2, ipar duai. anak2 sedara dan makcik2 sedara yang memberi sokongan bagi memudahkan aku untuk persediaan kenduri, aku cukup menghargai segalanya.
hanya Allah yang akan membalasnya.

hari ahad ini, kami akan ke kuala ketil lagi untuk kenduri persandingan zaid di sana.
masih tak confirm siapa yang akan pergi.
harap2 kekanda2ku akan pergi seperti yang dirancang.
dah lama betul kami tak berjalan sama2, tentu seronok.
kalau ada masa bolehlah kami melawat siti nor kat perlis....

baru tadi ain telefon ajak ke rumah mak kerana birthday iwan.
kelakar sebab iwan buat lawak dengan mak dan kakaknya...
aku yang kebetulan nak beli baju zubir kat tesco dapatlah juga datang..

happy birthday iwan...

Tuesday, January 26, 2010

Bila mak sakit...

seperti yang dijanji,pada hari ahad yang lepas, aku, eden dan mak ke gedangsa untuk edar kad kahwin.
oleh kerana tangan eden masih bengkak, aku yg drive.
kami sampai kat gedangsa jam 11.00. mak long nampak sihat dan dia bercerita tentang sedara-mara kat palembang, bengkahulu, kerinci dan padang.
mak long masak tempoyak ikan keli. kesian mak, sebab dia tak makan keli.

kami ke serendah pula ke rumah pakcik. dia pun nampak sihat. ija dan iskandar ada kat sana. dia promote jus manggis dan bagi kami try. mak try juga w/pun aku kata jus itu agak masam.

selepas itu kami ke rumah noi dan kak senah.

masa di sungai buaya, mak agak sedih tengok maklang yang dalam depression. dahlah kematian anak, atan pula tak balik2 tengok dia. alahai...

kami ke rumah kak bakyah. dia pun nampak tak sihat sejak balik dari haji.

sebelum balik, kami singgah rumah sg.choh. wan nampak sihat. eden terkejut tengok siti isteri zul. siti ialah anak atuk alam syah. eden kata kalau kata siti tu adik aku, tentu orang percaya. abis tu kan dah sedara, memanglah serupa...

yang sedihnya, balik dari gedangsa, mak tak sihat.
aku rasa bersalah sebab bawa makberjalan satu hari w/pun mak yang nak ikut.

semalam, ani call kata mak tak boleh bangun. kelamkabut aku balik tengok mak.
eden pulak mc lagi 2 hari sebab tangannya makin bengkak.
aab bawa mak jumpa doktor.
aku balik ampang sebab eden call dia belum makan lagi. alahai...

eleena call bagi tau pak dollah meninggal dunia. innalillah.
aku dan eden ke kg pandan semula ziarah kak joe.

mak ai...penatnya.
nasib baik ju,atip dan effa datang. eleena pula tidur rumah mak katanya.
ha...lega rasanya.

balik sekolah tadi, aku tengok mak. dia minta aku mandikan dia.
nampak dah segar sikit dia. alhamdulillah.


zaid pula ke singapura.

malam tadi, zaid dan pah ke jb.
petang semalam zaid tolong ambil wan amah kat langat sebab mak kata dia keteguran.
kata zaid, dia interview kat singapura. kalau dapat kerja kat sana, dia akan duduk kat jb atau bila ada job baru turun singapura. kalau tak, dia duduk kl saja.

entahlah...itu kehidupan dia. terpulanglah pada dia. asalkan jangan mensia-siakan pah dan lupa keluarga dahlah.
bagi aku, apapun pilihan dia selagi tidak menyalahi agama dan undang2, aku pasti beri restu seorang ibu kepadanya. amin.


Monday, January 18, 2010

kisah mak lagi...

aku berjanji dengan mak nak ke rumahnya untuk berbincang tentang hasil perbincangan dengan fadhil tapi entah macamana, aku terlelap.
jam 6 ptg baru aku terjaga dan kelamkabut aku dan yaya ke rumahnya.
mak memang tengah tunggu aku sampai.
dia setuju dengan menu fadhil.
dia tak lalu nak makan..
aku minta udin belikan nasi goreng yang diminatinya.
masa aku nak balik, dia kata nak keluar jalan2.
aku kata nanti aku datang lagi. apapun aku call balik.
aku bawa yaya makan sate sebab dia merengek nak makan goreng cempedak..mana nak dapat jam2 macam ni. dia setuju makan sate aje.
masa balik aku beli nasi goreng abang karim untuk bebudak kat rumah.
penatlah pulak..
aku call mak kalau dia nak keluar tak?
dia kata dia dah tidur....

masa macam ni rasanya aku nak tinggal kat kg pandan aje..
senang aku nak tengok mak,
dia pun asyik tak sihat.
tapi apakan daya, aku dah berkeluarga dan ada t/jawab sendiri.
alangkah bahagianya aku jika eden lebih memahami....

Sunday, January 17, 2010

bila kenduri semakin hampir....

persiapan untuk kenduri zaid dah pun bermula.
i. kad yang dibeli dah pun siap ditampal dengan hasil kerja solfa(tq yang tak terhingga)
kami anak beranak termasuk pah menantu aku yang sama2 menyiapkannya. kalau nak edarkan, esok lusa bolehlah dimulakan.

ii. malam tadi aku berjumpa dengan fadhil yang kebetulan dtg ke kl untuk masak kenduri orang bukit belacan. kami berbincang tentang menu dan brg yang perlu dibeli. adik-beradik diorang yang sama2 bantu masak jadi senanglah kerja nanti. dia menjemput aku dan eden makan masakannya. memang sedap. so, lauk kurma tu aku ganti dengan daging briyani spt yang direkomen dek fadhil.

iii. semasa di sana, mereka berborak tentang anak angkat yang kamal dan abang khairi ambil. kesian juga dgn bebudak tu. semoga usaha mereka diberkati Illahi.

iv. cadang hari ni nak ke nilai beli bunga telur tapi tertidur pulak...

v. ke rumah mak...semalam dia tak sihat. ingat nak sarapan dgn dia. in the end aku makan dengan makcik munah aje..untuk mak aku belikan laksam kegemarannya..

sebenarnya, aku kesihan jugak kat mak sebab banyak yang dia fikir untuk kenduri zaid. aku dah pesan kat dia supaya buat seringkas yang boleh tapi dia nak buat macam besar aje gayanya. tadi dia masih nak buat rendang untuk tambah lauk fadhil. aku ikutkan saja kehendaknya. aku rasa dia besar hati zaid nak buat kenduri kat rumah dia sebab cucu2 yang lain tak nak. macam manapun aku cuba tak menyusahkan dia dgn kerja2 tambahan yang dirancangnya.

susah juga hati aku sebab tak tau nak buat apa lagi...
apa lagi yek yang aku kena buat?


Friday, January 8, 2010

lamanya....tak tulis kat blog.

salam.
hi...
its been quite some time...sorry
such a hectic time.
what can you say when its a come-back-to school season..
so how are you?
as for me. well...fine i guess. alhamdulillah.
thanks Allah for for his mercy-good health and well being.
as for eden, he is what he is - happy go lucky
just recently he got his first jap this year for his gout..of course with 2 days mc.kahkahkah

so many things happenlah
yang masih dalam ingatan ialah:

- julia nak dapat baby lagi...
- bagi surprise call kat ain utk birthday dia ke 29
- caar selamat melangsungkan perkahwinan
- tina selamat bertunang
- keluar shopping dengan pah dan elin kat nilai
- ani+kip dan aab+elin buka kedai cermin mata
- cik alin dah balik ke rumah.....

banyak lagi nak cerita tapi tak ada masa.

kepada ain, semoga 29 menyediakan satu tahun yang cemerlang lagi sebelum melangkah ke 30 tahun...dah boleh dapat satu lagi anak tu..
semoga tuhan murahkan rezeki dan kesihatan yang baik untuk seisi keluarga. Amin.