Entah kenapa eden tak pernah nak apply untuk dg32 sedangkan kalau diikutkan, dia dah lama layak.
Tetapi sejak dia ke taman segar, gbnya yang baik hati tu suruh eden isi borang dan eden pun isilah..
tapi malangnya dia tak berjaya walaupun dia dah lama lulus ptk.
akhirnya gb yang baik hati tu pun maklumkan pada dia yang gb di sekolah lamanya memberi markah prestasi yang rendah....alahai..
maka eden pun tak maulah mengisi lagi borang itu..
setelah didesak berkali2, eden mengisi lagi borang itu yang sebahagian besarnya dilengkapkan oleh pihak sekolah...
pada hari isnin, aku mengganti gb ke pertemuan dengan pengarah di hotel putera.
nasib aku baik kerana ju juga mengganti gbnya.
dia sempat membekalkan aku sebotol air sirap bandungnya yang terkenal itu.
aku balik semula ke sekolah kerana mengambil borang prestasi untuk disiapkan.
seperti biasa aku minitkan surat2 dari jabatan kerana gb keluar.
melihatkan dua orang guru sekolah yang dapat surat tawaran dg32 mengingatkan aku tentang eden yang sampai nak pencenpun masih dg29.
dia kata dia tak kisah....
tapi hati aku berkata lain.
petang isnin,
eleena memberitahu aku berita gembira.
katanya eden dapat tawaran dg 32 dan backdated dari 2006.
eden terkejut kerana dia kata dia tak sangka akan dapat kerana borangnya tidak lengkap diisi.
aku telefon gb yang baik hati itu untuk mengucapkan terima kasih. begitu juga kepada keraninya yang banyak membantu.
itulah antara pelbagai jenis gb yang aku temu.....
kesihatan eden?
sejak eden berurut dengan yeop, nampak tangan eden dah banyak perubahan.
alhamdulillah...
kesihatan aku?
tarikh terakhir aku sepatutnya berjumpa doktor ialah pada 23.8.2010
appointment tulang belakang di hospital ampang sepatutnya hari ini...(aku tak pergi sebab menghadiri kursus prosedur kualiti)
apa lagi yang aku nak harapkan dengan penjagaan kesihatan diri sendiri?
bukan tak menyedari kepentingannya tapi ada keutamaan yang lain.
bila dah sakit nanti barulah nak menyesal agaknya...
Wednesday, November 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam...aunty kesihatan diri kene jaga...kalau dua@ sakit ti sape nak jaga...all the best n i'allah allah tidak zalim dan akan sentiasa bersama dengan orang yang tidak zalim kepadaNYa...kami doakan...
ReplyDeleteAllah bagi sakit, pastu tu sembuh, pastu dapat DG32, backdated pulak tu. Alhamdulilllah dan tahniah.
ReplyDeleteAllah bagi sakit sebab Allah nak kita ingat pada-Nya, Allah bagi rezeki pun sebab Allah nak kita ingat pada-Nya.
Teruskan selalu-selalulah ingat Allah semoga kita semua dilindungi Allah dunia dan akhirat.