Monday, September 13, 2010

selepas 6 bulan berlalu...

hari ini tepat 6 bulan aku tak sentuh blog ini. semuanya kerana eden diserang strok semasa aku menaip di blog yang terakhir iaitu pada 15 mac 2010.

sepanjang 6 bulan itu, hidup aku sudah tak sepenting untuk memastikan eden terus hidup dan menjalani proses penyembuhan mental dan fizikal.

hanya Allah saja Maha Mengetahui

semoga pengorbananku diberkatiNya.

sekarang, aku dan family dah balik duduk di kg pandan.
satu keputusan yang dibuat setelah mengambilkira banyak perkara

selepas keluar dari hospital ampang, kami duduk di rumah mak selama hampir 5 bulan. mak dan aku sama2 menjaga eden .
dalam tak kuat dan sakit2 badan, mak tetap mahu menolong aku kerana katanya dia kesal dulu semasa abang mi sakit, dia tak berpeluang untuk menjaga arwah.
dia tak mahu rasa kesal itu berulang lagi...

ain juga banyak menolong aku dengan caranya sendiri.
memberi bantuan menggaji su untuk menjaga irfan dan dlm masa yang sama membantu juga aku. jasa baiknya tetap aku kenang..

raya tahun ini memang tak sama tapi tak membebankan aku kerana eden memang tak menyusahkan'
dia dah boleh menguruskan dirinya sendiri.
lagipun tahun ini aku berbelanja agak banyak untuk menyiapkan rumah.
masih banyak lagi nak dibuat tapi tunggulah dulu...

hati masih bimbang kerana hujung bulan ini eden akan menerima pacemaker kerana jantungnya lemah....
semoga dia bersemangat untuk teruskan hidupnya...

sekarang semuanya mula berubah.
aku berusaha mengurus keluarga seupayanya. semoga mendapat petunjuk dari Ilahi.

selamat hari raya semua.