Wednesday, December 2, 2009

anakku suami orang

a. kisah zaid dan pah

memang tak sangka adik akan bernikah dalam usia yang agak muda. memang dah jodoh dia. aku sebagai mak berasa gembira menerima pah sebagai menantu kerana dia budak yang baik dan dari keluarga yang baik2.

kami bertolak dari kl jam 9.00 am. memang agak kelam kabut sebab selalu aje aku kena tinggal kat belakang. maklumlah aku bawa viva aje. niat hati nak belanja makan keluarga yang ke kedah tak menjadi sebab asyik2 mereka sampai dulu. bila aku sampai ke r&r, diorang dah meneruskan perjalanan.

semasa tiba di sg.petani, asyik nak tunggu semua orang sampai, tahu2 dah pukul 3. apalagi, kami pun kelamkabut ke k.ketil dan yang mana tak sampai tu, kami call dan bagi direction.

zaid takut kami lambat. dia call tak henti2 tanya bila kami nak sampai. maklumlah duit hantaran dan mas kawin kat kereta ani. kami terus aje ke masjid dan tukar baju pun kat masjid.

kak non sekeluarga dan ida lan sampai selepas itu. diikuti oleh sapuan dan yang last sekali ialah kutak yang sesat...hai..orang kedah pun sesat...

zaid lafaz dua kali. imam itu ialah bapa sedara pah. dia kata soalan yang dia tanya dah bocor awal...kahkahkah.

lepas makan, kak non sekeluarga balik kl. kutak balik kuala nerang. ida lan, mak dan mak usu ke bukit mertajam rumah mak sedara ida. sapuan balik malam tu juga. aku sekeluarga dan ani sekeluarga tidur kat k.ketil.

esoknya kami ke b.mertajam dan makan t/hari kat sana. aku bawa anak2 ke penang sebab yaya dan zubir tak pernah naik feri. lepas makan kat padang kota, kami bertolak balik.

mak ai... aku sangkut kat jem.
sekarang aku fahamlah bila cikgu2 minta balik awal bila raya sebab nak elak jem.
aku tidur kat r&r rawang sebab mata dah nampak jalanraya bergegar...kata zubir kalau aku tak berhenti tidur, kami akan meninggal accident. kecut aku dibuatnya terus aku tidur dalam sejam.
alhamdulillah jam 3.30 pagi aku selamat sampai kat rumah.


2. kisah bawa mak ke ijn

sebenarnya hari ni aku nak ke sekolah utk settlekan jadual waktu dan data guru yang perlu aku hantar ke jab.
tapi mak call malam tadi minta tolong hantar dia ke ijn. jadi terpaksalah aku call cikgu2 utk tunda ke hari khamis.
pergi ke ijn dengan mak memang kelakar sebab dia tak pakai hearing aid. lupa kot..
jadi dia bercakap kuat. seronok tengok orang2 beri laluan mudah utk dia buat pacemakernya.

keluar dengan mak memang best sebab dia akan belanja kita makan...

3. kisah reunion 4 gpk

memang dah lama betul aku tak jumpa yati sejak dia ke selangor. tetiba aje dia dah balik ke kl.
huda call ajak jumpa jadi lepas hantar mak balik kg.pandan, aku pun ke sk bb seri petaling 2. huda dah bertambah debab..kami berbual tunggu yati dan maziah. tak sangka jumpa geng sksm kat sana. yang kelakarnya yati pun posting kat sekolah lama aku tu..

huda belanja makan kat secret recipe. lepas tu kami ke jualan gudang berdekatan dan beli blouse putih yang sama. cadang2 nak pakai masa ke san peng minggu depan.
syok betul jumpa diaorang...

4. cerita sentra lama eden

sentra ini umurnya 15 tahun dan dah tak bergerak dekat lima tahun. sebagai kenangan dan jasanya menjadi teksi, kami simpan aje dia kat rumah.
zed berusaha untuk hidupkan semula kereta ini supaya boleh dijual.
semalam sentra dapat dihidupkan enjinnya setelah pencen bertahun2. terharu dengar bunyi enjiinnya..
bila dah ok, rasa tak nak jual pulak...

No comments:

Post a Comment