Setelah asyik ke sekolah sepanjang cuti ni, rasa2nya nak pergi makan angin pulak. Dan dah memang dirancang, kali ni aku akan ke tasik kenyir...yey! harap2 kat sana tak banjir sebab mengikut orang terengganu kita mr.hezaiful, kalau ikut jerangau, salah2 hari bulan akan tersangkut sebab itu kawasan banjir. dia cadangkan ikut kt atau marang. lagipun katanya taklah bosan sangat. kalau ikut jabor, kita ikut belakang lori kelapa sawit sepanjang jalan. so tq for the information.
yang tak bestnya, cik alin tak dapat ikut sebab dia kerja hari isnin. almaklumlah kan dia masih dalam percubaan..selalunya kalau cik alin tak pergi, zubir pun tentu tak nak ikut. dia lebih suka memerap kat rumah main komputer. jadi yang confirm pergi ialah aku, eden dan yaya.
tapi anak2 aku ni tak boleh percaya sangat. tiba2 diorang nak ikut...
eden dah mula shopping barang mancing dengan syeikh. sahlah agenda utama kitaorang ialah memancing. aku memang dah lama tinggalkan joran...memang tak ori punya angler. tapi kali ni macam berkobar2 pulak nak mancing. dengar2 eden nak sewa boat..wa..macam happening pulak.
secara peribadinya aku lagi suka memancing laut (tapi atas kelong bukan atas boat). sebab utamanya aku suka makan ikan laut. ikan air tawar ni...tawar hati sikit sebab tak gemar dari kecik.
walau apa pun, harap2 semua akan berjalan lancar, insyaallah.
Oh ya, tadi aku sarapan pagi dengan pah. kami makan nasi lemak kat megan avenue. kononnya aku nak belanja tapi duit kecik tak cukup. pah kena tambah pulak...syok gak makan dengan menantu ni. dia dah seminggu kerja overtime sampai pukul 9.00 malam. kesian pulak tengok dia takut bertambah kurus pulak.
walau apapun, aku harap dia bahagia dengan zaid. amin.
Thursday, December 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment