Saturday, December 19, 2009

kisah kenduri emmil, bersarapan dengan elina dan eden ke ijn

malam tadi ada kenduri kat umah epi-julia sempena akikah emmil.
aku ke sana untuk tolong masak tapi sedihnya terpaksa lari ke mesyuarat umah kak non. kesian bakyah masak dengan eton aje. tapi aku nak buat macam mana. dua-dua pun penting. pun begitu, semuanya berjalan lancar. yang bestnya emmil senyum2 kat aku dan satu lagi yang best ialah risya kemain peramah lagi. seronok juga jumpa dia.
kehadiran sedara-mara macam biasalah, cukup untuk memenuhkan hall tapi yang tak bestnya si irfan tak ikut sama. kalau tak, dapatlah jugak dia secium dua dari aku.

eden tak pergi kedua2 majlis sebab kakinya gout. lagipun dah banyak kali eden sesak nafas. naik takut pulak aku tapi dia masih macam biasa..makan pantang nampak, keluar malam jumpa geng, mancing sampai pagi dan seumpamanya..sekali sekala aku ikut jugak tapi kadangkala malas aku nak ikut sebab rasanya aku lebih perlu tidur malam. aku tak larang aktivitinya sebab dia pun dah tua dan tau yang mana baik dan yang mana buruk.

semasa mesyuarat umah kak non, kami berbincang pasal kenduri hairiwan, zaid, pertunangan tina dan iptisam dan kenduri kahwiin azman anak asiah. kak eni pesan supaya aku bawa eden untuk check di hospital. sebenarnya eden dah banyak kali berulang ke hospital ampang pasal gout dan lelah tapi bukan untuk check jantungnya. aku dah ajak dia ke ijn sebab aku tengok masa dia tidur, banyak kali dia tak bernafas, tapi..dia tak nak.

pagi tadi aku, yaya dan zubir bersarapan dengan elina kat langat. kemain lagi kami makan nasi impit, kuah kacang dan ayam masak rendang. tapi aku balik cepat sebab takut eden tinggal sorang kat umah. lepas makan tengah hari, aku tidur kejap dan pukul 4.30ptg, aku ajak dia ke ijn kecemasan. dia bersetuju pulak. mungkin dia pun terasa keadaannya yang tak dah mula tak selesa.

eden berjumpa doktor agak lama.
rupa2nya dia nak kena admit.
aku call abang, zaid dan syeikh untuk maklumkan keadaan eden.
zahir datang sebaik eden masuk ke wad.
zaid tak dapat balik sebab hujan lebat kat rompin.
syeikh tak dapat contact sebab bateri habis....
esok aku akan contact adik-beradik pulak walaupun eden tak bagi.

lepas belikan eden makan malam, aku pun balik dan sampai rumah jam 11.00 malam.

rasa macam nak temankan eden kat hospital walaupun eden kata tak payah sebab bebudak kat rumah tak ada orang nak jaga.

Ya Allah, selamatkanlah eden. Amin











No comments:

Post a Comment