Seronoknya bila epi bagitau nak belanja zaid dan pah makan. tapi lagi best bila dia ajak kami sekeluarga pergi sekali.
tempat : cozy house, great eastern mall.
jam : 8.00 pm
masa kami sampai : 8.30 malam
keadaan epi dan julia : dah lapar sebab kami lambat
keadaan emmil : melalak bila aku tegur tapi tetap cute...itu yang geram tu..
makanan : chicken chop dan kue teow kung hu
air : segala jenis air dan banana split
Terima kasih banyak2. semoga dimurahkan rezeki epi dan julia. Amin
Cerita lain pulak...
Semalam aku buat kenduri doa selamat sempena zaid yang selamat bernikah.
ada ke patut aku pergi pasar beli barang sorang2? tak patut tak patut..tapi aku cabar diri aku sendiri untuk pergi. hasilnya..melepek penat! hahahaa
sebab eden ngantuk, aku rasa tak pe lah aku pergi sendiri tapi yang lecehnya bila nak ngangkat barang2 ke kereta, punyalah seksa.
pergi ke pasar pudu ni ada banyak kenangan.
dulu masa aku duduk kat jalan belangkas, memanglah pudu ini tempat aku beli barang basah. ikan dan sayurnya murah. tambah pula kedai mamak roti canai ada dalam pasar.
kalau orang yang tak biasa makan di tempat macam tu (contoh yang terdekat ialah bondaku), memang tak lalu nak makan sebab bau ikan dan sayur.
tapi bagi aku yang marhain ni, yang penting ialah sedap. bau karinya saja boleh kecur air liur.
toseinya walaupun kecil, makan dengan dal dan kari, minum pulak sarbat teh, memang tak dapek nak tolong....
masa aku ke sana semalam, aku jadi tersentuh sebab mamak tu dah nampak tua sedangkan dulu kemain lagi kuatnya dia kerja. ini menyedarkan aku yang aku pun dah lebih tua...alahai...
yang bestnya kali ni aku masak ada orang serah diri...alhamdulillah, tuhan maha kaya.
thanks elin..kalau tak ada dia memang gila aku masak sorang2.
bukannya aku tak boleh masak tapi kalau ada orang kawan berborak, tolong siang-menyiang, kemas-mengemas, tumis-menumis, aku rasa sangat berterima kasih sangat. taklah aku penat sangat.
tak sangka ramai juga yang datang....alhamdulillah.
best sebab irfan rayyan datang..gerammmmnya tengok dia. mak dia nampak happy dan debab sikit..kahkahkah. dia mengadu zaid tak nak hadiah package holiday yang dia nak bagi.
bila aku tanya zaid pasal tu, zaid kata dia malu sebab ain selalu beri dia hadiah.
aku ingatkan zaid, itulah sepupu yang sama2 membesar kat rumah ninu dulu. sebab itulah ain begitu rapat dengan dia dan zahir. aku ingatkan juga zaid agar selalulah berhubungan. jangan dah kawin, tak nak rapat pulak sebab ain tu tak macam orang lain. dia selalu di hati.
yang tak bestnya emmil tak datang..walaupun dia gerenti menangis tapi tetap aku nak main dengan dia. budak ni pemalu sikit orangnya...
kalau ada bakyah dan isah tentu lagi seronok. semoga mereka selamat di tanah suci.
aku bila lagi yek...
yang sedihnya lepas kenduri aku tak sempat tolong mak susun pinggan yang aku pakai. ingat hari ni nak pergi tolong tapi balik dari sekolah agak lambat, nak masak lagi...tak larat pulak. tengok esok pulak, insyaallah.
kak non call bagitau tentang mesyuarat majlis hairiwan pada bulan feb nanti. zaid pun bulan feb jadi aku cadang supaya meeting tu bolehlah aku bagitau pasal zaid nanti..hai.. entahlah orang nak dengar ke tak.....
yang penting, hati mau baik beb.
see yah soon.
Monday, December 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment