Friday, November 27, 2009

pelbagai kisah

kisah sekolah.

sedih sebab result jatuh. salah siapa ye?
a. aku
b. aku dan geng
c. aku dan dia
d.aku dan lain-lain

kalau kat jepun, bila jambatan runtuh, maka menteri kerja rayanya akan letak jawatan sebagai mengambil t/jawab itu. berbeza dengan aku, sebab aku tak boleh letak jawatan melainkan ditukarkan ke sekolah lain.
adakah aku bert/jawab atas result yang teruk itu?
-ya sebab gagal mengekalkan kecemerlangan tahun lepas.
-ya kerana tidak memantau guru tahun 6 dengan lebih kerap
-ya kerana membiarkan orang lain menikam aku dari belakang tanpa membalas semula kerana terlalu yakin dengan kemampuan guru-guru.

walau apa pun, aku terima apa saja.


2.kisah hari raya

kalau aku tak menghidupkan suasana hari raya di rumah ni, rasanya tak berayalah kami sekeluarga.
~zed yang nak bertolak ke kuala ketil pun macam tak kisah nak beraya.
~zahir tak balik langsung beraya sebab ke kucing. kalau aku tak call dia, entah dia ucap selamat hari raya entah tak. aku dan yaya hantar rendang ke flamingo hotel sebab tau dia suka makan rendang pagi raya.
~anak2 dara aku bangun lambat....
~aku bangun dan terus ke rumah mak ambil ayam. sepatutnya eden ambil malam tadi tapi dia sebuk nak jumpa kawan dia. alahai..

lepas tu aku ke pasar cari santan sebab santan semalam dah masam. dalam pening kepala, aku masak dan makan dengan zubir. dia dah makin rajin membantu aku di rumah. kain baju dia yang basuh, jemur dan angkat. yaya pun dah mula rajin mengemas dapur....

kalau umur panjang, tahun depan...
1. akan bangkit semula untuk menebus kesilapan yang telah berlaku. itupun kalau aku masih kat sana.
2. menghidupkan suasana raya dengan lebih meriah. entah2 dah dapat cucu...
semoga uhan lebih menyayangiku tahun depan. Amin

No comments:

Post a Comment