Tuesday, November 3, 2009

kisah anak2 dara aku

i. cik alin

dia baru aje pindah ke pj. sebabnya dah mula kerja dengan NADI.
sedih jugak sebab dia bukan budak yang berkawan dengan orang. yang dia tahu berkelahi dengan adik2 dia yang dua orang tu.
tambah2 lagi tak ada orang yang dia kenal kat sana.
masa pindah hari tu, dia nampak ok aje tapi bila dah malam, dia mula telefon.
pagi telefon, tengah hari telefon, petang telefon, malam telefon, tengah malam pun telefon.
manalah aku nak senang hati...

ii. yaya

hari ni dia mula ke pusat sukan untuk berlari.
memang dia kuat lari tapi entah apa2 tekniknya.
kaki dia bersepah masa lari. macam mana dia berenang, macam tulah dia berlari.
tapi dia memang boleh berlari..aku rasa dengan adanya teknik yang betul, tentu dia boleh perbaiki masa dia berlari.
yang bestnya, malam tadi zed bawa dia cari spike tapi kesian... tak ada di kompleks berdekatan.
nasib baiklah sekolahnya ada spike untuk diberi pakai.
masa aku tanya samada dia menang ke tak, dia ketawa aje..katanya masa nak sampai di finishing line, dia pecut sambil pejam mata. dia tak tau dia menang ke tak tapi kawan2 ucap tahniah..

ini pulak cerita anak aku yang bujang tu..

dah banyak hari dia ponteng minggu lepas, hari ni dia ke sekolah semula. agaknya dia takut kena terajang dengan zed.
sekarang ni dia dah bertambah pandai.. taklah banyak sangat tapi memuaskan hati aku.
dulu, masa dia tak boleh baca, aku punyalah susah hati tapi bila teringatkan zed dulu pun lambat membaca, aku percaya dia akan ok. alhamdulillah, dah ada perubahan.
aku percaya kalau dia rajin lebih sedikit, tentu dia boleh meningkatkan kemajuannya.

sekarang dah ada peminat pulak...alahai...

kisah sekolah:
aku macam tak cukup hari nak buat kerja sekolah sebab terlampau banyak. aku percaya aku boleh settlekan semua itu kerana punya keyakinan yang tinggi kepada diri sendiri tambahan pula ada kerjasama dari colleague dan staff. tapi bila dah terlampau banyak,kesian pulak bila urusan keluarga terabai sikit. eden memang ok dalam memberi ruang tapi entahlah..
kerja yang besar ialah menjadi tuan rumah khatam alquran peringkat wp, membereskan prestasi guru2 dan 3 program sekolah yang besar iaitu hari anugerah cemerlang, graduasi tahun 6 dan persediaan tahun depan.

kadang2 rasa nak pencen awal...

No comments:

Post a Comment