Wednesday, October 28, 2009

SKT, PKSR dan LDP....banyaknya...

i.

sepanjang aku menjadi gpk , satu perkara yang paling aku tak suka ialah menilai orang dan memberi markah untuk setiap tugas yang mereka buat.
siapalah aku untuk menilai mereka apatah lagi aku manusia biasa yang sememangnya selalu membuat kesilapan.
tapi atas nama tugas, perkara yang serumit ini terpaksa aku buat.
hanya apa yang aku harap mereka yang telah melihat penilaian itu akan menerima seadanya....

ada satu perkara yang menjadi kudis dalam hati bila aku teringatkan perkara nilai-menilai ini.

semasa aku menghubungi sekolah lama untuk mendapatkan markah prestasi semasa aku berada di sana, aku sangat terkejut bila mendapat tau aku hanya sekadar mendapat 83 markah saja.
bukanlah aku nak kata yang aku seorang guru yang sangat bagus tapi sepanjang 25 tahun berkhidmat di sana, sangat mengecewakan bila aku mendapat markah sebegitu. selama ini aku langsung tak ambil tahu tentang markah prestasi kerana aku bercadang untuk pencen di sekolah yang sangat aku sayang ini.

dan agak menghairankan bila dengan markah begitu, aku dinaikkan dari guru tahun 1 ke gpk 1.
tambah menghairankan semasa di seri mega, markah aku 96 dan 96.2
pelik tapi benar.

barulah aku tahu perasaan guru-guru yang mengadu kepadaku baru-baru ini yang mereka tak berpeluang untuk sambung belajar kerana diberi prestasi yang rendah sebelum ini.
alahai....

ii.

lain pula cerita pksr 2.
peperiksaan bermula 26.10.09
aku telah mengambil langkah kawalan keselamatan yang agak ketat agar soalan tidak bocor.
malangnya hari pertama, naib ydp datang mengadu tentang ada soalan yang bocor. dia sangat kecewa kerana ada parents yang dapat soalan dari entah mana malah ada yang dapat kertas soalan. dari mana mereka dapat ya?
dari syarikat pencetak kot...

yang pastinya dari pusat tuisyen dan dari beberapa sekolah yang kononnya cikgu-cikgu dari sekolah tersebut telah menulis dan memberi latihan berdasarkan kertas periksa tersebut.
apapun, aku pasti cikgu di sekolah aku tidak terlibat dengan perkara ini.

iii.

tadi aku dan guru-guru ke pandan lake club untuk main bowling atas tiket ldp - menangani stess.
bestla..
walaupun group aku dapat no 8, aku puas hati.
alangkah baiknya jika staf pejabat pun dapat main bowling sama...

No comments:

Post a Comment