Monday, October 5, 2009

kawan ketawa senang dicari...

sepanjang perjalanan meminang..
3hb.Okt hingga 4 hb.Okt

Cerita 1
semasa aku ke kuala ketil, aku lihat eden tidur. dengkurannya memang ketara. bila aku melihat kakinya yang semakin ok, aku terfikir tentang kawan-kawan baiknya yang selalu dipuji olehnya setiap kali kami berborak.
bukannya apa...
kata orang2 tua. kawan ketawa senang dicari, kawan menangis siapa yang tahu...
mungkin korang tak percaya, sepanjang eden cuti 2 minggu dan ditambah 1 minggu cuti raya, tidak ada seorangpun kawannya yang datang menjenguk.
memang menyedihkan aku....
kerana dia selalu menceritakan kebaikan kawan2nya dan betapa mereka mengambil berat tentang dia.
berbeza dgn colleague aku.
walaupun tak mengenali eden, mereka tetap memberi tanda ingatan semoga cepat sembuh.
harapan aku kepada teman2nya di taman segar, biarlah jauh di mata tetapi dekat di hati.
aku percaya kalau geng2 seri mega tahu tentang eden, tentu mereka akan berkunjung menziarahinya.
kepada teman sekerja eden, harapan aku setelah mereka terbaca blog ini, fikir2lah sendiri.
hati mau baik beb.

Cerita 2
kami menghantar rombongan meminang seramai 8 dewasa dan 3 kanak2.
asalnya ramai nak pergi tapi sebab hati masing2 berbeza rasa, ramai yang tarik diri di saat akhir.
aku memang terasa kecewa atas tindakan itu kerana aku dan eden sentiasa melibatkan diri bila ada majlis seperti ini di kalangan keluarga tambahan pula kami memang suka makan angin.

walaupun banyak alasan yang diberi, pada aku mereka memang tak hendak pergi.
aku dan eden tidak akan membalas perbuatan mereka. kami tetap akan bersama jika diminta kerana itulah kami sebenarnya.
tranparent and no pretending..

tuhan tidak tengok amal ibadat saja. keikhlasan itu yang paling utama.
hati mau baik beb.

Cerita 3.
Semasa di homestay, mak usu dan ani banyak membantu aku menyediakan hantaran. terimakasih banyak2. semuanya cantik dan menarik. nanti bila gambar dah siap, aku akan masukkan dalam facebook utk korang tengok.
hantarannya RM 11 284. pah punya pasal, kami tak kisah. janji zaid gembira dan kami dapat menantu yang cantik dan baik.
macam biasa, kami dihidangkan makanan kampung...
sabri (yang pertama kali ikut aku) makan banyak sebab ada ulam kerdas! kami tak payah nak cerita....memang makan banyak.
kami balik ikut grik. best pemandangannya...

Cerita 4.
entah macamana, aku teringat nak singgah rumah sayang. aku call dia bagitau nak singgah. dia terkejut bila lihat kami datang 3 kereta.
kami makan di rumah sayang. dia masak singgang ayam dan sayur. lauk yang mak pah bekalkan kami makan sekali.
seronok dapat jumpa anak2 sayang..


kami sampai kl jam 12.00 malam. mak nak makan western. kami makan di kg.pandan. tak sangka jumpa kawan2 zaid. tauke kedai belanja makan..t.kasih.

kepada sedaramara yang tidak jadi ke kuala ketil, its alright, small matter and no heart feeling.

kepada eleena yang sponsor sebakul kueh untuk hantaran, ani yang sponsor kek, kip, mak usu, sabri dan ati (yang membenarkan sabri mengiringi rombongan), kami ucapkan ribuan terima kasih. kerana anda prihatin, semuanya berjalan lancar.
semoga tuhan akan memberkati segalanya. amin

siapa mereka?
sabri - suami ati, menantu mak usu
sayang - adik eden yang bongsu
pah - bakal menantu
kip -suami ani( adik aku ke 8)
eleena - adik ipar bongsu


No comments:

Post a Comment