Sunday, October 11, 2009

tahniah,cik alin.

dalam penat2 di karnival sekolah, cik alin memberitahu aku yang dia dihubungi datuk dr noraini yang memintanya datang ke konvensyen di sunway esok. dr tu nak chat aje katanya dan meminta cik alin membawa testimonialnya.
anak aku ni memang excited bila setiap kali dapat interview. dia memang suka pergi interview....
lepas tu dia akan pilih2 baju yang sesuai..berjalan depan cermin beberapa kali..senyum2..
tapi kali ni dia agak keliru sebab bukan dipanggil interview, hanya sekadar nak chat aje..
cik alin ni memang confident dengan dirinya sebab tu kalau pergi interview dia akan selalu berjaya.

so, aku dan eden hantar dia ke convention centre di sunway. lepas tinggalkan dia,kami makan2.
sempatlah kami ke sunway pyramid window shopping..
kesian eden, dia minat sangat jacket camel active tu, tapi tak ada size..alahai...

bila cik alin call suruh ambil dia, kami nampak dia tersengih2. sahlah tu..
untuk celebrate, kami bawa dia ke A&W. dia yang kelaparan makan burger dan waffle..mak ai...
dia memang good eater. senang aje kalau nak ambil hati anak dara sorang ni...

kami merayau2 mencari lokasi pejabat barunya. tak jadi masalah kerana kami dah cari di google map malam tadi.
masalahnya, jauh pulak dari rumah kat ampang...
cik alin kata dia nak cuba sewa kat luar aje..

sepanjang yang aku ingat, cik alin hanya berpisah dgn aku ialah semasa dia belajar kat teknik teluk intan. itu pun tiga bulan dia nangis. bukannya dia tak suka belajar kat situ hanya homesick.
tak tahulah kalau dah besar2 ni, dia okey.
kalau pah duduk sama dengan dia, kira okey jugak.

betul juga kata eleena, dia memang patut belajar hidup sendiri supaya pandai berdikari.
lagipun bukannya jauh sangat...hanya hati aku bimbang takut dia tak reti...

walau bagaimanapun, tahniah cik alin. semoga kali ini berkekalan.

cerita lain..(1)
jumaat malam. aku ke rumah epi yang adakan majlis rumah terbuka sambil meraikan bakyah yang akan naik haji.
meriah sekali dan ramai yang datang termasuk adik-beradik aku.
yang peliknya kutak datang tak bawa mak.
bila aku tanya, dia kata mak tak siihat. hai..baru aku jumpa dia petang itu, dia nampak okey aje..
aku tanya lagi kutak, rupa2nya mak kecill hati sebab epi tak jemput dia..pulak..
kemungkinan yang besar ialah masa epi call dia, dia tak dengar bunyi telefon.
walaupun dah diberitahu semua dijemput, dia tetap tak nak pergi..
takut pulak aku, bila dah tua2 nanti jadi sensative .

cerita lain ..(2)
first time aku terlibat dalam karnival sekolah yang sebesar ini, pun tak ada bezanya dengan beban tugas mengadakan hari usahawan sekecil di dato abu bakar dulu. lebih kurang sama saja.. yang bezanya di dato abu bakar, aku ketua gerai so..kerja macam macai. semua guru pun jadi macai sebab kami tak ramai..
di seri mega aku baru jadi penolong kanan, so..faham2lah.
di seri biintang selatan pun macam tu tapi aku belajar ambil tanggungjawab yang lebih besar iaitu ambil tahu semua segi..kira dah pandai sikitlah.

bila semua dah selesai, aku, lim dan manis duduk berborak2. harapan kami ialah dapat untung dan paku tak berbunyi bila rumah dah siap...
kan selalunya macam tu..

2 comments:

  1. Alhamdulillah..doakan caklin berjaya yea ma..Best lah post mama kali ni, citer pasal caklin jer..hahahahaha:-)

    ReplyDelete