Thursday, September 17, 2009

mengapa aku begitu ye...

hari ni ada penutup bulan merdeka dan ihya ramadan
penutup bulan merdeka....klakar. mcm teh tarik tak cukup susu
masa kat abu kakar dan seri mega, ia cukup meriah.
aku mmg patuh rasa bersalah sbb tak ambil tau langsung mentang2lah sambutan ni bawah hem.. aku serah bulat2 kat lim. yg lim pulak serah bulat2 kat panitia kt. ketua kt guru yr.6. sebuk dgn upsr....alahai...so pathetic
so, the activity became like candy without sugar...all because of me.

tp ihya ramadan kira ok jugak.
aku menang tulisan jawi kreatif. entah mmg cantik, entah saja nak ambil hati. thanks to cik alin yg bagi bagus punya idea.

tp masa bersalam dgn murid, aku kelamkabut balik sebab zahir nak pakai kereta untuk meeting dgn ntv 9. langsung tak sempat bersalam dgn cikgu2. aku pun tak faham kenapa aku tak ucap selamat hari raya kat cikgu2 tu sedangkan semuanya baik2 dan dekat di hati.

petang uji call dari ofis utk ucap selamat hari raya dan ita minta duit raya. semua ini menyentuh hati aku...sebab persahabatan yang ikhlas bukan senang utk digenggam. walaupun mereka menghormati aku sebagai pentadbir.

aku hanya mampu doakan mereka selamat dan bergembira balik kampung. selamat pergi dan selamat balik ke kl semula.
as for me, kl is my hometown...kesian aku dan anak2 aku..hanya balik ke kampung pandan saja.

Monday, September 14, 2009

Semangat raya dah datang..tapi...

Keluar dengan yaya utk membeli baju raya mmg memenatkan tapi demi anak dara ni, l'll do anything to make her happy.At my age, what more can l do to please her except be her companion.

sebenarnya aku bersyukur ada anak kecik. semasa aku mengandungkan dia dulu, aku dah 40 tahun. Just imagine, how do you feel being together with your own student in the same maternity ward?hahaha kelakar kan?

tapi eden memberi sokongan dan kekuatan - dari dulu sampai sekarang..

bila yaya dah 11 tahun sekarang, baru aku terasa yang dia memang anugerah lllahi kerana menjadi teman yang setia dan menyenangkan. nak harap kakak dan abang2 dia untuk menemankan aku ke sana-sini...alahai, sentiasa sibuk.
nak gi holiday sama2 pun, tak tentu dapat. lastnya aku pergi dengan eden, yaya dan zubir.
zubir pun semenjak dua menjak ni, dah tak berapa nak ikut..dah mula remajalah katakan. lebih baik dia memerap kat rumah mengadap laptop.

entah kenapa aku macam tak sedia untuk raya tahun ni. Agaknya duit tak mewah kot. Semangat dah ada but the urge to celebrate is not there. entah apa yang aku risaukan pun aku tak sure.
agaknya sebab zaid nak bertunang 4 hb. okt. ni kot..

hai..entahlah..

yang penting, minggu depan aku dah boleh gi mancing dengan eden semula...yey!

Saturday, September 12, 2009

RM 650 hancus dalam sehari

kononnya hari ni nak gi shopping beli baju raya.
aku pun keluar dengan inakutak ke san peng.
entah macamana, aku terjebak dengan skim cepat kaya tak ori. aku beli blouse 12 helai dengan harga RM30 satu dan ina akan tolong jualkan. alahai..untung sabut timbul, untung batu tenggelam. harap2 aku dapat balik duit yang aku labur tu...
yang aku dapat ialah baju jubah dan blouse. satu jubah untuk cik alin.
nak beli baju yaya dah tak cukup duit sebab singgah kat pasar pudu pulak..

la ni duit kecik nilainya.
nasib baik eden orang yang tak berkira sangat. dapat suami yang seperti ni menjadikan aku bersyukur. asalkan tidak sibuk mencari kelemahannya dan menunjukkan kelebihan kita kerana tiada apa yang kita dapat melainkan rasa tak puas hati berpanjangan.
.....semoga kasih kekal abadi selamanya....

Thursday, September 10, 2009

Syoknya eden cuti..

minggu lepas, eden jatuh motor. hai..mat rempit pun tertido jugak ye..
yang kelakarnya, pada hari isnin dia ke hosp.ampang utk dapatkan mc (sebab kakinya bengkak) tapi doktor suruh x-ray.
punyalah dia terkejut bila doktor kata ada retak dan kena simen! tambah terkejut eden bila doktor bagi dia cuti 2 minggu..
sampai rayalah eden cuti..syoknya dia.
disebabkan tak sakit, eden berlagak ok.
tapi pagi tadi, dia mula terasa sakit kat pergelangan kakinya..
hah, sahlah memang retak...
kesian dia.

sebenarnya syok jugak eden cuti sebab dia tolong kemas rumah dan cuci pinggan. lega betul bila balik tengok rumah dah kemas.
kalau tak, masuk je rumah, dengan tilam kat hall, kain belambak tak lipat..alahai..
tapi sekarang....dah berubah.
tq eden.

Thursday, September 3, 2009

dah gila main facebook pulak..

lama betul aku tak menulis kat blog ni, bukan tak sayang, tapi dah berubah angin. macam orang mencari cinta...
sebenarnya semenjak aim kembali ke rahmatullah, aku semacam kehilangan. tentu zizi lebih2 lagi.
tapi sekarang aku telah mula bersemangat. agaknya seronok ke sekolah semula selepas cuti seminggu..
sekarang ni sebuk pula dengan karnival senamthorn pibg sekolah.
masa aku kat dato abu bakar dan seri mega, buat program kecil2 tapi bila kat sbs ni, macam grand pulak sambutannya - nak jemput menteri, you...
naik takut pula aku dan terasa kecik pulak diri ini..
tapi aku tetap akan menghadapinya sebagai cabaran yang pasti aku lalui dengan berani..
eden sejak posa ni jarang pegang rod..dia pun dah beralih arah ke karaoke pulak..alahai

Wednesday, August 26, 2009

Exam hari ni...alahai...

mula2 dulu, memang aku suka gi exam sebab ni saja masa dapat merasai suasana orang duduk periksa.
tambah2 first time ambil tu kandas..seronoknya ketawakan diri sendiri sebab kebanyakan orang pun kandas..
tapi bila dijalankan penilaian semula, tetiba aku lulus..

tapi yang tak syoknya sejak kebelakangan ini aku pergi dengan kepala kosong.. sekadar pergi aje..
jumpa dengan geng sbs kat smk p air panas pun dah cukup menyeronokkan aku.
entah berapa kali lagi aku nak duduk ambil periksa...
asyik2 dapat iii. yang kelakarnya mac ari tu aku dapat ii. ada ke patut...??
(nak salahkan siapa? sendiri tak baca...)

rasa2nya lepas ini aku tak nak ambil lagi...

eden, abang dan syeikh ke k.selangor mancing. aku malas nak ikut sebab api yang dulu marak telah mula nak padam..
kalau eden tahu tentu dia marah sebab dia suka betul bawa aku mancing...
hai..entahlah....

Thursday, August 20, 2009

yang pergi tetap pergi...

hari ini aku dikejutkan dengan berita kematian navamani gpk 1 sk seri mega yang mengambil tempat aku di sana.
memang memeranjatkan kerana dia baru saja membalas sms yang aku hantar dengan mengatakan - tq so much.
dia yang aku kenal seorang yang kuat bekerja...
sepanjang yang aku ingat, dia pernah mengatakan yang dia tidak seronok menjadi gpk 1 kerana bebanan kerja yang banyak.
kali terakhir aku berjumpanya di morib semasa kursus peningkatan profesionalisma gpk.
pemergiannya tentu akan diingati oleh semua kenalan...



berita terbaru yang aku dengar tentang aim juga memilukan hati.
aku tak pergi menziarahinya hari ini kerana ada tugas luar di pwtc.
pagi tadi aku dimaklumkan yang aim telah dipindahkan ke icu.
balik dari pwtc tadi, eleena memberitahu yang aim nampaknya tak dapat bertahan. otaknya telah berhenti berfungsi dan jantungnya juga telah tidak stabil. keluarganya telah dipanggil. kesian zizi...dengarnya dia telah tidak sedarkan diri bila mendapat tahu perkembangan diri aim.

aku tentunya tak dapat melawat aim kerana sebaik tiba di rumah dari pwtc, aku akan ke sekolah untuk sembahyang hajat tahun 6.
tapi...sekarang hujan turun dengan lebat..
nak keluar rumah pun tak boleh.

alahai....