Thursday, August 20, 2009

yang pergi tetap pergi...

hari ini aku dikejutkan dengan berita kematian navamani gpk 1 sk seri mega yang mengambil tempat aku di sana.
memang memeranjatkan kerana dia baru saja membalas sms yang aku hantar dengan mengatakan - tq so much.
dia yang aku kenal seorang yang kuat bekerja...
sepanjang yang aku ingat, dia pernah mengatakan yang dia tidak seronok menjadi gpk 1 kerana bebanan kerja yang banyak.
kali terakhir aku berjumpanya di morib semasa kursus peningkatan profesionalisma gpk.
pemergiannya tentu akan diingati oleh semua kenalan...



berita terbaru yang aku dengar tentang aim juga memilukan hati.
aku tak pergi menziarahinya hari ini kerana ada tugas luar di pwtc.
pagi tadi aku dimaklumkan yang aim telah dipindahkan ke icu.
balik dari pwtc tadi, eleena memberitahu yang aim nampaknya tak dapat bertahan. otaknya telah berhenti berfungsi dan jantungnya juga telah tidak stabil. keluarganya telah dipanggil. kesian zizi...dengarnya dia telah tidak sedarkan diri bila mendapat tahu perkembangan diri aim.

aku tentunya tak dapat melawat aim kerana sebaik tiba di rumah dari pwtc, aku akan ke sekolah untuk sembahyang hajat tahun 6.
tapi...sekarang hujan turun dengan lebat..
nak keluar rumah pun tak boleh.

alahai....

No comments:

Post a Comment