Sunday, August 9, 2009

Eden dah balik mancing di Pekan.

Malam Jumaat aku hantar eden ke petronas tesco ampang. Geng sk seri mega dah tunggu sebab janji jam 11. Kami sampai jam 11.30pm sebab jemput azman dan syeik. Bukan pun salah diaorang, almaklumlah aku yang drive...
Dua group yang pergi satu naik kereta Azman dan satu lagi kereta Sardi. Jealous aku dibuatnya tapi kenalah terima kenyataan yang aku mabuk laut.
Yang bestnya, janji balik hari Ahad tapi jam 2 pagi sedang aku tidur, eden call minta jemput dia kat ampang point.
Apa dah jadi??
O.. ribut tengah laut rupanya.
Ada ikan tak? Jangan-jangan banyak joran dari ikan.
Ikut cerita eden, 100 kali lebih baik dari mancing kelong kat lukut..
Mentang2lah spot yang aku boleh pergi setakat kelong aje..

No comments:

Post a Comment