Wednesday, August 19, 2009

Aim..harap awak akan bertahan..

Semalam aku dikejutkan dengan berita aim accident kat tol jalan duta. hasrat hati nak pergi tengok dia tapi tak kesampaian.
ju phone aku jam 8 malam mengatakan jantung aim dah berhenti dan dia bergantung kepada alat pernafasan.
hati hiba kerana mengingatkan zizi dan anaknya qistina yang masih kecil.
hari ini aku ke hospital sg buluh dan berjumpa aim yang bukan aim yang aku kenal.
geng skdab ramai yang ada kat sana. fiza pun ada walaupun dia dah ke smk seri ampang.
aku dapat berbual dengan zizi. dia kelihatan sangat tabah dan sabar.
aku minta zizi berbisik2 dengan aim supaya semangatnya kuat untuk hidup kerana seorang doktor beritahu aku orang yang sedang berkeadaan seperti itu masih boleh mendengar tapi tidak boleh memberi respons.
melihat aim seperti itu menghilangkan keseronokan aku untuk bercerita tentang ikan patin dan rohu yang eden dapat malam tadi...
memanglah aku anglers tak ori..

No comments:

Post a Comment