Sunday, August 16, 2009

rutin mingguan..pergi marketing dengan mak..

salam.
macam biasa setiap hari minggu, aku akan bawa mak ke pasar kg.pandan.
dan macam biasa mak akan makan laksam dan aku makan nasi dagang.
yang terharunya hari ini aku jumpa mak besah...dah hampir 4 atau 5 tahun aku tak jumpa.
kami ada kenangan bersama dan urusan yang belum selesai..
mak besah nampak sihat walaupun aku tau dia baru2 ni ke ijn lagi.
dia bercerita tentang bisnesnya yang baru dan berharap dia dapat menyelesaikan masalah kami.
aku pun berharap begitu dan doakan dia selamat dan sihat.

malam sabtu lepas aku ke kenduri rumah mak sempena sambut puasa.
macam biasa aku akan datang untuk makan saja..semua kerabat pun tahu yang aku ni memang curi tulang setiap kali mak buat kenduri. orang pun malas nak komplain tentang tu..
yang aku kecewa sekali ialah hasrat nak jumpa ain dan baby barunya tak tercapai kerana dia dah balik ke cheras. dengar2nya ada sedikit kecil hati/tak puas hati/geram/malas nak layan dan seumpamanya...dengan sepupu sepapatnya.
biasalah...bila dah ramai kat rumah mak tu, masing-masing nak tunjuk kuasa..
yang kesiannya mak aku lah kerana dia yang terasa hati..

satu lagi yang aku tak puas hati ialah si muzammil tak datang.
e....ii geramnya dengan mak dia si julia tu.
agaknya dia tau aku nak gigit sikecik tu..
jagalah dia..

1 comment: