bila aku diminta untuk mengenalpasti guru yang perlu dicalonkan untuk keluar kerana lebihan guru, aku tak dapat nak jalankan tugas tersebut dengan baik. semuanya semata-mata kerana aku melibatkan perasaan dan tidak profesional.
manakan tidak, aku teringat dulu bila eden ditukarkan atas alasan yang sama, dia sangat kecewa. aku ke sekolahnya berjumpa gb sekadar untuk menyatakan kesedihan aku atas pertukaran itu. lama juga eden bersedih..
rupa2nya ada rahmat di sebalik pertukaran itu. eden mendapat gb yang seratus kali lebih baik dan memahami.
aku tidak boleh menipu dgn mengatakan aku tak sedih. walaupun belum begitu rapat, tapi hati mereka tentu terguris...
maafkan aku.
Wednesday, August 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment