Sunday, December 20, 2009

lagi cerita eden di ijn

oleh sebab tak sedap di hati, pada jam 2 pagi, aku ajak zubir tengok edenkat ijn. dia tengah tido dengan segala wire kat badannya tapi aku lihat reading jantungnya dah stabil sikit. taklah macam siang tadi yang memang menakutkan aku.
dia nampak tidur dengan nyenyak mungkin dgn pertolongan oksigen. bila dia terjaga, katanya dia dah puas tidur dan kalau boleh nak keluar gi jumpa geng dia. kahkahkah
dan seperti yang aku jangka, dia suruh aku aku balik tidur kat umah aje.

elina dtg pagi bawa sarapan. aku dah siap masak masa tu. kami ke sekolah utk ambil gl. cari punya cari, jumpalah orang lain punya. gb yang kebetulan datang tolong fotostat dan sign. at last siap juga gl tu..
kami ke ijn dan berborak dgn eden. yang kelakarnya eden terkejut tengok makanan t/hari yg disediakan. aku ingatkan apa rupa2nya eden kata nasinya sikit yang amat..eden kata doktor nak dia turun berat badannya selama dia di ijn. kahkahkah

ramai kaum keluarga yang datang. eden pun nampak gembira dengan kedatangan mereka. lepas elina balik, aku pergi ijn sekalli lagi dengan mak dan yaya. eden ajak aku tidur kat sana tapi esok aku ada meeting kat jab. kesian pulak. tengoklah nanti macamana.
malam cik alin tengok eden. eden pesan roti canai...pulak.

apapun aku harap dia cepat sembuh dan sihat semula.

Saturday, December 19, 2009

kisah kenduri emmil, bersarapan dengan elina dan eden ke ijn

malam tadi ada kenduri kat umah epi-julia sempena akikah emmil.
aku ke sana untuk tolong masak tapi sedihnya terpaksa lari ke mesyuarat umah kak non. kesian bakyah masak dengan eton aje. tapi aku nak buat macam mana. dua-dua pun penting. pun begitu, semuanya berjalan lancar. yang bestnya emmil senyum2 kat aku dan satu lagi yang best ialah risya kemain peramah lagi. seronok juga jumpa dia.
kehadiran sedara-mara macam biasalah, cukup untuk memenuhkan hall tapi yang tak bestnya si irfan tak ikut sama. kalau tak, dapatlah jugak dia secium dua dari aku.

eden tak pergi kedua2 majlis sebab kakinya gout. lagipun dah banyak kali eden sesak nafas. naik takut pulak aku tapi dia masih macam biasa..makan pantang nampak, keluar malam jumpa geng, mancing sampai pagi dan seumpamanya..sekali sekala aku ikut jugak tapi kadangkala malas aku nak ikut sebab rasanya aku lebih perlu tidur malam. aku tak larang aktivitinya sebab dia pun dah tua dan tau yang mana baik dan yang mana buruk.

semasa mesyuarat umah kak non, kami berbincang pasal kenduri hairiwan, zaid, pertunangan tina dan iptisam dan kenduri kahwiin azman anak asiah. kak eni pesan supaya aku bawa eden untuk check di hospital. sebenarnya eden dah banyak kali berulang ke hospital ampang pasal gout dan lelah tapi bukan untuk check jantungnya. aku dah ajak dia ke ijn sebab aku tengok masa dia tidur, banyak kali dia tak bernafas, tapi..dia tak nak.

pagi tadi aku, yaya dan zubir bersarapan dengan elina kat langat. kemain lagi kami makan nasi impit, kuah kacang dan ayam masak rendang. tapi aku balik cepat sebab takut eden tinggal sorang kat umah. lepas makan tengah hari, aku tidur kejap dan pukul 4.30ptg, aku ajak dia ke ijn kecemasan. dia bersetuju pulak. mungkin dia pun terasa keadaannya yang tak dah mula tak selesa.

eden berjumpa doktor agak lama.
rupa2nya dia nak kena admit.
aku call abang, zaid dan syeikh untuk maklumkan keadaan eden.
zahir datang sebaik eden masuk ke wad.
zaid tak dapat balik sebab hujan lebat kat rompin.
syeikh tak dapat contact sebab bateri habis....
esok aku akan contact adik-beradik pulak walaupun eden tak bagi.

lepas belikan eden makan malam, aku pun balik dan sampai rumah jam 11.00 malam.

rasa macam nak temankan eden kat hospital walaupun eden kata tak payah sebab bebudak kat rumah tak ada orang nak jaga.

Ya Allah, selamatkanlah eden. Amin











Thursday, December 17, 2009

cerita kat kenyir, kenduri mak dan sarapan di au4

baru hari ni dapat update blog. bukannya salah orang lain, salah aku jugak sebab tak bayar bil telefon...alahai..

tak macam yang dijanji, aku eden dan yaya bertolak jam 9.00 pagi. sheikh pun lewat jugak tapi taklah selewat aku. puncanya malam tu tengok ntah cerita apa kat tv sampai melalut tido pukul 3.00 pagi.

rentetan perjalanan kami
- bertemu kat r&r maran dan makan tengah hari.
- ikut lebuhraya mustainbillah (?). betul2 punya drift sebab jalan rosak teruk.
- singgah kat kuala berang beli barang dapur, ikan, sayur dan ayam.
- sampai jeti dekat jam 6.00petang

mak ai...
- syoknya naik bot
- nak mati naik tangga. eden tak dapat nak bernafas..suspens you...
- cantiknya rumah rehat persekutuan tu..
- bestnya scenery dari atas rumah.

kat sana tak ada apa nak buat. kita sendiri buat program.
kami ke taman herba, mandi air terjun dan berkayak.
malamnya kita orang memancing..
ikan banyak tapi tak makan mungkin tak kena umpan.
eden dan syeikh dua kali gi mancing sewa bot tapi tak juga dapat ikan.
alahai..ikan oh ikan di mana kau ikan.

balik kami singgah kat pekan untuk makan. lepas maghrib baru bertolak balik kl.

hari selasa mak ajak ke pasar untuk beli barang sebab dia nak buat kenduri doa selamat bakyah dan isah selamat balik mekah. kami pergi dengan makcik munah.
seperti biasa mak minta aku masak sayur.
semuanya berjalan dengan lancar.
yang tak datang seperti biasa ialah atip dan ju. yang tak dapat dielakkan ialah elin dan aab ke pd.
diorang dah plan lebih awal dan mak pulak buat surprise kat anak dia dua orang hajah tu..
kalau tak tentu dia datang tolong masak..
kali ni ida dan ina menolong masak kat dapur. lega lah mak sikit..

hari rabu seperti yang dijanjikan, aku, mak dan bakyah gi breakfast kat au4.
sebelum tu, aku hantar cik alin ke pj dan sarapan dengan dia kat nadi. kami beli nasi lemak kat pusat selera sukom.
lepas tu aku pun ke kg.pandan ambil mak dan bakyah.
di au4 , kami makan roti boom. memang sedap. epi dan auf join kemudian. dia bawa bibi dan emmil.
bab emmil ni yang best. nampak je kitaorang dia dah nak nangis. kami gurau2 baru dia ok. masa hantar dia balik, bibi minta tolong pegang emmil sebab dia nak buka kunci pintu. hah, apalagi, kesempatan ini diambil oleh mak dan bakyah menggomol dia. dia menjerit2 dan meronta2. aku punyalah gelak tengok dia. bila dia nampak aku gelak, dia terus menangis...
alahai..anak omak.




Thursday, December 10, 2009

Masa untuk berehatlah pulak...

Setelah asyik ke sekolah sepanjang cuti ni, rasa2nya nak pergi makan angin pulak. Dan dah memang dirancang, kali ni aku akan ke tasik kenyir...yey! harap2 kat sana tak banjir sebab mengikut orang terengganu kita mr.hezaiful, kalau ikut jerangau, salah2 hari bulan akan tersangkut sebab itu kawasan banjir. dia cadangkan ikut kt atau marang. lagipun katanya taklah bosan sangat. kalau ikut jabor, kita ikut belakang lori kelapa sawit sepanjang jalan. so tq for the information.

yang tak bestnya, cik alin tak dapat ikut sebab dia kerja hari isnin. almaklumlah kan dia masih dalam percubaan..selalunya kalau cik alin tak pergi, zubir pun tentu tak nak ikut. dia lebih suka memerap kat rumah main komputer. jadi yang confirm pergi ialah aku, eden dan yaya.

tapi anak2 aku ni tak boleh percaya sangat. tiba2 diorang nak ikut...

eden dah mula shopping barang mancing dengan syeikh. sahlah agenda utama kitaorang ialah memancing. aku memang dah lama tinggalkan joran...memang tak ori punya angler. tapi kali ni macam berkobar2 pulak nak mancing. dengar2 eden nak sewa boat..wa..macam happening pulak.
secara peribadinya aku lagi suka memancing laut (tapi atas kelong bukan atas boat). sebab utamanya aku suka makan ikan laut. ikan air tawar ni...tawar hati sikit sebab tak gemar dari kecik.

walau apa pun, harap2 semua akan berjalan lancar, insyaallah.

Oh ya, tadi aku sarapan pagi dengan pah. kami makan nasi lemak kat megan avenue. kononnya aku nak belanja tapi duit kecik tak cukup. pah kena tambah pulak...syok gak makan dengan menantu ni. dia dah seminggu kerja overtime sampai pukul 9.00 malam. kesian pulak tengok dia takut bertambah kurus pulak.
walau apapun, aku harap dia bahagia dengan zaid. amin.

Monday, December 7, 2009

Makan di satay station, yey!

Ini cerita yang aku dah terlupa nak masuk blog. Oleh sebab dah teringat, aku tulislah jugak sebab ada sesuatu di hati tentangnya, kuch kuch hota hei lah kata omputih (kahkahkah.)

kema ajak mak pergi minum kat waterfront ampang.
kema ini kalau korang nak tau ialah budak yang sayang amat kat ninunya. dengan lain perkataan mak pun memang manjakan dia. tak sapa pun nak cemburukan dia sebab dia memang menyenangkan.

kami tak jadi nak ke ampang tapi singgah makan kat kedai ijoi. yang ikut muka tak malu ialah aku dan anak2 aku. kami naik waja zaid sebab kema nak rasa naik kereta terbang tu..
kami makan dan minum dengan seronok sebab ella dan ijoi ada sama berborak2. masa mak nak bayar, ijoi kata dia belanja. kami punyalah seronok dan berterima kasih.
sebab itulah ijoi ni rezekinya murah. semoga berterusan hendaknya...amin.

Cerita Elin pulak...

Hari ni aku ke sekolah sebab dah memang duty aku pun.
Tadi elin call dengan gembira menyatakan dia dapat transfer ke sekolah eden sebagai GPK Koku. alhamdulillah akhirnya dapat juga dia keluar dari sekolah itu walaupun banyak kenangan kami berdua di situ...
walaupun aku keluar dari situ lebih tiga tahun, tapi kuch kuch hota hei lah kat sana..
kata orang tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat pertama mengajar.
tentu elin pun sama rasanya dengan aku.
sampai sekarang, kalau aku ke sana untuk apa jua urusan, aku tak rasa sebagai tetamu tapi seperti balik ke rumah lama aja. Maklumlah 25 tahun kat sana.. dari anak dara sampai anak lima you...
Semoga sekolah baru akan memberi semangat baru kepada awak, elin. selamat bertugas.

Epi & Julia belanja makan, yey!

Seronoknya bila epi bagitau nak belanja zaid dan pah makan. tapi lagi best bila dia ajak kami sekeluarga pergi sekali.

tempat : cozy house, great eastern mall.
jam : 8.00 pm
masa kami sampai : 8.30 malam
keadaan epi dan julia : dah lapar sebab kami lambat
keadaan emmil : melalak bila aku tegur tapi tetap cute...itu yang geram tu..
makanan : chicken chop dan kue teow kung hu
air : segala jenis air dan banana split

Terima kasih banyak2. semoga dimurahkan rezeki epi dan julia. Amin

Cerita lain pulak...
Semalam aku buat kenduri doa selamat sempena zaid yang selamat bernikah.
ada ke patut aku pergi pasar beli barang sorang2? tak patut tak patut..tapi aku cabar diri aku sendiri untuk pergi. hasilnya..melepek penat! hahahaa
sebab eden ngantuk, aku rasa tak pe lah aku pergi sendiri tapi yang lecehnya bila nak ngangkat barang2 ke kereta, punyalah seksa.

pergi ke pasar pudu ni ada banyak kenangan.
dulu masa aku duduk kat jalan belangkas, memanglah pudu ini tempat aku beli barang basah. ikan dan sayurnya murah. tambah pula kedai mamak roti canai ada dalam pasar.
kalau orang yang tak biasa makan di tempat macam tu (contoh yang terdekat ialah bondaku), memang tak lalu nak makan sebab bau ikan dan sayur.
tapi bagi aku yang marhain ni, yang penting ialah sedap. bau karinya saja boleh kecur air liur.
toseinya walaupun kecil, makan dengan dal dan kari, minum pulak sarbat teh, memang tak dapek nak tolong....
masa aku ke sana semalam, aku jadi tersentuh sebab mamak tu dah nampak tua sedangkan dulu kemain lagi kuatnya dia kerja. ini menyedarkan aku yang aku pun dah lebih tua...alahai...

yang bestnya kali ni aku masak ada orang serah diri...alhamdulillah, tuhan maha kaya.
thanks elin..kalau tak ada dia memang gila aku masak sorang2.
bukannya aku tak boleh masak tapi kalau ada orang kawan berborak, tolong siang-menyiang, kemas-mengemas, tumis-menumis, aku rasa sangat berterima kasih sangat. taklah aku penat sangat.

tak sangka ramai juga yang datang....alhamdulillah.
best sebab irfan rayyan datang..gerammmmnya tengok dia. mak dia nampak happy dan debab sikit..kahkahkah. dia mengadu zaid tak nak hadiah package holiday yang dia nak bagi.
bila aku tanya zaid pasal tu, zaid kata dia malu sebab ain selalu beri dia hadiah.
aku ingatkan zaid, itulah sepupu yang sama2 membesar kat rumah ninu dulu. sebab itulah ain begitu rapat dengan dia dan zahir. aku ingatkan juga zaid agar selalulah berhubungan. jangan dah kawin, tak nak rapat pulak sebab ain tu tak macam orang lain. dia selalu di hati.

yang tak bestnya emmil tak datang..walaupun dia gerenti menangis tapi tetap aku nak main dengan dia. budak ni pemalu sikit orangnya...

kalau ada bakyah dan isah tentu lagi seronok. semoga mereka selamat di tanah suci.
aku bila lagi yek...

yang sedihnya lepas kenduri aku tak sempat tolong mak susun pinggan yang aku pakai. ingat hari ni nak pergi tolong tapi balik dari sekolah agak lambat, nak masak lagi...tak larat pulak. tengok esok pulak, insyaallah.

kak non call bagitau tentang mesyuarat majlis hairiwan pada bulan feb nanti. zaid pun bulan feb jadi aku cadang supaya meeting tu bolehlah aku bagitau pasal zaid nanti..hai.. entahlah orang nak dengar ke tak.....
yang penting, hati mau baik beb.
see yah soon.

Wednesday, December 2, 2009

anakku suami orang

a. kisah zaid dan pah

memang tak sangka adik akan bernikah dalam usia yang agak muda. memang dah jodoh dia. aku sebagai mak berasa gembira menerima pah sebagai menantu kerana dia budak yang baik dan dari keluarga yang baik2.

kami bertolak dari kl jam 9.00 am. memang agak kelam kabut sebab selalu aje aku kena tinggal kat belakang. maklumlah aku bawa viva aje. niat hati nak belanja makan keluarga yang ke kedah tak menjadi sebab asyik2 mereka sampai dulu. bila aku sampai ke r&r, diorang dah meneruskan perjalanan.

semasa tiba di sg.petani, asyik nak tunggu semua orang sampai, tahu2 dah pukul 3. apalagi, kami pun kelamkabut ke k.ketil dan yang mana tak sampai tu, kami call dan bagi direction.

zaid takut kami lambat. dia call tak henti2 tanya bila kami nak sampai. maklumlah duit hantaran dan mas kawin kat kereta ani. kami terus aje ke masjid dan tukar baju pun kat masjid.

kak non sekeluarga dan ida lan sampai selepas itu. diikuti oleh sapuan dan yang last sekali ialah kutak yang sesat...hai..orang kedah pun sesat...

zaid lafaz dua kali. imam itu ialah bapa sedara pah. dia kata soalan yang dia tanya dah bocor awal...kahkahkah.

lepas makan, kak non sekeluarga balik kl. kutak balik kuala nerang. ida lan, mak dan mak usu ke bukit mertajam rumah mak sedara ida. sapuan balik malam tu juga. aku sekeluarga dan ani sekeluarga tidur kat k.ketil.

esoknya kami ke b.mertajam dan makan t/hari kat sana. aku bawa anak2 ke penang sebab yaya dan zubir tak pernah naik feri. lepas makan kat padang kota, kami bertolak balik.

mak ai... aku sangkut kat jem.
sekarang aku fahamlah bila cikgu2 minta balik awal bila raya sebab nak elak jem.
aku tidur kat r&r rawang sebab mata dah nampak jalanraya bergegar...kata zubir kalau aku tak berhenti tidur, kami akan meninggal accident. kecut aku dibuatnya terus aku tidur dalam sejam.
alhamdulillah jam 3.30 pagi aku selamat sampai kat rumah.


2. kisah bawa mak ke ijn

sebenarnya hari ni aku nak ke sekolah utk settlekan jadual waktu dan data guru yang perlu aku hantar ke jab.
tapi mak call malam tadi minta tolong hantar dia ke ijn. jadi terpaksalah aku call cikgu2 utk tunda ke hari khamis.
pergi ke ijn dengan mak memang kelakar sebab dia tak pakai hearing aid. lupa kot..
jadi dia bercakap kuat. seronok tengok orang2 beri laluan mudah utk dia buat pacemakernya.

keluar dengan mak memang best sebab dia akan belanja kita makan...

3. kisah reunion 4 gpk

memang dah lama betul aku tak jumpa yati sejak dia ke selangor. tetiba aje dia dah balik ke kl.
huda call ajak jumpa jadi lepas hantar mak balik kg.pandan, aku pun ke sk bb seri petaling 2. huda dah bertambah debab..kami berbual tunggu yati dan maziah. tak sangka jumpa geng sksm kat sana. yang kelakarnya yati pun posting kat sekolah lama aku tu..

huda belanja makan kat secret recipe. lepas tu kami ke jualan gudang berdekatan dan beli blouse putih yang sama. cadang2 nak pakai masa ke san peng minggu depan.
syok betul jumpa diaorang...

4. cerita sentra lama eden

sentra ini umurnya 15 tahun dan dah tak bergerak dekat lima tahun. sebagai kenangan dan jasanya menjadi teksi, kami simpan aje dia kat rumah.
zed berusaha untuk hidupkan semula kereta ini supaya boleh dijual.
semalam sentra dapat dihidupkan enjinnya setelah pencen bertahun2. terharu dengar bunyi enjiinnya..
bila dah ok, rasa tak nak jual pulak...