Monday, September 21, 2009

Cerita hari raya

salam Syawal.
apa yg nak aku cerita ye..

1. zaid hantar sms yg menyentuh hati kerana dia tak dapat balik beraya kat rumah. dia masih kat surabaya. kesian kerana dia beraya atas kapal aje...

2. eden tak beraya kerana kakinya masih sakit. terasa betul tak ada mood nak raya bila eden mcm tu tambah2 pagi raya dia tak dpt ikut ke rumah mak. w/pun dia bagi kebenaran aku pergi, terasa sangat tak seronoknya bila dia tak ada bersama.

3. 7 daripada 9 adik-beradik aku dtg beraya kat rumah sekaligus tengok eden. kutak tak dtg sbb dia beraya rumah mak ina kat kuala nerang. atip pulak entah bila nak dtg tengok mak pun aku tak tahu.

4. kak non dtg malam. kian beng dan keluarganya jugak ada. dah tak ada apa yang dihidangkan sebab habis semuanya. nasib baik aku masak tomyam last minute. kak non mcm biasa akan bawak rendang babu sebab dia memang terrrrer masak rendang ni.

5. cik alin banyak menolong aku tahun ni...syukur alhamdulillah.

6. ida, adik iparku jatuh kat dapur rumah mak. bila mendengar cerita dari mak, aku tak tahu nak ckp apa. pada aku dia seorang yang baik dan sentiasa dtg membantu mak samada dia ikhlas atau atas arahan suaminya, itu bukan masalahnya. menurut mak, itu balasan tuhan. dia kecil hati kerana beberapa perkara yang ida ckp terutama menghina arwah abah. mungkin peristiwa itu akan jadi teladan kepada ida.

pada aku, raya tahun ini menyedarkan aku bahawa kita tak selamanya sihat dan kuat. bila sampai masanya, kita akan terhenti melakukan sesuatu kebiasaan kerana usia dan tenaga yang telah diambil Illahi. hanya aku bersyukur tahun ini telah diberi lebih kekuatan dalam mengerjakan puasa dan menguruskan keluarga.
semoga semuanya dirahmati Allah...


No comments:

Post a Comment