Wednesday, September 30, 2009

bila nak gi mancing ni....???

tiba2 aje aku teringin nak gi mancing tapi eden macam tak ada mood nak gi. either he is not in the mood or the passion has slowly faded. from what i can see is that his interest has change from fishing to singing esp. going to karaoke.
isnt it funny..
maybe he is trying to become a part time singing fisherman......hahaha
but whatever changes he is going through, i hope we can go fishing again.

tak boleh jugak nak salahkan dia sebab dah banyak kali dia ajak aku mancing, aku tak nak....
alasannya bulan puasa, aku penat..

baru2 ni aku ikut dia gi karaoke...dia nyanyi mcm nak rak!
he got the talent..

tau tak, masa dia muda2 dulu, dia pemalu orangnya dan buat apa pun tak confident apatah lagi kalau nak dengar dia menyanyi. tapi tak sangka dah tua2 ni, dia jadi berani pulak. aku sendiri macam tak percaya...

sepanjang minggu ni:
~aku ke rumah fitri utk makan2.
(.pertemuan dah ada, jodoh entahlah sebab itu rahsia tuhan)
~aku gi meeting data guru
~aku ke rumah elin yang served satay
~ke rumah uncle utk inform hal zaid yang akan bertunang
~esok ada lawatan dari ibba

tadi ada ldp tentang kesihatan jantung. kami buat beberapa exercises.
its quite a shock when i failed to finish some of the task. selama ini aku ingatkan dah fit rupa2nya tidak.
contohnya semasa latihan tahan nafas aku dapat 0 markah....

i have to do something about it...





Thursday, September 24, 2009

cerita hari raya 2

Entah kenapa kalau lewat saja..akulah orangnya. macam dah sinonim dgn aku pulak. tapi nasib baiklah sedaramara dah tau asal-usul aku... yang hairannya bila sampai bab kerja sekolah, akulah pulak kalau boleh on time dan tak mau lewat. eden kata aku memang memanjakan diri dgn sedara.... nak bagi trademark.

Kononnya
1. ke rumah bakyah kat k.selangor jam 2.oopm mesti sampai
- aku sampai jam 4.30
- alasan: hari panas.
- nasi lemak power..

2. ke kuang rumah mak usu jam 6.00 sampai
- aku sampai 7.30 malam.
- alasan: aku ikut batang berjuntai, sesat kat tasik puteri
- sambal cili api best

Nasib baik, ke rumah kak erni tak ada time frame, kalau, tak entahlah...aku sampai jam 10.00pm
Kat rumah kak erni, ramai orang. keluarga mak we kiki dan padi ada sekali.
yang tak seronoknya, aku sampai je..nor dan brahim pun angkat kaki..alahai...bilalah diorang nak berbaik dengan kami...
sayang dan zul pun ada sekali. seronok berborak dgan diaorang. kalau ani tak call sbb dia dah tiba depan rumah aku, tentu banyak lagi cerita boleh dibualkan.

sebelum tidur, aku teringatkan beberapa muka:
1. muzammil yang dah mula senyum kat aku
2. umar yang aku dukung dari dapur ke hall
3. anak ati yang gengster tu..tak iingat pulak nama dia
4. sidah yang duduk sorang diri
5. senyum kak eni dan sayang

Hari ni zahir dah balik dari tugas kat johor, dia sebuk basuh ayam untuk bbq mlm nanti.
zaid tak tahu pulak bila baliknya....

# bakyah - kakak saya yang tua
kak erni - kakak eden no. 2
kiki dan padi - anak kak erni
nor - adik eden
brahim - suami nor
sayang - adik eden yang last
zul - suami sayang
ani - adik aku ke 8
muzammil dan umar - cucu sedara
sidah - makcik. adik mak ke 2









Monday, September 21, 2009

Cerita hari raya

salam Syawal.
apa yg nak aku cerita ye..

1. zaid hantar sms yg menyentuh hati kerana dia tak dapat balik beraya kat rumah. dia masih kat surabaya. kesian kerana dia beraya atas kapal aje...

2. eden tak beraya kerana kakinya masih sakit. terasa betul tak ada mood nak raya bila eden mcm tu tambah2 pagi raya dia tak dpt ikut ke rumah mak. w/pun dia bagi kebenaran aku pergi, terasa sangat tak seronoknya bila dia tak ada bersama.

3. 7 daripada 9 adik-beradik aku dtg beraya kat rumah sekaligus tengok eden. kutak tak dtg sbb dia beraya rumah mak ina kat kuala nerang. atip pulak entah bila nak dtg tengok mak pun aku tak tahu.

4. kak non dtg malam. kian beng dan keluarganya jugak ada. dah tak ada apa yang dihidangkan sebab habis semuanya. nasib baik aku masak tomyam last minute. kak non mcm biasa akan bawak rendang babu sebab dia memang terrrrer masak rendang ni.

5. cik alin banyak menolong aku tahun ni...syukur alhamdulillah.

6. ida, adik iparku jatuh kat dapur rumah mak. bila mendengar cerita dari mak, aku tak tahu nak ckp apa. pada aku dia seorang yang baik dan sentiasa dtg membantu mak samada dia ikhlas atau atas arahan suaminya, itu bukan masalahnya. menurut mak, itu balasan tuhan. dia kecil hati kerana beberapa perkara yang ida ckp terutama menghina arwah abah. mungkin peristiwa itu akan jadi teladan kepada ida.

pada aku, raya tahun ini menyedarkan aku bahawa kita tak selamanya sihat dan kuat. bila sampai masanya, kita akan terhenti melakukan sesuatu kebiasaan kerana usia dan tenaga yang telah diambil Illahi. hanya aku bersyukur tahun ini telah diberi lebih kekuatan dalam mengerjakan puasa dan menguruskan keluarga.
semoga semuanya dirahmati Allah...


Thursday, September 17, 2009

mengapa aku begitu ye...

hari ni ada penutup bulan merdeka dan ihya ramadan
penutup bulan merdeka....klakar. mcm teh tarik tak cukup susu
masa kat abu kakar dan seri mega, ia cukup meriah.
aku mmg patuh rasa bersalah sbb tak ambil tau langsung mentang2lah sambutan ni bawah hem.. aku serah bulat2 kat lim. yg lim pulak serah bulat2 kat panitia kt. ketua kt guru yr.6. sebuk dgn upsr....alahai...so pathetic
so, the activity became like candy without sugar...all because of me.

tp ihya ramadan kira ok jugak.
aku menang tulisan jawi kreatif. entah mmg cantik, entah saja nak ambil hati. thanks to cik alin yg bagi bagus punya idea.

tp masa bersalam dgn murid, aku kelamkabut balik sebab zahir nak pakai kereta untuk meeting dgn ntv 9. langsung tak sempat bersalam dgn cikgu2. aku pun tak faham kenapa aku tak ucap selamat hari raya kat cikgu2 tu sedangkan semuanya baik2 dan dekat di hati.

petang uji call dari ofis utk ucap selamat hari raya dan ita minta duit raya. semua ini menyentuh hati aku...sebab persahabatan yang ikhlas bukan senang utk digenggam. walaupun mereka menghormati aku sebagai pentadbir.

aku hanya mampu doakan mereka selamat dan bergembira balik kampung. selamat pergi dan selamat balik ke kl semula.
as for me, kl is my hometown...kesian aku dan anak2 aku..hanya balik ke kampung pandan saja.

Monday, September 14, 2009

Semangat raya dah datang..tapi...

Keluar dengan yaya utk membeli baju raya mmg memenatkan tapi demi anak dara ni, l'll do anything to make her happy.At my age, what more can l do to please her except be her companion.

sebenarnya aku bersyukur ada anak kecik. semasa aku mengandungkan dia dulu, aku dah 40 tahun. Just imagine, how do you feel being together with your own student in the same maternity ward?hahaha kelakar kan?

tapi eden memberi sokongan dan kekuatan - dari dulu sampai sekarang..

bila yaya dah 11 tahun sekarang, baru aku terasa yang dia memang anugerah lllahi kerana menjadi teman yang setia dan menyenangkan. nak harap kakak dan abang2 dia untuk menemankan aku ke sana-sini...alahai, sentiasa sibuk.
nak gi holiday sama2 pun, tak tentu dapat. lastnya aku pergi dengan eden, yaya dan zubir.
zubir pun semenjak dua menjak ni, dah tak berapa nak ikut..dah mula remajalah katakan. lebih baik dia memerap kat rumah mengadap laptop.

entah kenapa aku macam tak sedia untuk raya tahun ni. Agaknya duit tak mewah kot. Semangat dah ada but the urge to celebrate is not there. entah apa yang aku risaukan pun aku tak sure.
agaknya sebab zaid nak bertunang 4 hb. okt. ni kot..

hai..entahlah..

yang penting, minggu depan aku dah boleh gi mancing dengan eden semula...yey!

Saturday, September 12, 2009

RM 650 hancus dalam sehari

kononnya hari ni nak gi shopping beli baju raya.
aku pun keluar dengan inakutak ke san peng.
entah macamana, aku terjebak dengan skim cepat kaya tak ori. aku beli blouse 12 helai dengan harga RM30 satu dan ina akan tolong jualkan. alahai..untung sabut timbul, untung batu tenggelam. harap2 aku dapat balik duit yang aku labur tu...
yang aku dapat ialah baju jubah dan blouse. satu jubah untuk cik alin.
nak beli baju yaya dah tak cukup duit sebab singgah kat pasar pudu pulak..

la ni duit kecik nilainya.
nasib baik eden orang yang tak berkira sangat. dapat suami yang seperti ni menjadikan aku bersyukur. asalkan tidak sibuk mencari kelemahannya dan menunjukkan kelebihan kita kerana tiada apa yang kita dapat melainkan rasa tak puas hati berpanjangan.
.....semoga kasih kekal abadi selamanya....

Thursday, September 10, 2009

Syoknya eden cuti..

minggu lepas, eden jatuh motor. hai..mat rempit pun tertido jugak ye..
yang kelakarnya, pada hari isnin dia ke hosp.ampang utk dapatkan mc (sebab kakinya bengkak) tapi doktor suruh x-ray.
punyalah dia terkejut bila doktor kata ada retak dan kena simen! tambah terkejut eden bila doktor bagi dia cuti 2 minggu..
sampai rayalah eden cuti..syoknya dia.
disebabkan tak sakit, eden berlagak ok.
tapi pagi tadi, dia mula terasa sakit kat pergelangan kakinya..
hah, sahlah memang retak...
kesian dia.

sebenarnya syok jugak eden cuti sebab dia tolong kemas rumah dan cuci pinggan. lega betul bila balik tengok rumah dah kemas.
kalau tak, masuk je rumah, dengan tilam kat hall, kain belambak tak lipat..alahai..
tapi sekarang....dah berubah.
tq eden.

Thursday, September 3, 2009

dah gila main facebook pulak..

lama betul aku tak menulis kat blog ni, bukan tak sayang, tapi dah berubah angin. macam orang mencari cinta...
sebenarnya semenjak aim kembali ke rahmatullah, aku semacam kehilangan. tentu zizi lebih2 lagi.
tapi sekarang aku telah mula bersemangat. agaknya seronok ke sekolah semula selepas cuti seminggu..
sekarang ni sebuk pula dengan karnival senamthorn pibg sekolah.
masa aku kat dato abu bakar dan seri mega, buat program kecil2 tapi bila kat sbs ni, macam grand pulak sambutannya - nak jemput menteri, you...
naik takut pula aku dan terasa kecik pulak diri ini..
tapi aku tetap akan menghadapinya sebagai cabaran yang pasti aku lalui dengan berani..
eden sejak posa ni jarang pegang rod..dia pun dah beralih arah ke karaoke pulak..alahai