Wednesday, August 26, 2009

Exam hari ni...alahai...

mula2 dulu, memang aku suka gi exam sebab ni saja masa dapat merasai suasana orang duduk periksa.
tambah2 first time ambil tu kandas..seronoknya ketawakan diri sendiri sebab kebanyakan orang pun kandas..
tapi bila dijalankan penilaian semula, tetiba aku lulus..

tapi yang tak syoknya sejak kebelakangan ini aku pergi dengan kepala kosong.. sekadar pergi aje..
jumpa dengan geng sbs kat smk p air panas pun dah cukup menyeronokkan aku.
entah berapa kali lagi aku nak duduk ambil periksa...
asyik2 dapat iii. yang kelakarnya mac ari tu aku dapat ii. ada ke patut...??
(nak salahkan siapa? sendiri tak baca...)

rasa2nya lepas ini aku tak nak ambil lagi...

eden, abang dan syeikh ke k.selangor mancing. aku malas nak ikut sebab api yang dulu marak telah mula nak padam..
kalau eden tahu tentu dia marah sebab dia suka betul bawa aku mancing...
hai..entahlah....

Thursday, August 20, 2009

yang pergi tetap pergi...

hari ini aku dikejutkan dengan berita kematian navamani gpk 1 sk seri mega yang mengambil tempat aku di sana.
memang memeranjatkan kerana dia baru saja membalas sms yang aku hantar dengan mengatakan - tq so much.
dia yang aku kenal seorang yang kuat bekerja...
sepanjang yang aku ingat, dia pernah mengatakan yang dia tidak seronok menjadi gpk 1 kerana bebanan kerja yang banyak.
kali terakhir aku berjumpanya di morib semasa kursus peningkatan profesionalisma gpk.
pemergiannya tentu akan diingati oleh semua kenalan...



berita terbaru yang aku dengar tentang aim juga memilukan hati.
aku tak pergi menziarahinya hari ini kerana ada tugas luar di pwtc.
pagi tadi aku dimaklumkan yang aim telah dipindahkan ke icu.
balik dari pwtc tadi, eleena memberitahu yang aim nampaknya tak dapat bertahan. otaknya telah berhenti berfungsi dan jantungnya juga telah tidak stabil. keluarganya telah dipanggil. kesian zizi...dengarnya dia telah tidak sedarkan diri bila mendapat tahu perkembangan diri aim.

aku tentunya tak dapat melawat aim kerana sebaik tiba di rumah dari pwtc, aku akan ke sekolah untuk sembahyang hajat tahun 6.
tapi...sekarang hujan turun dengan lebat..
nak keluar rumah pun tak boleh.

alahai....

Wednesday, August 19, 2009

Aim..harap awak akan bertahan..

Semalam aku dikejutkan dengan berita aim accident kat tol jalan duta. hasrat hati nak pergi tengok dia tapi tak kesampaian.
ju phone aku jam 8 malam mengatakan jantung aim dah berhenti dan dia bergantung kepada alat pernafasan.
hati hiba kerana mengingatkan zizi dan anaknya qistina yang masih kecil.
hari ini aku ke hospital sg buluh dan berjumpa aim yang bukan aim yang aku kenal.
geng skdab ramai yang ada kat sana. fiza pun ada walaupun dia dah ke smk seri ampang.
aku dapat berbual dengan zizi. dia kelihatan sangat tabah dan sabar.
aku minta zizi berbisik2 dengan aim supaya semangatnya kuat untuk hidup kerana seorang doktor beritahu aku orang yang sedang berkeadaan seperti itu masih boleh mendengar tapi tidak boleh memberi respons.
melihat aim seperti itu menghilangkan keseronokan aku untuk bercerita tentang ikan patin dan rohu yang eden dapat malam tadi...
memanglah aku anglers tak ori..

Sunday, August 16, 2009

rutin mingguan..pergi marketing dengan mak..

salam.
macam biasa setiap hari minggu, aku akan bawa mak ke pasar kg.pandan.
dan macam biasa mak akan makan laksam dan aku makan nasi dagang.
yang terharunya hari ini aku jumpa mak besah...dah hampir 4 atau 5 tahun aku tak jumpa.
kami ada kenangan bersama dan urusan yang belum selesai..
mak besah nampak sihat walaupun aku tau dia baru2 ni ke ijn lagi.
dia bercerita tentang bisnesnya yang baru dan berharap dia dapat menyelesaikan masalah kami.
aku pun berharap begitu dan doakan dia selamat dan sihat.

malam sabtu lepas aku ke kenduri rumah mak sempena sambut puasa.
macam biasa aku akan datang untuk makan saja..semua kerabat pun tahu yang aku ni memang curi tulang setiap kali mak buat kenduri. orang pun malas nak komplain tentang tu..
yang aku kecewa sekali ialah hasrat nak jumpa ain dan baby barunya tak tercapai kerana dia dah balik ke cheras. dengar2nya ada sedikit kecil hati/tak puas hati/geram/malas nak layan dan seumpamanya...dengan sepupu sepapatnya.
biasalah...bila dah ramai kat rumah mak tu, masing-masing nak tunjuk kuasa..
yang kesiannya mak aku lah kerana dia yang terasa hati..

satu lagi yang aku tak puas hati ialah si muzammil tak datang.
e....ii geramnya dengan mak dia si julia tu.
agaknya dia tau aku nak gigit sikecik tu..
jagalah dia..

Wednesday, August 12, 2009

dalam senyum aku kecewa

bila aku diminta untuk mengenalpasti guru yang perlu dicalonkan untuk keluar kerana lebihan guru, aku tak dapat nak jalankan tugas tersebut dengan baik. semuanya semata-mata kerana aku melibatkan perasaan dan tidak profesional.

manakan tidak, aku teringat dulu bila eden ditukarkan atas alasan yang sama, dia sangat kecewa. aku ke sekolahnya berjumpa gb sekadar untuk menyatakan kesedihan aku atas pertukaran itu. lama juga eden bersedih..

rupa2nya ada rahmat di sebalik pertukaran itu. eden mendapat gb yang seratus kali lebih baik dan memahami.

aku tidak boleh menipu dgn mengatakan aku tak sedih. walaupun belum begitu rapat, tapi hati mereka tentu terguris...

maafkan aku.

Sunday, August 9, 2009

Eden dah balik mancing di Pekan.

Malam Jumaat aku hantar eden ke petronas tesco ampang. Geng sk seri mega dah tunggu sebab janji jam 11. Kami sampai jam 11.30pm sebab jemput azman dan syeik. Bukan pun salah diaorang, almaklumlah aku yang drive...
Dua group yang pergi satu naik kereta Azman dan satu lagi kereta Sardi. Jealous aku dibuatnya tapi kenalah terima kenyataan yang aku mabuk laut.
Yang bestnya, janji balik hari Ahad tapi jam 2 pagi sedang aku tidur, eden call minta jemput dia kat ampang point.
Apa dah jadi??
O.. ribut tengah laut rupanya.
Ada ikan tak? Jangan-jangan banyak joran dari ikan.
Ikut cerita eden, 100 kali lebih baik dari mancing kelong kat lukut..
Mentang2lah spot yang aku boleh pergi setakat kelong aje..

Thursday, August 6, 2009

ain dah jadi mama

ain dah selamat bersalin tp sedihnya aku masih tak dapat gi tengok dia dan cucu sedara ke 5. semalam mak ajak tengok dia kat ampang puteri tp road tax dah mati. aku x berani nak bawak...
mlm nya abang bawak aku ke rumah epi kerana majlis birthdaynya yg ke 29.
syok kacau muzammil...bila dia nangis, baru aku dan yaya cepat2 turun ke bawah utk makan.
tadi aku dan cik alin hantar yaya ke sekolah dan hantar eden kursus kat maktab teknik. kami makan kat kantin. jumpa en.azhar dan beborak ttg guru praktikum kat sek aku.
jumpa maziah geng lama masa kursus kaunseling dulu..masih mcm dulu orangnya..

Tuesday, August 4, 2009

Jumpa tpm muhyiddin lagi...

Jam 12.30 malam aku dan eden baru balik dari majlis penutup program yayasan pend.cheras di Prince Hotel.
GB msg suruh pastikan tempat program kerana ada perubahan katanya.
aku call dan mereka kata confirm kat Prince Hotel.
rupa2nya aku kena naik pentas untuk menerima sumbangan yayasan RM2000 dan portable speaker.
serbasalah dibuatnya kerana aku pakai kebaya pendek. mcm tak presentable pulak
tapi bila eden kata okey, rasa gabra jadi kurang sikit..
yang bestnya tpm yang sampaikan sumbangan.

Monday, August 3, 2009

akibat jiranku H1N1, aku dicutikan seminggu

Salam. Lama betul aku tak tulis apa2. Banyak juga yang berlaku yang boleh aku share.

Perisitiwa 1. Hello Kuala Ketil.
Kami bertolak jam 8 pagi setelah ambil pah kat kota damansara. Kononnya nak sampai awal tapi dek sebab berenti di segala R&R utk bermcm2 hal, lastnya kami sampai dekat jam 1.30. Seronok jugak ke sana sebab makan lauk kampung dan buah2an. Keluarga pah pun baik orangnya. Bolehlah jadi sedara.
Agaknya aku makan banyak sangat, cirit birit aku dibuatnya.
Sampai umah dekat jam 1.30pg. entah berapa kali aku ke tandas sampai lembek aku dibuatnya..
Esoknya aku mc.

Perisitiwa 2. Sek aku dicutikan seminggu.
Masa GB umumkan cuti seminggu, bukan bebudak aje yang happy giler, cikgu2 pun sama. semuanya sbb sek sebelah ada kes jadi kamipun dicutikan. hati gembira tak terkata.....

Peristiwa 3. Anak meragam bila emak cuti.
Yaya merengek tak nak gi sekolah sbb aku cuti. eden pulak gout sebab semalam bantai lauk daging orang kawin. masa aku bangunkan dia ke sek, haram dia bergerak bangun. lastnya eden kata biarlah dia tido....