Thursday, February 4, 2010

maka bermulalah proses membeli belah..

rasa2nya dah banyak hari aku ditemani eleena pergi membeli-belah.
dari nilai, kami ke pasaraya segi ke mydin ke seumpamanya...
untuk itu aku berterima kasih banyak2 kepada dia dan suaminya yang membenarkan dia membawa aku membeli barang kering dan barangan yang perlu.
kepada adik2, ipar duai. anak2 sedara dan makcik2 sedara yang memberi sokongan bagi memudahkan aku untuk persediaan kenduri, aku cukup menghargai segalanya.
hanya Allah yang akan membalasnya.

hari ahad ini, kami akan ke kuala ketil lagi untuk kenduri persandingan zaid di sana.
masih tak confirm siapa yang akan pergi.
harap2 kekanda2ku akan pergi seperti yang dirancang.
dah lama betul kami tak berjalan sama2, tentu seronok.
kalau ada masa bolehlah kami melawat siti nor kat perlis....

baru tadi ain telefon ajak ke rumah mak kerana birthday iwan.
kelakar sebab iwan buat lawak dengan mak dan kakaknya...
aku yang kebetulan nak beli baju zubir kat tesco dapatlah juga datang..

happy birthday iwan...

Tuesday, January 26, 2010

Bila mak sakit...

seperti yang dijanji,pada hari ahad yang lepas, aku, eden dan mak ke gedangsa untuk edar kad kahwin.
oleh kerana tangan eden masih bengkak, aku yg drive.
kami sampai kat gedangsa jam 11.00. mak long nampak sihat dan dia bercerita tentang sedara-mara kat palembang, bengkahulu, kerinci dan padang.
mak long masak tempoyak ikan keli. kesian mak, sebab dia tak makan keli.

kami ke serendah pula ke rumah pakcik. dia pun nampak sihat. ija dan iskandar ada kat sana. dia promote jus manggis dan bagi kami try. mak try juga w/pun aku kata jus itu agak masam.

selepas itu kami ke rumah noi dan kak senah.

masa di sungai buaya, mak agak sedih tengok maklang yang dalam depression. dahlah kematian anak, atan pula tak balik2 tengok dia. alahai...

kami ke rumah kak bakyah. dia pun nampak tak sihat sejak balik dari haji.

sebelum balik, kami singgah rumah sg.choh. wan nampak sihat. eden terkejut tengok siti isteri zul. siti ialah anak atuk alam syah. eden kata kalau kata siti tu adik aku, tentu orang percaya. abis tu kan dah sedara, memanglah serupa...

yang sedihnya, balik dari gedangsa, mak tak sihat.
aku rasa bersalah sebab bawa makberjalan satu hari w/pun mak yang nak ikut.

semalam, ani call kata mak tak boleh bangun. kelamkabut aku balik tengok mak.
eden pulak mc lagi 2 hari sebab tangannya makin bengkak.
aab bawa mak jumpa doktor.
aku balik ampang sebab eden call dia belum makan lagi. alahai...

eleena call bagi tau pak dollah meninggal dunia. innalillah.
aku dan eden ke kg pandan semula ziarah kak joe.

mak ai...penatnya.
nasib baik ju,atip dan effa datang. eleena pula tidur rumah mak katanya.
ha...lega rasanya.

balik sekolah tadi, aku tengok mak. dia minta aku mandikan dia.
nampak dah segar sikit dia. alhamdulillah.


zaid pula ke singapura.

malam tadi, zaid dan pah ke jb.
petang semalam zaid tolong ambil wan amah kat langat sebab mak kata dia keteguran.
kata zaid, dia interview kat singapura. kalau dapat kerja kat sana, dia akan duduk kat jb atau bila ada job baru turun singapura. kalau tak, dia duduk kl saja.

entahlah...itu kehidupan dia. terpulanglah pada dia. asalkan jangan mensia-siakan pah dan lupa keluarga dahlah.
bagi aku, apapun pilihan dia selagi tidak menyalahi agama dan undang2, aku pasti beri restu seorang ibu kepadanya. amin.


Monday, January 18, 2010

kisah mak lagi...

aku berjanji dengan mak nak ke rumahnya untuk berbincang tentang hasil perbincangan dengan fadhil tapi entah macamana, aku terlelap.
jam 6 ptg baru aku terjaga dan kelamkabut aku dan yaya ke rumahnya.
mak memang tengah tunggu aku sampai.
dia setuju dengan menu fadhil.
dia tak lalu nak makan..
aku minta udin belikan nasi goreng yang diminatinya.
masa aku nak balik, dia kata nak keluar jalan2.
aku kata nanti aku datang lagi. apapun aku call balik.
aku bawa yaya makan sate sebab dia merengek nak makan goreng cempedak..mana nak dapat jam2 macam ni. dia setuju makan sate aje.
masa balik aku beli nasi goreng abang karim untuk bebudak kat rumah.
penatlah pulak..
aku call mak kalau dia nak keluar tak?
dia kata dia dah tidur....

masa macam ni rasanya aku nak tinggal kat kg pandan aje..
senang aku nak tengok mak,
dia pun asyik tak sihat.
tapi apakan daya, aku dah berkeluarga dan ada t/jawab sendiri.
alangkah bahagianya aku jika eden lebih memahami....

Sunday, January 17, 2010

bila kenduri semakin hampir....

persiapan untuk kenduri zaid dah pun bermula.
i. kad yang dibeli dah pun siap ditampal dengan hasil kerja solfa(tq yang tak terhingga)
kami anak beranak termasuk pah menantu aku yang sama2 menyiapkannya. kalau nak edarkan, esok lusa bolehlah dimulakan.

ii. malam tadi aku berjumpa dengan fadhil yang kebetulan dtg ke kl untuk masak kenduri orang bukit belacan. kami berbincang tentang menu dan brg yang perlu dibeli. adik-beradik diorang yang sama2 bantu masak jadi senanglah kerja nanti. dia menjemput aku dan eden makan masakannya. memang sedap. so, lauk kurma tu aku ganti dengan daging briyani spt yang direkomen dek fadhil.

iii. semasa di sana, mereka berborak tentang anak angkat yang kamal dan abang khairi ambil. kesian juga dgn bebudak tu. semoga usaha mereka diberkati Illahi.

iv. cadang hari ni nak ke nilai beli bunga telur tapi tertidur pulak...

v. ke rumah mak...semalam dia tak sihat. ingat nak sarapan dgn dia. in the end aku makan dengan makcik munah aje..untuk mak aku belikan laksam kegemarannya..

sebenarnya, aku kesihan jugak kat mak sebab banyak yang dia fikir untuk kenduri zaid. aku dah pesan kat dia supaya buat seringkas yang boleh tapi dia nak buat macam besar aje gayanya. tadi dia masih nak buat rendang untuk tambah lauk fadhil. aku ikutkan saja kehendaknya. aku rasa dia besar hati zaid nak buat kenduri kat rumah dia sebab cucu2 yang lain tak nak. macam manapun aku cuba tak menyusahkan dia dgn kerja2 tambahan yang dirancangnya.

susah juga hati aku sebab tak tau nak buat apa lagi...
apa lagi yek yang aku kena buat?


Friday, January 8, 2010

lamanya....tak tulis kat blog.

salam.
hi...
its been quite some time...sorry
such a hectic time.
what can you say when its a come-back-to school season..
so how are you?
as for me. well...fine i guess. alhamdulillah.
thanks Allah for for his mercy-good health and well being.
as for eden, he is what he is - happy go lucky
just recently he got his first jap this year for his gout..of course with 2 days mc.kahkahkah

so many things happenlah
yang masih dalam ingatan ialah:

- julia nak dapat baby lagi...
- bagi surprise call kat ain utk birthday dia ke 29
- caar selamat melangsungkan perkahwinan
- tina selamat bertunang
- keluar shopping dengan pah dan elin kat nilai
- ani+kip dan aab+elin buka kedai cermin mata
- cik alin dah balik ke rumah.....

banyak lagi nak cerita tapi tak ada masa.

kepada ain, semoga 29 menyediakan satu tahun yang cemerlang lagi sebelum melangkah ke 30 tahun...dah boleh dapat satu lagi anak tu..
semoga tuhan murahkan rezeki dan kesihatan yang baik untuk seisi keluarga. Amin.

Sunday, December 20, 2009

lagi cerita eden di ijn

oleh sebab tak sedap di hati, pada jam 2 pagi, aku ajak zubir tengok edenkat ijn. dia tengah tido dengan segala wire kat badannya tapi aku lihat reading jantungnya dah stabil sikit. taklah macam siang tadi yang memang menakutkan aku.
dia nampak tidur dengan nyenyak mungkin dgn pertolongan oksigen. bila dia terjaga, katanya dia dah puas tidur dan kalau boleh nak keluar gi jumpa geng dia. kahkahkah
dan seperti yang aku jangka, dia suruh aku aku balik tidur kat umah aje.

elina dtg pagi bawa sarapan. aku dah siap masak masa tu. kami ke sekolah utk ambil gl. cari punya cari, jumpalah orang lain punya. gb yang kebetulan datang tolong fotostat dan sign. at last siap juga gl tu..
kami ke ijn dan berborak dgn eden. yang kelakarnya eden terkejut tengok makanan t/hari yg disediakan. aku ingatkan apa rupa2nya eden kata nasinya sikit yang amat..eden kata doktor nak dia turun berat badannya selama dia di ijn. kahkahkah

ramai kaum keluarga yang datang. eden pun nampak gembira dengan kedatangan mereka. lepas elina balik, aku pergi ijn sekalli lagi dengan mak dan yaya. eden ajak aku tidur kat sana tapi esok aku ada meeting kat jab. kesian pulak. tengoklah nanti macamana.
malam cik alin tengok eden. eden pesan roti canai...pulak.

apapun aku harap dia cepat sembuh dan sihat semula.

Saturday, December 19, 2009

kisah kenduri emmil, bersarapan dengan elina dan eden ke ijn

malam tadi ada kenduri kat umah epi-julia sempena akikah emmil.
aku ke sana untuk tolong masak tapi sedihnya terpaksa lari ke mesyuarat umah kak non. kesian bakyah masak dengan eton aje. tapi aku nak buat macam mana. dua-dua pun penting. pun begitu, semuanya berjalan lancar. yang bestnya emmil senyum2 kat aku dan satu lagi yang best ialah risya kemain peramah lagi. seronok juga jumpa dia.
kehadiran sedara-mara macam biasalah, cukup untuk memenuhkan hall tapi yang tak bestnya si irfan tak ikut sama. kalau tak, dapatlah jugak dia secium dua dari aku.

eden tak pergi kedua2 majlis sebab kakinya gout. lagipun dah banyak kali eden sesak nafas. naik takut pulak aku tapi dia masih macam biasa..makan pantang nampak, keluar malam jumpa geng, mancing sampai pagi dan seumpamanya..sekali sekala aku ikut jugak tapi kadangkala malas aku nak ikut sebab rasanya aku lebih perlu tidur malam. aku tak larang aktivitinya sebab dia pun dah tua dan tau yang mana baik dan yang mana buruk.

semasa mesyuarat umah kak non, kami berbincang pasal kenduri hairiwan, zaid, pertunangan tina dan iptisam dan kenduri kahwiin azman anak asiah. kak eni pesan supaya aku bawa eden untuk check di hospital. sebenarnya eden dah banyak kali berulang ke hospital ampang pasal gout dan lelah tapi bukan untuk check jantungnya. aku dah ajak dia ke ijn sebab aku tengok masa dia tidur, banyak kali dia tak bernafas, tapi..dia tak nak.

pagi tadi aku, yaya dan zubir bersarapan dengan elina kat langat. kemain lagi kami makan nasi impit, kuah kacang dan ayam masak rendang. tapi aku balik cepat sebab takut eden tinggal sorang kat umah. lepas makan tengah hari, aku tidur kejap dan pukul 4.30ptg, aku ajak dia ke ijn kecemasan. dia bersetuju pulak. mungkin dia pun terasa keadaannya yang tak dah mula tak selesa.

eden berjumpa doktor agak lama.
rupa2nya dia nak kena admit.
aku call abang, zaid dan syeikh untuk maklumkan keadaan eden.
zahir datang sebaik eden masuk ke wad.
zaid tak dapat balik sebab hujan lebat kat rompin.
syeikh tak dapat contact sebab bateri habis....
esok aku akan contact adik-beradik pulak walaupun eden tak bagi.

lepas belikan eden makan malam, aku pun balik dan sampai rumah jam 11.00 malam.

rasa macam nak temankan eden kat hospital walaupun eden kata tak payah sebab bebudak kat rumah tak ada orang nak jaga.

Ya Allah, selamatkanlah eden. Amin