Wednesday, October 28, 2009

SKT, PKSR dan LDP....banyaknya...

i.

sepanjang aku menjadi gpk , satu perkara yang paling aku tak suka ialah menilai orang dan memberi markah untuk setiap tugas yang mereka buat.
siapalah aku untuk menilai mereka apatah lagi aku manusia biasa yang sememangnya selalu membuat kesilapan.
tapi atas nama tugas, perkara yang serumit ini terpaksa aku buat.
hanya apa yang aku harap mereka yang telah melihat penilaian itu akan menerima seadanya....

ada satu perkara yang menjadi kudis dalam hati bila aku teringatkan perkara nilai-menilai ini.

semasa aku menghubungi sekolah lama untuk mendapatkan markah prestasi semasa aku berada di sana, aku sangat terkejut bila mendapat tau aku hanya sekadar mendapat 83 markah saja.
bukanlah aku nak kata yang aku seorang guru yang sangat bagus tapi sepanjang 25 tahun berkhidmat di sana, sangat mengecewakan bila aku mendapat markah sebegitu. selama ini aku langsung tak ambil tahu tentang markah prestasi kerana aku bercadang untuk pencen di sekolah yang sangat aku sayang ini.

dan agak menghairankan bila dengan markah begitu, aku dinaikkan dari guru tahun 1 ke gpk 1.
tambah menghairankan semasa di seri mega, markah aku 96 dan 96.2
pelik tapi benar.

barulah aku tahu perasaan guru-guru yang mengadu kepadaku baru-baru ini yang mereka tak berpeluang untuk sambung belajar kerana diberi prestasi yang rendah sebelum ini.
alahai....

ii.

lain pula cerita pksr 2.
peperiksaan bermula 26.10.09
aku telah mengambil langkah kawalan keselamatan yang agak ketat agar soalan tidak bocor.
malangnya hari pertama, naib ydp datang mengadu tentang ada soalan yang bocor. dia sangat kecewa kerana ada parents yang dapat soalan dari entah mana malah ada yang dapat kertas soalan. dari mana mereka dapat ya?
dari syarikat pencetak kot...

yang pastinya dari pusat tuisyen dan dari beberapa sekolah yang kononnya cikgu-cikgu dari sekolah tersebut telah menulis dan memberi latihan berdasarkan kertas periksa tersebut.
apapun, aku pasti cikgu di sekolah aku tidak terlibat dengan perkara ini.

iii.

tadi aku dan guru-guru ke pandan lake club untuk main bowling atas tiket ldp - menangani stess.
bestla..
walaupun group aku dapat no 8, aku puas hati.
alangkah baiknya jika staf pejabat pun dapat main bowling sama...

Sunday, October 18, 2009

sepanjang minggu ini..

14.10.09
majlis hari raya kat sekolah. meriah dari tahun lepas sbb kehadiran guru yg ramai, maklumlah dah dianggap ldp. kelakar sbb duit raya gb tak cukup. dia ingat tak ramai budak yang dtg. entah dari mana pulak bebudak extra tu aku pun tak faham.

15.10.09
aku dan sharizah ke ioi resort utk kursus kewangan. interesting but tiring.
balik dari kursus eden dan cik alin ambil aku kat jalan duta. kami ke ss 3 utk tengok rumah cik alin. jumpa dardar singh dan bayar deposit. rumah tu hanya walking distance aje dari office baru cik alin tu..

16.10.09
cuti..yey! eden dan cik alin sekolah. zubir pun sekolah tapi masa aku balik dari pasar, dia dah tercongok kat umah. Dia tak tau yang sekolah dia cuti. itulah kalau manjang ponteng sekolah.. aku lupa nak bagitau yang dia jatuh motor..kkahkahkah.

ita called dari offfce minta datang utk t/t surat2 yg baru dia ambil dari jab. lepas tu apalagi...kami pergi makan rumah farehan yang buat open-house..sedapnya dia masak.

ain minta tolong masakkan rendang tapi tak sampai2, sampailah aku tertidur. tetiba dia datang dekat jam 10.00pm. aku dan cik alin pun pulun masak rendang sampailah jam 2.00am. yang bestnya tu, siap je rendang, dia pulun pulak makan rendang tu..

17.10.09
bangun pagi, aku isi rendang tu dalam bekas2 kecil dan hantar cheras. katil si irfan macam pelamin..hai...seronoknya dapat mak bapak banyak duit. datuk neneknya pun banyak duit.
aku dan eden pergi makan jam 1.00 ptg. bebudak dah pergi dulu dengan zed dan pah.
seronok jugak jumpa segala orang kat sana. mak mcm biasalah..dah kenduri besar macam tu pun dia nampak cacat celanya terutama bila tak dapat bawak lauk untuk cik munah.

malamnya pulak kami datang lagi untuk open house rumah mubari. kak nab nampak okey tapi dlm hati dia, entahlah. memanglah kalau laki dah kaya tentulah kawin lain tapi yang kami tak faham kenapa dia kawin orang indon yang berprofail tinggi...well, you know what i mean.

dan yang paling best sekali ialah aku dapat ambil gambar dengan muzammil yang manja tu.. gambar2 dia dari muka selamba ke muka senyum kambing dan yang best sekali dia senyum nampak gusi masa dia pakai songkok zubir..macam anak cina masuk islam. cutenya..

dah dekat pukul 10.00pm, kami singgah rumah mah jalan belangkas. banyak kenangan di sini. kalau ikutkan hati, nak aje aku duduk semula kat sini tapi eden masih nak tinggal kat rumah mak dia. tak apelah, satu hari nanti aku harap aku dapat balik ke sini.
entah bila hujan lebat. eden suruh aku tido bilik cik alin sebab tilam habis basah..syok juga tido bilik dia..

18.10.09
(boring betul masa aku taip ni, cik alin dan yaya bertekak - yaya baru balik dari bangi)
pagi2 aku masak nasi dan lauk lemak cili api daging. lepas tu aku siap2 ke kenduri asiah. balik aku terus tidur. boring, boring..
malam eden ajak keluar makan kat kg.baru apake namanya - doraisamy???
lepas tu lepak kat karaoke kak ani sampailah yaya suruh ambil dia kat rumah mak.

masa aku tulis ni, aku masih teringat kat rumah jalan belangkas tu.. memang banyak kenangan. maklum aje aku duduk kat situ dekat 7 tahun. dari budak2 tu kecil sampailah remaja. muka2 pembantu aku seperti yah siam, atin jawa mimin kalimantan dan last sekali sar jawa semuanya masih dalam ingatan.
mereka banyak membantu aku mengurus keluarga ..moga2 tuhan akan memberkati hidup mereka.

Sunday, October 11, 2009

tahniah,cik alin.

dalam penat2 di karnival sekolah, cik alin memberitahu aku yang dia dihubungi datuk dr noraini yang memintanya datang ke konvensyen di sunway esok. dr tu nak chat aje katanya dan meminta cik alin membawa testimonialnya.
anak aku ni memang excited bila setiap kali dapat interview. dia memang suka pergi interview....
lepas tu dia akan pilih2 baju yang sesuai..berjalan depan cermin beberapa kali..senyum2..
tapi kali ni dia agak keliru sebab bukan dipanggil interview, hanya sekadar nak chat aje..
cik alin ni memang confident dengan dirinya sebab tu kalau pergi interview dia akan selalu berjaya.

so, aku dan eden hantar dia ke convention centre di sunway. lepas tinggalkan dia,kami makan2.
sempatlah kami ke sunway pyramid window shopping..
kesian eden, dia minat sangat jacket camel active tu, tapi tak ada size..alahai...

bila cik alin call suruh ambil dia, kami nampak dia tersengih2. sahlah tu..
untuk celebrate, kami bawa dia ke A&W. dia yang kelaparan makan burger dan waffle..mak ai...
dia memang good eater. senang aje kalau nak ambil hati anak dara sorang ni...

kami merayau2 mencari lokasi pejabat barunya. tak jadi masalah kerana kami dah cari di google map malam tadi.
masalahnya, jauh pulak dari rumah kat ampang...
cik alin kata dia nak cuba sewa kat luar aje..

sepanjang yang aku ingat, cik alin hanya berpisah dgn aku ialah semasa dia belajar kat teknik teluk intan. itu pun tiga bulan dia nangis. bukannya dia tak suka belajar kat situ hanya homesick.
tak tahulah kalau dah besar2 ni, dia okey.
kalau pah duduk sama dengan dia, kira okey jugak.

betul juga kata eleena, dia memang patut belajar hidup sendiri supaya pandai berdikari.
lagipun bukannya jauh sangat...hanya hati aku bimbang takut dia tak reti...

walau bagaimanapun, tahniah cik alin. semoga kali ini berkekalan.

cerita lain..(1)
jumaat malam. aku ke rumah epi yang adakan majlis rumah terbuka sambil meraikan bakyah yang akan naik haji.
meriah sekali dan ramai yang datang termasuk adik-beradik aku.
yang peliknya kutak datang tak bawa mak.
bila aku tanya, dia kata mak tak siihat. hai..baru aku jumpa dia petang itu, dia nampak okey aje..
aku tanya lagi kutak, rupa2nya mak kecill hati sebab epi tak jemput dia..pulak..
kemungkinan yang besar ialah masa epi call dia, dia tak dengar bunyi telefon.
walaupun dah diberitahu semua dijemput, dia tetap tak nak pergi..
takut pulak aku, bila dah tua2 nanti jadi sensative .

cerita lain ..(2)
first time aku terlibat dalam karnival sekolah yang sebesar ini, pun tak ada bezanya dengan beban tugas mengadakan hari usahawan sekecil di dato abu bakar dulu. lebih kurang sama saja.. yang bezanya di dato abu bakar, aku ketua gerai so..kerja macam macai. semua guru pun jadi macai sebab kami tak ramai..
di seri mega aku baru jadi penolong kanan, so..faham2lah.
di seri biintang selatan pun macam tu tapi aku belajar ambil tanggungjawab yang lebih besar iaitu ambil tahu semua segi..kira dah pandai sikitlah.

bila semua dah selesai, aku, lim dan manis duduk berborak2. harapan kami ialah dapat untung dan paku tak berbunyi bila rumah dah siap...
kan selalunya macam tu..

Thursday, October 8, 2009

kuala ketil,tanjung dawai...

cerita kedah lagi?
korang percaya tak yang nama kuala ketil ni aku hanya dengar bila zaid bagitau mak wenya orang kuala ketil.
sebagai orang yang suka merayau, memang kami teringin sangat nak tengok tempat nama2 pelik macam ni.
tak sangka pulak pekannya agak selesa jugak sebab ada banyak gerai makan dan kedai utk shopping.
aku beli kain cadar utk kenangan di sana.


satu lagi nama yang baru dalam kamus aku ialah tanjung dawai.
eden, sabri dan kip dgn bebudak tu, sempat pergi mancing kat sana dari pukul 10mlm hingga 3.00 pagi.
adake kita sebuk2 nak pergi meminang, diorang hilang pergi memancing...
aku dengar diorang dapat ikan gelama. entah ya ntah tak sebab ikannya aku tak nampak pun. eden kata dia dah bagi kat orang sebab tak banyak sangat. lagipun homestay tu tak ada peti sejuk yang besar.
kata eden lagi masa kat tanjung dawai tu, diorang makan maggi goreng dan teh tarik...resepi regular lah tu..favourite dish utk pengail.

eden kata punca diorang tak banyak dapat ikan ialah tak ada ponpon. diorang hanya pakai ikan kembong aje..
kata orang kalau tak dapat ikan, eloklah kita salahkan umpan...

aku rasalah masa kenduri kawin nanti, aku nak tempah bas aje. barulah diorang tak ada chance utk cabut pergi memancing. bukannya apa, aku saja bedengki tak dapat ikut sebab mak aku ada sama. nak mati ke....

aku nak taulah, sebenarnya pantai merdeka ni dekat tanjung dawai ke?
nampaknya kenalah aku search kat google map...

Monday, October 5, 2009

kawan ketawa senang dicari...

sepanjang perjalanan meminang..
3hb.Okt hingga 4 hb.Okt

Cerita 1
semasa aku ke kuala ketil, aku lihat eden tidur. dengkurannya memang ketara. bila aku melihat kakinya yang semakin ok, aku terfikir tentang kawan-kawan baiknya yang selalu dipuji olehnya setiap kali kami berborak.
bukannya apa...
kata orang2 tua. kawan ketawa senang dicari, kawan menangis siapa yang tahu...
mungkin korang tak percaya, sepanjang eden cuti 2 minggu dan ditambah 1 minggu cuti raya, tidak ada seorangpun kawannya yang datang menjenguk.
memang menyedihkan aku....
kerana dia selalu menceritakan kebaikan kawan2nya dan betapa mereka mengambil berat tentang dia.
berbeza dgn colleague aku.
walaupun tak mengenali eden, mereka tetap memberi tanda ingatan semoga cepat sembuh.
harapan aku kepada teman2nya di taman segar, biarlah jauh di mata tetapi dekat di hati.
aku percaya kalau geng2 seri mega tahu tentang eden, tentu mereka akan berkunjung menziarahinya.
kepada teman sekerja eden, harapan aku setelah mereka terbaca blog ini, fikir2lah sendiri.
hati mau baik beb.

Cerita 2
kami menghantar rombongan meminang seramai 8 dewasa dan 3 kanak2.
asalnya ramai nak pergi tapi sebab hati masing2 berbeza rasa, ramai yang tarik diri di saat akhir.
aku memang terasa kecewa atas tindakan itu kerana aku dan eden sentiasa melibatkan diri bila ada majlis seperti ini di kalangan keluarga tambahan pula kami memang suka makan angin.

walaupun banyak alasan yang diberi, pada aku mereka memang tak hendak pergi.
aku dan eden tidak akan membalas perbuatan mereka. kami tetap akan bersama jika diminta kerana itulah kami sebenarnya.
tranparent and no pretending..

tuhan tidak tengok amal ibadat saja. keikhlasan itu yang paling utama.
hati mau baik beb.

Cerita 3.
Semasa di homestay, mak usu dan ani banyak membantu aku menyediakan hantaran. terimakasih banyak2. semuanya cantik dan menarik. nanti bila gambar dah siap, aku akan masukkan dalam facebook utk korang tengok.
hantarannya RM 11 284. pah punya pasal, kami tak kisah. janji zaid gembira dan kami dapat menantu yang cantik dan baik.
macam biasa, kami dihidangkan makanan kampung...
sabri (yang pertama kali ikut aku) makan banyak sebab ada ulam kerdas! kami tak payah nak cerita....memang makan banyak.
kami balik ikut grik. best pemandangannya...

Cerita 4.
entah macamana, aku teringat nak singgah rumah sayang. aku call dia bagitau nak singgah. dia terkejut bila lihat kami datang 3 kereta.
kami makan di rumah sayang. dia masak singgang ayam dan sayur. lauk yang mak pah bekalkan kami makan sekali.
seronok dapat jumpa anak2 sayang..


kami sampai kl jam 12.00 malam. mak nak makan western. kami makan di kg.pandan. tak sangka jumpa kawan2 zaid. tauke kedai belanja makan..t.kasih.

kepada sedaramara yang tidak jadi ke kuala ketil, its alright, small matter and no heart feeling.

kepada eleena yang sponsor sebakul kueh untuk hantaran, ani yang sponsor kek, kip, mak usu, sabri dan ati (yang membenarkan sabri mengiringi rombongan), kami ucapkan ribuan terima kasih. kerana anda prihatin, semuanya berjalan lancar.
semoga tuhan akan memberkati segalanya. amin

siapa mereka?
sabri - suami ati, menantu mak usu
sayang - adik eden yang bongsu
pah - bakal menantu
kip -suami ani( adik aku ke 8)
eleena - adik ipar bongsu