Wednesday, July 19, 2023

TEST:Outing ke seri iskandar/pangkor 25-27/7/2023

 Utk kali yg ntah berapa, kami keluar lagi bersama-sama.

kali ini kami menaiki ets.

macam nak rak kami di kl ctrl.

dtg awal semata2 nak breakfast di food court


                                         Bersama geng ngaji di pangkor

Wednesday, October 23, 2013

Jumpa lagi..

Salam kasih sayang yang berpanjangan.
Tak sangka masih ada umur untuk menulis di blog ini.
Maklumlah, sejak mengambil keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan, aku menghabiskan masa dengan eden,
 ~ memenuhi segala permintaannya,
 ~ segala kemahuannya
 ~ dan yang paling seronoknya...
  bergaduh macam nak rak semasa dalam kereta semata-mata kerana mahukan aku mengikut jalan yang dia pernah lalu dulu walaupun jalan itu agak jauh dan ada kalanya dah jadi jalan sehala..
Tapi...tetap aku turut kehendaknya...
 Alahai...

sesuatu di hatiku

salam.
lama betul aku tak menziarahi laman ini.
memang banyak yang berlaku tapi sayangnya bila tak ditulis, ingatan itu semakin hilang dan peristiwa yang menarik itu turut berkubur.

hidup aku sama seperti sebelumnya. BAHAGIA

tahun ini aku bersara bermakna aku tidak lagi perlu memerah kepala merancang untuk hari esok.
aku telah bertekad, sekali aku meninggalkan sekolah, semua yang berkaitan dengannya akut tinggalkan di pintu pagar sekolah. TAMAT

aku tak sangka bila duduk di rumah, rupa2nya banyak juga kerja yang perlu dibuat.
tetap penat tapi lebih damai.

eden masih macam dulu hanya dia semakin rapat dengan aku.
maklumlah dah setiap kali buka mata aje nampak aku.

semasa menulis ini, abang masih di korea. dia balik 25hb.ni.
adik pula minggu lepas bercuti raya 2 hari kat rumah.
cik alin masih mc sejak minggu lepas - tak ada moodlah tu agaknya sebab senggugut kali ni lebih teruk dari biasa.
zubir dah mula kelas kulinari.
yaya sorang kat rumah. dia sibuk dengan latihan olahraga untuk IM IS di Penang.

sebenarnya ada sesuatu di hati yang menyebabkan aku mula menulis di blog ini.
tapi...
entahlah.

Monday, July 23, 2012

bila eden ke ijn

Seperti yang ditemujanjikan, aku membawa eden ke ijn untuk menanam pacemaker. kalau ditanya apa yang aku rasa, ntahlah.. belum pun baik sepenuhnya dari stroke, terpaksa pula dia menghadapi satu operation.

walaupun dua hari sebelumnya eden seronok sangat bertemu kawan2 dari seri mega yang datang ke rumah untuk berhari raya, keadaan itu hanya sekejap saja. bila aku buka saja beg dan dia ternampak kad hospital, dia terus tak ada mood. alahai..kesiannya.

di wad kenanga, eden sebilik dgn azmi yang isterinya senior aku masa di puterijaya dan di aminuddin baki. seronok juga berbual dgn rosnah tentang kisah2 di sekolah. masalah azmi ialah injap yang rosak.

KKPP - alahai..

hanya hati yang tau bagaimana aku tak sampai  hati meninggalkan eden di rumah selama 2 minggu. bukannya aku tak percaya keupayaan eden tapi bimbang jika berlaku sesuatu di luar dugaan, aku akan kesal sepanjang usia.

akhirnya aku ambil keputusan untuk berulang aje setiap pagi ke genting. kerja gila kata kawan2ku.
betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
everything seems right, whenever i'm with you..kata lobo
everything seems right, when there is love..(mak ai..)

berkat tulusnya aku (???), 2 minggu berlalu tanpa kejadian yang tidak diingini samada pada eden atau pada aku. alhamdulillah.

hanya rasa sedikit kesal kerana sambutan hari guru di sekolah yang diadakan pada 25.5.2012 tidak dapat aku hadiri sedangkan itu adalah sambutan terakhir aku sebelum aku pencen awal tahun depan.

sedang aku menduduki exam, sesekali terbayang kemeriahannya di sekolah.
apatah lagi bila aku ke fb sekolah, nyata guru2 dan murid2 bergembira menyambutnya.
alahai...

kisah ke teluk ramunia dan mersing.

salam sejahtera.
macam orang dalam pantang pulak rasanya sebab dah masuk 100 hari baru menulis balik.
bukan tak nak berkongsi cerita tapi macam tak cukup masa.
Allah dah bagi 24 jam pun aku masih tak dapat tak dapat cari 10 minit untuk menulis diari ni.

kali ini dapat juga akhirnya aku mengadap notebook baru zubir ni.
sebab selepas solat isya, eden tak ajak aku keluar macam biasa. agaknya dia pun letih berpuasa tadi.
so l have my own sweet time..alhamdulillah.

macam2 yang berlaku..
antara yang best and memorable adalah lawatan aku, eden dan borg ke teluk ramunia, johor.
seperti yang dirancang, kami bertolak pagi. aku jadi driver sebab borg ada tanda nak kena gout.
kami stop by kat seremban untuk sarapan dengan zam, zed dan anak2.
makan capati yang famous kat jalan rahang tu memang syok habis.
zam and family memang host yang best.

aku drive ikut highwang senai-desaru. satu pengalaman yang baru.
jambatan yang baru dibina memang cantik dan menakjubkan pemandangannya.

teluk ramunia yang pernah kita belajar sebagai tempat pengeluaran boxide dulu tak seperti yang kami harapkan. tiada kesan sejarah pengeluaran bahan itu pun yang kami jumpai.
tapi tempat itu ada daya tarikannya kerana pantai yang cantik.

kami bertolak ke mersing dan check in di seri malaysia.
malam kami makan besar
akibatnya kaki borg bertambah besar dan sakit.
instead of going back to the hotel, aku drive in ke hospital yang gatenya opposite dengan seri malaysia.
hahaha. geli hati tengok eden menolak wheelchair yang borg naik.
orang sakit tolak orang sakit.
tak sangka eden bersemangat dan terdaya menolong kawan baiknya tu..
selepas disuntik, kami pun balik sambil ketawa besar teringatkan borg yang menjerit kena inject.

esoknya rancangan budak berdua tu nak mandi swimming pool tinggal angan2 sebab dua2 tak bangun tido.
aku mengambil kesempatan shopping di bandar mersing.
hmm bestnya.
dalam perjalanan balik, kami berhenti makan di pekan rompin. aku sempat makan lauk udang galah kat ntah apa namanya ie di simpang kuala rompin ke muazam.
balik kami ikut kuala kelawang ke pantai dan terus ke seremban.
satu lagi jalan baru yang aku belajar.
bak kata orang jauh berjalan, luas pemandangan.
100% true.


satu peristiwa lagi..

last thing l could remember was eden had a very painful tooth-age.alahai..kesiannya tengok dia..

 its not easy to deal with this heart patients when warfarin is taken daily.

kena jumpa dentist minta surat apa yang akan dibuat ke atas gigi eden
bawa surat dentist jumpa pakar jantung
pakar jantung tulis surat recommendation , prosedur and precaution that eden have to go through before and after extraction
bawa pulak surat pakar jantung jumpa pakar gigi
pakar gigi bagi appointment dan do and dont before extracting

eden went through a very difficult period during the process.
mana taknya, gigi tu patah semasa ditarik.
kenalah  dicabut satu demi satu  akar giginya.

sebaik tiba di rumah, eden dah mula tak dapat tahan sakitnya.
dah ku beri ubat tahan sakit tapi tak berkesan
puas ku pujuk suruh dia tidur..aku pun tumpang tidur.malah aku yang lebih tidur...penat oii
at the end, l decided to take one day leave just to accompany him..
I'll do anything for him.
dan aku redha.