Monday, July 23, 2012

KKPP - alahai..

hanya hati yang tau bagaimana aku tak sampai  hati meninggalkan eden di rumah selama 2 minggu. bukannya aku tak percaya keupayaan eden tapi bimbang jika berlaku sesuatu di luar dugaan, aku akan kesal sepanjang usia.

akhirnya aku ambil keputusan untuk berulang aje setiap pagi ke genting. kerja gila kata kawan2ku.
betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
everything seems right, whenever i'm with you..kata lobo
everything seems right, when there is love..(mak ai..)

berkat tulusnya aku (???), 2 minggu berlalu tanpa kejadian yang tidak diingini samada pada eden atau pada aku. alhamdulillah.

hanya rasa sedikit kesal kerana sambutan hari guru di sekolah yang diadakan pada 25.5.2012 tidak dapat aku hadiri sedangkan itu adalah sambutan terakhir aku sebelum aku pencen awal tahun depan.

sedang aku menduduki exam, sesekali terbayang kemeriahannya di sekolah.
apatah lagi bila aku ke fb sekolah, nyata guru2 dan murid2 bergembira menyambutnya.
alahai...

No comments:

Post a Comment