salam.
lama betul aku tak menziarahi laman ini.
memang banyak yang berlaku tapi sayangnya bila tak ditulis, ingatan itu semakin hilang dan peristiwa yang menarik itu turut berkubur.
hidup aku sama seperti sebelumnya. BAHAGIA
tahun ini aku bersara bermakna aku tidak lagi perlu memerah kepala merancang untuk hari esok.
aku telah bertekad, sekali aku meninggalkan sekolah, semua yang berkaitan dengannya akut tinggalkan di pintu pagar sekolah. TAMAT
aku tak sangka bila duduk di rumah, rupa2nya banyak juga kerja yang perlu dibuat.
tetap penat tapi lebih damai.
eden masih macam dulu hanya dia semakin rapat dengan aku.
maklumlah dah setiap kali buka mata aje nampak aku.
semasa menulis ini, abang masih di korea. dia balik 25hb.ni.
adik pula minggu lepas bercuti raya 2 hari kat rumah.
cik alin masih mc sejak minggu lepas - tak ada moodlah tu agaknya sebab senggugut kali ni lebih teruk dari biasa.
zubir dah mula kelas kulinari.
yaya sorang kat rumah. dia sibuk dengan latihan olahraga untuk IM IS di Penang.
sebenarnya ada sesuatu di hati yang menyebabkan aku mula menulis di blog ini.
tapi...
entahlah.
Wednesday, October 23, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment