Friday, August 25, 2023

Bila percaya kat tik tok...


 Setelah terbaca port mancing  yg  baik di tanjung harapan, Aku, keir dan abang ke pelabuhan kelang  utk mencuba nasib.

Kami singgah di pasar maluri utk beli udang, sotong dan kembung. Udang ada 2 jenis, satu udang sayur yg kecik dan satu lagi yg besar. Bila tgk udang yg besar tu,rasa sayang pulak nak buat umpan. Masuk dalam maggie pun sedap

Jeti tu mmg spt dalam video tik tok tu. Semuanya betul ttg tempat tu. Yg tak betulnyer ialah aku kerana tak tengok betul2 tiktok tu.

Langsung tak der pun diberitahu yg port tu boleh dpt ikan. Tak der pun dia tunjuk ada org dpt ikan.Dia hanya promote tempat tu jer. Jadi akulah yg silap bila tak dpat menarik sekor pun ikan.

Pulang dgn tgn kosong dan perut kosong

Akhirnya kami singgah lunch kat kari kepala ikan.

Ni kes hampehh yg ke2 bulan ini selepas laguna hari tu.

Tuesday, August 22, 2023

Kenali geng aku

 Semasa hidup dgn eden, dialah bestfriend forever aku.

Kemudian aku ada odi dan anak syurganya, raimi. Lama juga aku dgn odi. Aku dan eden jadi rapat dgn dua beranak ni mmg kerana Allah.



Kemudian aku  ada zila. Sama spt odi, kami satu kolej.

Bila eden dah tiada, aku tetap dgn odi  tetapi kami mula tak begitu rapat dgn zila kerana zila berpindah ke rumah baru.

Allah menghantar aku seorang lg sahabat yg dulu sama2 sek rendah dan menengah. Namanya normah tp aku panggil dia cik nor.


Dua2 sahabat ini kemudian menjadi sahabatku yg karib. Begitulah yg ditentukan Allah.

Dua2 sahabatku ini ibu tunggal. Begitu Allah mengatur hidupku. Dihantarnya 2 ibu tunggal yg dpt menemaniku bila aku keluar ke mana2. Betul2 spt mana eden yg menemani aku bila aku nak keluar atau makan angin. Mudah kerana mereka tiada suami. Geng kami bertiga ini diberi nama NORDIANA                                                                    NOR normah,   DI odi ,  ANA aku rohana

Bila menyedari yg aku masih perlu berguru utk mengaji alquran, Allah menghantar seorg guru mengaji kpdku. Pengalaman hidup dlm al arqam menjadikan dia seorang guru mengaji  yg aku cari2. Namanya rodhiah. Aku panggil dia ustazah. Ustazah yg hebat ni sebenarnya kwn aku semasa sek men☺️



Lalu aku mengajak seorang lagi sahabatku Saniah yg sama2 belajar di tingkatan 6 satu masa dulu. Dia seorang balu. Walaupun tak rapat asalnya, kini menjadi geng ngaji aku.

                                               .....Lalu, lahirlah Geng Ngaji Alif Ba Ta

                                     
                                         Saniah, Cik Nor, Ustazah, Odi, Raimi dan Ana




Wednesday, August 16, 2023

Meniti jejak Eden

 Ini citer semalam. 

aku dan keir ke pulau indah@laguna

dulu aku dan din selalu memancinig ke sini bila free.

kami tiba air surut.

hasil pun mmg dah diijangka.

seekor semilang dan 3 gelama.

selepas lunch dan solat, kami balik.

yg aku paling ingat, eden pernah tetiba pengsan dan dibantu pemancing lain dgn membacakan ayat2 alquran. yg kelakarnya seorang uncle berbangsa india turut membacakan doa memohon jesus mengasihani eden.

bila eden sedar, aku terus pecut ke ijn dan eden warded beberapa hari.

lepas tu hampir sebulan jugak kami tak keluar memancing.

kahkahkah





Monday, August 14, 2023

10thn6bln..

 Begitulah lamanya masa yg diambil utk memulakan sesuatu yg ditinggalkan

Abrina Elshanum
❤Buah hati ninu❤

Wednesday, July 19, 2023

TEST:Outing ke seri iskandar/pangkor 25-27/7/2023

 Utk kali yg ntah berapa, kami keluar lagi bersama-sama.

kali ini kami menaiki ets.

macam nak rak kami di kl ctrl.

dtg awal semata2 nak breakfast di food court


                                         Bersama geng ngaji di pangkor

Wednesday, October 23, 2013

Jumpa lagi..

Salam kasih sayang yang berpanjangan.
Tak sangka masih ada umur untuk menulis di blog ini.
Maklumlah, sejak mengambil keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan, aku menghabiskan masa dengan eden,
 ~ memenuhi segala permintaannya,
 ~ segala kemahuannya
 ~ dan yang paling seronoknya...
  bergaduh macam nak rak semasa dalam kereta semata-mata kerana mahukan aku mengikut jalan yang dia pernah lalu dulu walaupun jalan itu agak jauh dan ada kalanya dah jadi jalan sehala..
Tapi...tetap aku turut kehendaknya...
 Alahai...

sesuatu di hatiku

salam.
lama betul aku tak menziarahi laman ini.
memang banyak yang berlaku tapi sayangnya bila tak ditulis, ingatan itu semakin hilang dan peristiwa yang menarik itu turut berkubur.

hidup aku sama seperti sebelumnya. BAHAGIA

tahun ini aku bersara bermakna aku tidak lagi perlu memerah kepala merancang untuk hari esok.
aku telah bertekad, sekali aku meninggalkan sekolah, semua yang berkaitan dengannya akut tinggalkan di pintu pagar sekolah. TAMAT

aku tak sangka bila duduk di rumah, rupa2nya banyak juga kerja yang perlu dibuat.
tetap penat tapi lebih damai.

eden masih macam dulu hanya dia semakin rapat dengan aku.
maklumlah dah setiap kali buka mata aje nampak aku.

semasa menulis ini, abang masih di korea. dia balik 25hb.ni.
adik pula minggu lepas bercuti raya 2 hari kat rumah.
cik alin masih mc sejak minggu lepas - tak ada moodlah tu agaknya sebab senggugut kali ni lebih teruk dari biasa.
zubir dah mula kelas kulinari.
yaya sorang kat rumah. dia sibuk dengan latihan olahraga untuk IM IS di Penang.

sebenarnya ada sesuatu di hati yang menyebabkan aku mula menulis di blog ini.
tapi...
entahlah.