Semasa hidup dgn eden, dialah bestfriend forever aku.
Kemudian aku ada odi dan anak syurganya, raimi. Lama juga aku dgn odi. Aku dan eden jadi rapat dgn dua beranak ni mmg kerana Allah.
Kemudian aku ada zila. Sama spt odi, kami satu kolej.
Bila eden dah tiada, aku tetap dgn odi tetapi kami mula tak begitu rapat dgn zila kerana zila berpindah ke rumah baru.
Allah menghantar aku seorang lg sahabat yg dulu sama2 sek rendah dan menengah. Namanya normah tp aku panggil dia cik nor.
Dua2 sahabat ini kemudian menjadi sahabatku yg karib. Begitulah yg ditentukan Allah.
Dua2 sahabatku ini ibu tunggal. Begitu Allah mengatur hidupku. Dihantarnya 2 ibu tunggal yg dpt menemaniku bila aku keluar ke mana2. Betul2 spt mana eden yg menemani aku bila aku nak keluar atau makan angin. Mudah kerana mereka tiada suami. Geng kami bertiga ini diberi nama NORDIANA NOR normah, DI odi , ANA aku rohana
Bila menyedari yg aku masih perlu berguru utk mengaji alquran, Allah menghantar seorg guru mengaji kpdku. Pengalaman hidup dlm al arqam menjadikan dia seorang guru mengaji yg aku cari2. Namanya rodhiah. Aku panggil dia ustazah. Ustazah yg hebat ni sebenarnya kwn aku semasa sek men☺️
Lalu aku mengajak seorang lagi sahabatku Saniah yg sama2 belajar di tingkatan 6 satu masa dulu. Dia seorang balu. Walaupun tak rapat asalnya, kini menjadi geng ngaji aku.
.....Lalu, lahirlah Geng Ngaji Alif Ba Ta
No comments:
Post a Comment