Setelah terbaca port mancing yg baik di tanjung harapan, Aku, keir dan abang ke pelabuhan kelang utk mencuba nasib.
Kami singgah di pasar maluri utk beli udang, sotong dan kembung. Udang ada 2 jenis, satu udang sayur yg kecik dan satu lagi yg besar. Bila tgk udang yg besar tu,rasa sayang pulak nak buat umpan. Masuk dalam maggie pun sedap
Jeti tu mmg spt dalam video tik tok tu. Semuanya betul ttg tempat tu. Yg tak betulnyer ialah aku kerana tak tengok betul2 tiktok tu.
Langsung tak der pun diberitahu yg port tu boleh dpt ikan. Tak der pun dia tunjuk ada org dpt ikan.Dia hanya promote tempat tu jer. Jadi akulah yg silap bila tak dpat menarik sekor pun ikan.
Pulang dgn tgn kosong dan perut kosong
Akhirnya kami singgah lunch kat kari kepala ikan.
Ni kes hampehh yg ke2 bulan ini selepas laguna hari tu.
No comments:
Post a Comment