pertama sebab tempat ini kami tak pernah masuk, tempat eksklusif untuk staff bnm saja
sebab ke dua di sini kami akan berjumpa kawan2 lama yang dah 30 tahun tak jumpa.
hati berdebar-debar, maklumlah kita dah tua, manalah tau ada kawan2 yang dah tak dapat di cam.
tiba saja, yazid yang mula2 kami nampak. dia bersama sham dan fozi.
inilah tiga penggerak reunion hari ni.
lepas tu, datang yang lain. ramainya kami..
tak sangka 21 orang yang datang.
kami makan, cerita kisah2 lama, gossip sini sana...
lepas makan baru bincang untuk next reunion.
ada ajk lagi you..
apa yang betul2 menyentuh hati ialah berjumpa dengan hafizah hamzah.
dia betul2 dah berubah. aku langsung tak mengenalinya.
tentu dia terasa hati kerana kami satu dorm dulu.
dulu dia seorang yang banyak cakap. debab dan cute. ada kissing lips.
sekarang dia dah tak debab lagi, dah tak banyak cakap. tapi kissing lips dia masih aku cam..
dia kata dia tak tahu ada gelaran bibirnya tu..
dia masih hafizah yang ada dalam hatiku..
keadaan haru biru masa group dari seremban datang.
maklumlah diorang datang naik komuter dan arbain yang datang fetch diorang.
kami makan nasi penyek dan keuy teow goreng. punyalah sedap.
kepada yazid, terima kasih banyak2 sediakan tempat untuk perjumpaan ini dan yang akan datang.
kepada fozi, terima kasih mencetuskan idea ini semasa datang menjenguk eden 9 Jan. dulu.
kepada sham, terima kasih menerajui fb mpkb/kbtc 78-79 dan mengetuai reunion akan datang.
rasa macam hidup lebih bermakna...
No comments:
Post a Comment