aku kursus di genting highland
i. pengurusan penyata akaun tahunan sekolah (7 - 10 feb)
aku, juriah,suamah dan rosmawati ke gh dengan kereta suamah.
kursus itu membuka mata dan kepala tentang pats.com
sekarang aku tahu ke mana wang 25 sen yang nurul hari tu hilang tu..
hari pertama seronok sebab tugasan agak senang
masuk hari ke tiga aku dah nampak langit tinggi rendah..ntah mana aku nak cari punca duit, segala jenis duit masuk dan keluar..
semasa aku kat bintang selatan, benda2 ni tak pernah aku tahu sebab ntahlah..
aku hanya tau sign je..tengok balance duit dan belanja.
bila dah jadi gb, barulah aku tahu segala jenis buku kewangan. ada yang aku tak pernah tengok pun.
tapi..
yang paling bimbang ialah tinggalkan keluarga dan eden.
tambah2 eden bawa kereta ke sekolah.
aku tak berani tanya anak2 keadaan bapak diaorang
yang aku tanya adik angkat eden, "abang dah sampai, syek?"
kalau dia kata dah, aku rasa lega.
ada satu hari tu, dah pukul 8.00 pagi dia tak sampai2.
bila aku call syek, dia kata ada nampak eden kat gerai makan..
main suka2 dia aje bila nak masuk sekolah..
dan yang bestnya aku jumpa kakak ipar di sana..
tapi tak dapat berbual sangat sebab kak erni tinggal di asrama executive you...
ii. kursus fail dan rekod ( 21 - 24 feb )
kali ni aku pergi dengan suamah dan aku jadi driver...
yang ini nampak macam aku yang terror sebab kat sek.bintang selatan, bab fail-memail ni..kira kat sana tu memang up date.
hanya bila bab coding baru ni..nampak macam banyak kerja di sekolah baru.
tapi surelah tak ada masalah..
hanya bab pelupusan fail lama aje yang macam blur sikit.
rasa2nya tak ada masalah kot sebab fail2 lama dan dokumen2 lama dah rosak masa banjir dulu..
yang bestnya kali ni, petang2 kami ala2 jogging ke gohtong jaya.
hari ketiga kami ada body guard ikut iaitu orang kuat nutp wilayah..
kami berjalan sampai strawberry park.
bila balik aku dan suamah naik kereta cikgu halim sebab dah tak larat...
cerita 2. (26 feb )
kenduri kawin 1
bestnya aku dan eden ke kenduri kawin anak mah taib di k.pilah.
bagai direstui Ilahi, aku tiada masalah driving dan tak sesat pun... terus aja sampai ke rumahnya
dan mah seperti yang aku duga macam tu juga.
tak terucap dengan lidah sebab hati yang lebih merasa
gembira sesangat.
lagipun lauk kenduri sedap2 terutama kari daging segar..
lupo kak kiah ado darah tinggi.
bila ingatkan mah, aku teringat seperkara yang diajarnya semasa di kolej dulu.
dia tengok aku sidai kain..
dia kata, memang aku tak seni langsung.
dia ajar aku kalau nak jemur kain, mesti dari yang kecil sampai ke kain yang besar.
lepas tu..diturunnya kain2 aku dan disidainya semula..kahkahkah
aku bagitau dia, adik-beradik aku ada 9 orang..mana nak seninya?
janji semua berjemur..
sampailah sekarang..dah tua2 ni, bila aku jemur aje kain, aku akan sentiasa ingatkan mah.
semoga Allah akan pertemukan lagi aku dengan dia.
dalam perjalanan balik, kami singgah kat ulu bendul.
berjumpa dengan effa di gerainya memang menggembirakan.
tambah2 dia nampak bahagia dengan anak kecilnya..
kenduri kawin 2.
sebelum balik aku dan eden singgah di seremban 2 rumah bapa sedara eleena yang kawinkan anaknya.
beza umur 10 tahun tidak menghalang jodoh mereka berdua kerana jodoh itu kerja tuhan...
yang bestnya tengok anak2 pak muslim menyanyi..meriahnya.
tetiba eden ajak aku mancing kat pd.
joran sebatang pun tak bawa.
aku singgah kat kedai peralatan memancing. kononnya eden nak beli joran yang simple aje.
dakdukdakduk dia pegang mesin rm200, rod rm100 dan tali benang rm 140.
nasib baik masa eden tawar, orang tu tak nak..langsung tak beli.
dalam perjalanan balik, eden tanya aku kenapa tak pergi memancing kat pd tadi?
aku ketawa besar...akhirnya eden pun ketawa sama.
kami singgah makan kat r&r nilai.( ??? )
balik terus ke rumah mak sebab birthday aisyah dan udin..
makan lagi..
cerita 3.
hari ni, aku jadi orang gila..
semuanya pasal saman bodoh tu..
aku keluar dari sekolah jam 2.15 untuk bayar saman di pej.pos brickfields.
sampai di sana, komputer off-line
aku ke hq police traffic... no dah habis.
aku ke post office desa pandan..beratur macam nak gila
hujan lagi
dapat no..tapi jam 6.00 post-office nak ditutup. kami terlopong bila disuruh balik.
nasib baik adikku ker tolong buat on-line.
kaki aku macam nak patah..tapi terubat sebab semasa tunggu ker datang, aku masuk kedai berdekatan pej.pos.
syoknya..kedai jual barangan hiasan..
apa yang aku beli?
rencah nasi beriani.
esoklah aku masak ye?
nak rasa?
buatlah sendiri beb..
Terima kasih Ana dan Cikgu Zainudin,
ReplyDeleteMohon maaf bebanyak kerana tak dapat nak berbual lama........... Rindunya dgn kau Ana.. Aku berdoa agar dapat jumpa dgn kau lagi tapi biarlah berpeluang berbual lama-lama.