kisah saya
bukan aje kerja sekolah yang perlu aku siapkan, kerja rumahpun tetap menjadi keutamaan.
yang aku tak ada ialah tenaga dan masa.
terkejar2
dari pagi
-pagi buta jemur kain,
-menghantar zubir dan eden ke sekolah,(kalau sempat sarapan dengan eden di purnama
merindu)
-masak / mengurus kerja yang berkaitan kehidupan seperti bayar bil, jumpa ntah sesiapa sebab urusan keluarga, (bab ni, makan nasi kedailah bebudak..),
-hari isnin aku ke jabatan ambil surat sebab sekolah tak de pap
-balik sekolah(jammed macam nak gila depan berjaya times square)
-sampai rumah dah tak de tenaga...
kalau eden ajak keluar malam....sedih betul kalau tak tunaikan sebab dia boring kat rumah, tapi badan dah tak larat...
kisah mak saya
mak datang rumah baru2 ni. aku tak ke sana sebab tak ada kereta.
dia menceritakan rasa hatinya yang kecewa dengan sikap anak2nya..
1. janji nak datang tapi tak datang. dia dah masak banyak. bukan sekali tapi dua kali berturut2.
2. sorang ni merajuk tapi tak kena tempat. tak nak tidur lagi rumahnya. sampai dia menangis2.
kata emak,apalah punya anak? tak nak masuk syurga ke?
bab ni aku tak nak campur. aku hanya kata kat mak, nanti aku tanyakan apa hal sebenarnya..
jawapan yang aku dapat:
1. demam.
2. masih merajuk kot...
aku hanya berharap dan berdoa agar mak sihat sejahtera. sebagai anak, aku memang nak habiskan masa dengannya selagi dia hidup tapi apakan daya. aku sekarang mengurus keluarga aku sendirian. hanya sekali-sekala dapatlah aku bawa dia keluar sarapan dan menziarahinya..
kisah eden
yang sorang ni dah mula buat aku pening lalat.
sebabnya dia dah mula kemaruk hisap rokok.
bila ditegur, dia kata rokok buat dia sihat...
apa yang dapat aku cakap ialah eden memang degil dan berlagak.
kuat hisap rokok sekarang macam dulu-dulu.
kadang2 dia cakap nak tobacco..zubir akan tergolek2 ketawa sebab bapaknya sekarang makin hilang vocabnya. tentu pasal bertambahnya nakotin dalam darahnya.
kalau aku cakap macam ini, dia akan angkat jari tunjuk dan kata," diam, diam".
buat aku tersenyum dan tak jadi nak marah..
bila aku cakap nanti kalau dia mati, aku nak kawin dengan bangla, dia marah pulak...
tambahan pulak sekarang dia kuat makan. bertambah-tambah nasi dan lauk.
bab ni memang aku tak berani nak tegur..
takut dia makan aku pulak..
wah..nampaknya semua dah kembali pulih....walau tak seratus peratus tetapi ia semakin baik...take care n all the best
ReplyDeleteAna,
ReplyDeleteKau memang iron women. Aku tabik dengan kau. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kau seharian dan diberi kesihatan yang berkekalan. Tabah dan sabar dengan dugaan dan ujian Allah. Ini adalah kerana Allah nak meningkatkan darjat kita disisiNya.