aku saja tak bawa kereta.
sampai di jab. suamah terus ke majlis bersama pengarah.
aku dah mengadap semalam sebab result sekolah baru aku ni agak teruk pada tahun lepas.
habis aje taklimat ppgb, aku dan nazri ke bintang selatan kerana ada majlis perpisahan.
aku ingat pergi makan2 aje, rupa2nya majlis besar.
aku balik dengan hadiah yang banyak.
rupa2nya hadiah2 itu tidak menyentuh hati kecilku.
ia kurang perisa, macam sambal belacan tiada limau kasturi.
nape agaknya, hanya hati yang tahu....
kemudian, aku balik ke rumah dan pergi ke sekolah semula.
aku lihat van krew tv3 dah sampai.
mereka buat penggambaran di sekitar kawasan sekolah utk program membudayakan tabiat menjaga kebersihan diri.
walaupun aku diberi goody bag berisi bahan penjagaan kesihatan,
hati masih tak tersentuh....
sama macam rasa di bintang selatan tadi...
bila aku fikir2 apa sebabnya
rupa2nya aku belum makan nasi satu hari...
patutlah dunia ni nampak kelam dan tak bermaya...
jangan marah ye..
No comments:
Post a Comment