Hari sabtu baru-baru ini, aku dan eden ke cerating. asalnya nak tengok syafik konvo tapi dek sebab lewat, kami terus check in kat lisnaree, cerating.
tempat ni memang ada kenangan sebab pada 2005 dulu, kami sekeluarga bermalam raya haji kat sini.
puncanya cik alin tamat plkn sehari sebelum raya.
pagi raya tu, kami tak tau mana nak makan sebab tak de kedai yang buka..
in the end, kami makan kat KFC Cukai.
aku yang tak boleh tak makan nasi ni pula dapat belanja makan di tanjung jara
walla...makan nasi dagang kat hotel you..
yang kelakarnya eden tak bagi budak2 makan lagi tapi boleh minum aje.
dan yang paling kelakar ialah eden order aiskrim yang harganya rm9.
betul2 ada 2 skop air kerim dan sebiji ceri kat atasnya.
eden bagi setiap anaknya rasa aiskerim itu yang padanya paling mahal pernah dia minum.
tahun itu kami beraya di rumah pak usu eden di pasir mas kelantan..
kali ni aku dan eden pergi berdua aje
abang yusof dan ina juga berdua.
masing2 tak bawa anak.
cik alin dan syafik tido dengan ibu bapa masing2.kelakar..
sebelum balik kl, kami jumpa nenek syafik kat kuantan
aku dan eden balik ikut jalan lama.
semasa melalui jalan ke janda baik, eden suruh aku berhenti di tepi sungai
semata2 kerana dia nampak ada seorang lelaki memancing di tengah2 hutan tu..
alahai..tak dapat memancing, dapat tengok pun jadilah
eden suruh aku keluarkan joran.
sori brader..wa penat drive kereta beb.
eden yang frust tu aku belanja lemang kat r&r gombak.....
Sunday, April 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment