syoknya bila dapat peluang memancing di kolam ikan dato zainuddin di lancang.
semuanya bermula bila kutak membuka mulut untuk membawa kami memancing patin di sana untuk dijadikan lauk sampingan semasa kenduri pernikahan cik alin. patin masak tempoyak. mmm sedapnya.
tetapi oleh kerana agak suntuk masa, kami tak jadi pergi.
alahai...kesian tengok muka eden yang frust
tapi bila selesai kenduri, sebagai tanda terima kasih aku mencadangkan agar ke sana semula dan kami akan belanja untuk itu..wah..the response was quite amazing.
adik2 jantan dan ipar yang kuat membantu semasa kenduri excited nak pergi kecuali ker tak dapat ikut. dia uruskan event di utm. cuab pula seperti biasa kerja hari sabtu.
aku ke program perhimpunan perdana pibg sekejap aje..tak sempatpun jumpa muhyiddin
bukan tak nak jumpa, tapi ada perjumpaan keluarga yang lebih penting..
yes, yes,yes. fishing @ lancang.
dato' dah sampai awal.
kami sampai hampir 1.00.
elok je lepas parking, eden terus ke kolam 1.
tak sampai 5 minit, talapia dah makan umpan dedak eden.
dia tersenyum lebar. dah lama tak nampak dia senyum kepuasan seperti itu.
kali akhir adalah semasa dia dapat gemang di pulau indah'
kerana ikan terlalu besar, eden berkata, 'tolong.tolong'
almaklum tangan kanannya tak sekuat dulu untuk menaikkan gemang tersebut.
its the same kind of smile ~ satisfaction smile~
that day alone, he caught 6 big fish
but.. he easily exhausted after that.
let alone with his terrible sunburned all over his body.
tapi dia sangat gembira..
memang berbaloi ke sana.
tambahan pula mak ina yang datang bersama shaliza masak asam tempoyak ikan patin.
kami makan macam nak rak.
inilah kenangan yang tak boleh dilupakan.
Wednesday, April 25, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment