Salam.
Dah berapa lama ye? Seperti dah bertahun rasanya..
Bila pelbagai peristiwa dilalui dan dibiarkan begitu saja, terasa tiada kenangan yang ditulis untuk diingati. Seperti menanti satu lagi peristiwa besar dalam hidup berlaku tapi tidak juga kunjung tiba. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menulis semula.
Dari peristiwa eden bersara pada nov.2011 hingga ke pertukaran zaid ke universiti petronas dan yang terbaharu pernikahan cik alin, sebenarnya memang banyak yang berlaku tapi dilalui mengikut lorong kehidupan yang ditetapkan Illahi. dan aku redhakan.
Namun apa yang masih menduga-duga aku adalah diri eden. Bagaimanakah dia nantinya?
Hari demi hari, aku lihat dia semakin kurang bercakap. Apa yang ada dihatinya sukar dibaca.
Pelikkan?
Dahulu sekali kilatan air telah ku tau jantan betinanya
Sekarang tidak lagi.
Aku seperti kehilangan sesuatu tetapi dinafikan ketiadaannya.
Bimbang hinggga 100%
Takut juga 100%
Seperti yang aku katakan, aku hanya melalui lorong kehidupan yang telah ditetapkan.
Penuh dengan kebarangkalian
tapi penuh juga dengan kasih sayang....
Semoga diberkati Allah hendaknya.
Monday, April 23, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment