Sunday, April 29, 2012

pantang nampak air..

Hari sabtu baru-baru ini, aku dan eden ke cerating. asalnya nak tengok syafik konvo tapi dek sebab lewat, kami terus check in kat lisnaree, cerating.
tempat ni memang ada kenangan sebab pada 2005 dulu, kami sekeluarga bermalam raya haji kat sini.
puncanya cik alin tamat plkn sehari sebelum raya.
pagi raya tu, kami tak tau mana nak makan sebab tak de kedai yang buka..
in the end, kami makan kat KFC Cukai.
aku yang tak boleh tak makan nasi ni pula dapat belanja makan di tanjung jara
walla...makan nasi dagang kat hotel you..
yang kelakarnya eden tak bagi budak2 makan lagi tapi boleh minum aje.
dan yang paling kelakar ialah eden order aiskrim yang harganya rm9.
betul2 ada 2 skop air kerim dan sebiji ceri kat atasnya.
eden bagi setiap anaknya rasa aiskerim itu yang padanya paling mahal pernah dia minum.
tahun itu kami beraya di rumah pak usu eden di pasir mas kelantan..

kali ni  aku dan eden pergi berdua aje
abang yusof dan ina juga berdua.
masing2 tak bawa anak.
cik alin dan syafik tido dengan ibu bapa masing2.kelakar..
sebelum balik kl, kami jumpa nenek syafik kat kuantan
aku dan eden balik ikut jalan lama.
semasa melalui jalan ke janda baik, eden suruh aku berhenti di tepi sungai
semata2 kerana dia nampak ada seorang lelaki memancing di tengah2 hutan tu..
alahai..tak dapat memancing, dapat tengok pun jadilah
eden suruh aku keluarkan joran.
sori brader..wa penat drive kereta beb.
eden yang frust tu aku belanja lemang kat r&r gombak.....

Wednesday, April 25, 2012

bestnya memancing di lancang pahang

syoknya bila dapat peluang memancing di kolam ikan dato zainuddin di lancang.
semuanya bermula bila kutak membuka mulut untuk membawa kami memancing patin di sana untuk dijadikan lauk sampingan semasa kenduri pernikahan cik alin. patin masak tempoyak. mmm sedapnya.
tetapi oleh kerana agak suntuk masa, kami tak jadi pergi.
alahai...kesian tengok muka eden yang frust
tapi bila selesai kenduri,  sebagai tanda terima kasih aku mencadangkan agar ke sana semula dan kami akan belanja untuk itu..wah..the response was quite amazing.
adik2 jantan dan ipar yang kuat membantu semasa kenduri excited nak pergi kecuali ker tak dapat ikut. dia uruskan event di utm. cuab pula seperti biasa kerja hari sabtu.
aku ke program perhimpunan perdana pibg sekejap aje..tak sempatpun jumpa muhyiddin
bukan tak nak jumpa, tapi ada perjumpaan keluarga yang lebih penting..
yes, yes,yes. fishing @ lancang.
dato' dah sampai awal.
kami sampai hampir 1.00.
elok je lepas parking, eden terus ke kolam 1.
tak sampai 5 minit, talapia dah makan umpan dedak eden.
dia tersenyum lebar. dah lama tak nampak dia senyum kepuasan seperti itu.
kali akhir adalah semasa dia dapat gemang di pulau indah'
kerana ikan terlalu besar, eden berkata, 'tolong.tolong'
almaklum tangan kanannya tak sekuat dulu untuk menaikkan gemang tersebut.
its the same kind of smile ~ satisfaction smile~
that day alone, he caught 6 big fish
but.. he easily exhausted after that.
let alone with his terrible sunburned all over his body.
tapi dia sangat gembira..
memang berbaloi ke sana.
tambahan pula mak ina yang datang bersama shaliza masak asam tempoyak ikan patin.
kami makan macam nak rak.
inilah kenangan yang tak boleh dilupakan.

Monday, April 23, 2012

Bila beribu peristiwa dilalui...aku mencarimu.

Salam.
Dah berapa lama ye? Seperti dah bertahun rasanya..
Bila pelbagai peristiwa dilalui dan dibiarkan begitu saja, terasa tiada kenangan yang ditulis untuk diingati. Seperti menanti satu lagi peristiwa besar dalam hidup berlaku tapi tidak juga kunjung tiba. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menulis semula.
Dari peristiwa eden bersara pada nov.2011 hingga ke pertukaran zaid ke universiti petronas dan yang terbaharu pernikahan cik alin,  sebenarnya memang banyak yang berlaku tapi dilalui mengikut lorong kehidupan yang ditetapkan Illahi. dan aku redhakan.
Namun apa yang masih menduga-duga aku adalah diri eden. Bagaimanakah dia nantinya?
Hari demi hari, aku lihat dia semakin kurang bercakap. Apa yang ada dihatinya sukar dibaca.
Pelikkan?
 Dahulu sekali kilatan air telah ku tau jantan betinanya
Sekarang tidak lagi.
Aku seperti kehilangan sesuatu tetapi dinafikan ketiadaannya.
Bimbang hinggga 100%
Takut juga 100%
Seperti yang aku katakan, aku hanya melalui lorong kehidupan yang telah ditetapkan.
Penuh dengan kebarangkalian
tapi penuh juga dengan kasih sayang....
Semoga diberkati Allah hendaknya.