Saturday, June 27, 2009

ke lubuk gahal

salam.
nasib baik gak Eden x beli apa2 (for the time beinglah tu)
semalam dia dapat call dari geng baik dia yang ajak ke lubuk gahal. janji jam 8 lepas maghrib. tp ada hal sikit kami ke au 3 utk serah kunci rumah sewa pd new tenant. bestnya dia pun kaki joran.Rden happy betul..
sebelum ke lubuk gahal, aku singgah dulu kat carrefour cari farmacy beli ubat gout Eden.
kami sampai jam 10. kawan Eden yang setia dah tiba.
sebagai angler tak ori, lapas menyebuk, aku pun masuk kereta dan tido.
dan macam biasa eden x dpt ikan. din dapat tongsan dan rohu. syeikh pun dapat rohu.
kesian pulak aku..
balik minum kedai mamak
gosok baju dan tido.
tido 4 jam dah bangun utk ke sek. Eden dah x boleh jln. gout dia makin teruk. mc.
hari ni ada byk hal kat sek. jadual waktu yang dah siap kena rombak lagi sbb x ngam dgn org besar...pulak.
janji nak ke nilai kena batal sbb abang pakai kereta utk ke klia.
duduk rumah rehat ajelah.
kpd elina, sselamat hari jadi dan ulang tahun perkahwinan,

Thursday, June 25, 2009

kereta vivaku hancus baterinya....

Hari ni letih betul aku dibuatnya. Pagi ni kononnya nak keluar awal sebab ada meeting tapi bateri kereta kong pulak. Eden terpaksa ke sekolah naik motor dengan anak dara aku yaya w/pun kakinya ada tanda2 nak kena gout. Aku terpaksa naik teksi. Bukannya tak ada duit tapi kena menebeng tepi jalan tu yang aku tak tahan.
Lepas meeting aku ke sekolah. Banyak gak kerja nak buat tambah2 ada bebudak praktikum. Nampak bebudak kali ini bagus2 jugak. Dek sebab balik naik teksi, aku minta jasa baik staf hantar aku kat tepi jalan supaya aku tak payah jalan keluar. Sampai umah Eden dah siap masak. Bertuah dpt partner yang pandai masak dan pandai makan...Macam biasa dia masak sup ayam.
Hari ini gaji dah masuk. Mula2 melayang rm120 beli bateri, Ha.. Eden ajak aku shopping. Aku nak join dia sebab syok kalau shopping dgn dia. Asalkan jangan dia berenti kat kedai mancing sudah...nanti dia merengek nak beli machine barulah, rod mancing tepi lautlah atau at least belikan dia batu pun jadi. Balik nanti aku cerita dia beli apa okey? babai

Wednesday, June 24, 2009

I Know What I Did Last Summer..?

Hi geng! Akhirnya,, tercipta jugak blog pertama aku! huhu..As this is my 1st post, aku ingat nak story sikit la kat korang apa aku wat semalam.. Apa lagi, mancing ar!! & mandi sungai kot:-P

Semalam aku mandi sungai..sungai yang dulu tohor dah bertambah dalam, and it's very suprising that the fish didn't touch my bait. Orang bagi hotdog pun xnk makan. Baik aku goreng bagi anak aku makan. Lastnyer aku mandi ngan ikan2 tu. Best tp sejuk. Seswai la dengan cuaca yg panas ari tu..

Adik ipar bawak mee goreng. Sedap. Aku amik fishball & jadikan umpan plak. Pon ikan x makan. Camne ni? Umpan lain x bawak plak. Air sungai yang sejuk x dapat menyejukkan hati aku yang PANAS..Eden yang tekun memancing pun naik fed-up. Hujung minggu ni ingat nak gi mancing laut, kalau Eden free. Dengar2 die nak ke kolam dengan geng. Aku malas nk ikut, sebab dah jemu makan ikan kolam..

Biasanya aku kalau nk kemana-mana memang x plan dulu. Boh je. Kadang2 lepas balik sekolah pun jadi....

Ok lah, aku akan post lg dalam ms terdekat. Sila lah melawat lagi blog aku yang x semenggah ni,hehe..kalau sudi sila tgglkan comment yg best2..yang x best aku xnk. Thank you & Babai.

Tengok ikan ni pun dah menitik air liur..
Belum lagi Eden yang masak. Pasal masak, aku serah kat die..Asal makan, die serah kat aku..elok lah tu:-)



P/S Sila2 lah vote poll kat bawah tu yea..thank you!