Monday, November 13, 2023

Bila anak2 turun ke perak

Pada hari Sabtu ptg elsha discharged. Mlm tu yaya dan adam sampai. Zaireen dan syafiq terus ke jelapang rumah father in law dia. Abang dah terbang ke bangkok utk shooting hari jumaat. Spt biasa zubir tinggal jaga rumah. Dia kata masa kami ke maldives nanti,bbaru dia ke seri iskandar tgk elsha.

                                           photo ni yg buat aku ke ipoh


                                     Yaya dan elsha gi minum cendol


     Abang dah ke bangkok utk shooting ala2 ke bangkok ke kita

Pagi ahad, zaireen dan shafiq dtg tenguk elsha. Meriah lunch ramai2. Petang zaireen balik semula ke ipoh. Lepas isya, yaya dan adam bertolak ke kl utk elak jem esok.

Mlm tu, aku dpt wasap dari thad bgtau razak ada di lpoh. Dia dan echah nak melawat tinggalan sejarah sekitar ipoh. 

Utk menyantuni kwn yg dtg, esok kami akan breakfast sekali.

Bab ni aku citer esok yer😁



Bila elsha masuk wad

Bila elsha masuk wad di pantai, ipoh, setiap kali solat aku panjangkan doa utk kesembuhannya. Setelah beberapa hari dia dan ayah mommy nyer berkampung di wad, barulah aku naik ets ke ipoh.

Tiket aku hanya sampai batu gajah. Cik alin tolong belikan tiket online sambung ke ipoh. Dari batu gajah, aku berdiri saja di pintu kerana malas nak tukar coach. Nasib aku baik kerana ada seorang adik yg byk membantu hingga dptkan aku grab ke pantai hospital. Moga Allah akan membalas jasa baiknya. Aamiin


      Berdiri di pintu train utk ke ipoh dgn adik yang bsik hati tu

Sampai di hosp, hiba juga tengok cucu ku yg sorang ni yg nampak sedikit kurus. Aku bawa dia dan pah ke cafe utk makan. Dlm train aku tak makan kerana coach cafe agak jauh.



Zaid mencadangkan aku berkampong dgn mereka di wad. Aku lihat mmg ada extra bed utk aku. Alhamdulillah.

Dua mlm aku di hosp, elsha dpt discharged. Alhamdulillah.

Kami balik ke seri iskandar spt org balik kg. Kereta penuh dgn brg2 kerana balik dari kedah, diorng terus check in hosp. 

Elsha happy dpt keluar
Alhamdulillah


Tuesday, November 7, 2023

Himpunan peristiwa sepanjang oktober

 Biasalah aku, bila lama sikit tak menulis, byklah yg aku lupa. Aku tulis apa yg aku ingat jer yer. 

Itupun refer pd gambar yg aku ambil.☺️

Bulan ni yg paling aku hayati ialah hari kematian mak pd 10hb. Kasih ibu bawa ke syurga. Moga mak tenang di sana. Aamiin

Seperti patah tumhuh hilang berganti, kematian mak Allah ganti dgn kelahiran cucu ku Abrina Elshanum pada 14hb. Kehadiran yg merubah kesedihan ku dgn kesyukuran yg tak terhingga.

Pada 14hb, zaid sekeluarga balik. Cik alin belanja kami makan di muzium islam sempena harijadi elsha. Meriah sungguh. Alhamdulillah.

Esoknya 15hb seperti yg dirancang, birthday elsha disambut dgn saudara mara di restoran rebung. Seronoknya bila saudara mara berkumpul. Kak eni dan anak buah belah eden pun dtg. Saudara belah aku pun ramai yg turut serta

Syukur màjlis itu mengeratkan silaturahim yg sedia terjalin.

Pada 16hb pula, hàri konvo pah. Aku bangga dgn menantu aku sorang ni. Sanggup korbànkan kerjaya utk menguruskan anak dan pada masa sama belajar utk degree in business admin. Alhamdulillah.

Tiba giliran aku pula ke seri iskandar.

Aku naik ets pd hari ahad 21hb dan sampai sana jam 9.30 mlm. Dan mcm rumah no 2😁 . Masa aku sampai sana, zaid pulak ke bangi utk kursus profesionalisma nya. Jadinya kami berempat ajalah kat rumah.

Kalau dah ke sana, mmglah kami anak beranak berjln sakan. Shira pun join sekali

Antara yg akan aku buat ialah breakfast kat kedai bapa sedara restoran farouk dan yg aku pasti tak tinggal ialah breakfast kat kedai taib dan ila. Mcm biasa aku ajak thad dan bakar dan elly breakfast sekali. Kali ni kami ke rumah baru bakar di parit. Aduh.. tak ingat nama kg tu.. Selepas minum air kelapa, kami balik ke seri iskandar. Bakar belanja pulak nasi arab di restoran syria. Memang sedap. Tq bakar. Aku tahu bakar saja belanja kami utk menggembirakan elly. Byk elly makan hari tu. Alhamdulillah. Moga sahabatku ni bertambah baik kesihatannya. Aamiin.

Ini kisah shira pulak. Shira ialah adik pah. Dia duduk bersama pah sejak tamat diploma dan bekerja selama 6 thn mengurus kereta sewa zaid dan pah. Shira akan berhenti kerja utk  berkahwin bulan 12 ni. Tentu pah dan zaid berat hati melepaskan shira. Elsha juga tentu akan rindu mak usunya. Utk meraikan shira, pah belanja dia dan aku tumpang sekaki makan di eaonbig section 17. Aduh..lupa gak nama restoran ni😂😂

Dan pada 26hb, aku bertolak balik kl. Berat rasa hati sbb pah tinggal berdua dgn elsha. Zaid balik ptg ni dan tentu sampai mlm di sana. Apapun semua telah tertulis dan alhamdulillah,kami melaluinya dgn selamat.

Ada lagi satu peristiwa bulan okt ni tp esoklah yer kita sambung.

Ninu nak tido..