Tuesday, October 17, 2023
🙂LAGI BANYAKNYA CITER TERTINGGAL
6. 30 Sept
Tanjung Malim
i . Wedding Su
Aku bertolak ke tanjung malim dgn zahir,ahmad, dan ebi
kononnya nak dtg awal utk majlis nikah su tp bila kami sampai, majlis akad nikah baru jer selesai
Aku berjumpa semula mak su yg pernah aku kenali semasa su di sek rendah
Kami berpelukan dan tersenyum kerana masing2 dah dimamah usia.
ii. Ziarah nani di Rasa kuala kubu bharu
Kebetulan aku dah di tg malim, aku minta zahir bawa aku ke rumah nani isteri arwah atok, geng haji aku.
Walaupun masih dalam edah, nani nampak ceria menyambut aku. anak2nya ramai yg dtg berkunjung sama.
Nani bercerita ttg atok di saat hari terakhirnya. Allah mmg menyayangi atok. Dia pergi dgn tenang.
Moga nani tabah menempuh hidup dan moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh atok.
Monday, October 16, 2023
MAJLIS KONVOKESYEN OUM Ke 26 dan 27
BANYAKNYA YG BERLAKU..(ii)
5. 23 sept
BIRTHDAY BORG JAMALUDDIN
Apa yg buat aku terharu ketika hadir ke majlis ni ialah berjumpa kawan2 lama geng badminton. Bukan pun aku dan eden main pun🙂 kami join utk jumpa2 kat badminton court, tgk diorg main lepas tu gi makan😄 Ada beberapa kali kami gi makan angin ramai2. Gi haadyai, palembang dan vietnam. Sayang fotonya tiada dlm simpanan.
Lama betul tak jumpa..
Sesekali jumpa nampak masing2 dah uzur.
Itulah hukum alam yg kita kena terima dan redha.
Zila pun ada
Thursday, October 12, 2023
BANYAKNYER YG BERLAKU..( i )
1. 15 Sept
MENJADI PELAJAR SEMULA☺️
Ntah mengapa hati terbuka utk belajar semula. Belajar yg tak memerlukan aku menghafal atau membuat kajian yg ilmiah.
Aku mendaftar awal dan pd 15. Sept ada taklimat online.
Punyalah lama sampai aku tertido.
Org tualah katakan.
Nasib baik sempat gak aku dengar bab bayaran yuran😄
Aku mengikuti program sijil pengajian alquran anjuran UM.
Mcm tak percaya tp nyata.
MAMPUKAH AKU
Korang doakan aku yer.
2. 16 Sept
MANCING DI JERAMSebenarnya pd tarikh ni aku ada beberapa hal tp utk tidak menyemakkan kepala, aku ikut keir dan abang gi mancing.Yah, ati dan keluarga mereka tido sana tp kami balik.Air cantik, org dpt ikan tp aku tak.
Di jeti pantai indah resort
3. 17 Sept
MAKAN RAMBUTAN DI PANGSUN@family gathering
Aku balik hari gi mancing tu sbb projek ni.
Oleh kerana potluck, aku yg sepatutnya masak nasi lemak tukar jadi roti canai sbb ani nak bawa nasi lemak. Aku mmglah happy sbb senang gitu.
Selain aku, ani, kutak, lan, dan keir, rose mak long pun dtg.
Anak2 diorg mandi sungai, kami mengait rambutan dan pulasan.
4. 18 -21 Sept
PERLIS HERE WE COME!!!
Ni projek odi sebenarnya. Dia nak jumpa classmate dia masa sek rendah. Mcm biasa, kami ber4. Aku,odi,raimi dan cik nor.
Nama kwn odi n8, Hasan. Bekas guru di kolej vokesional. Wife dia pun cikgu.
Hari 1
Kami naik air asia sampai alor setar.
Azizah geng aku ting 6 SAB tunggu dgn suaminya dan kami minum ptg.
Lepas check in hotel samila, kami tido.
Hari 2
Kami ke perlis selepas zah belanja sarapan. Aku drive naik kereta sewa terus ke rumah Hasan.
Kami dipandu ke bandar kangar utk lunch dan ditunjukkan hotel yg dia recommend utk kami ..the ants..
Ptg dia dan wife bawa kami ke kuala perlis makan laksa yg famous tu. Dia bawa melawat sekitar kuala perlis.
Ni yg paling best!!
Aku drive ke timah tasoh. Lepas tu,naik bot keliling dam.
Drive pulak ke wang kelian. Ingat ada shopping area ke..
Tau2 sampai kat tempat imegresen.
La..
Dah sampai sini takkan tak disinggah padang besar kot..
Tak beli apa2..
Gi lunch aje
Balik ke hotel semua dah lunyai.
Kahkahkah
Tido x sedar diri. Tau2 hassan call ajak dinnerrr..
Kami ke kuala perlis semula.
Lepas makn hasan bawak gi arau tgk bandar di raja.
Hari 4
Lepas sarapan, kami drive balik alor setar dan terus ke rumah zah.
Dia tak puas hati nak jugak belanja makan nasi daging yg popular tu.
Lepas melawat sekitar alor setar , kami bertolak ke airport.
*kalau tanya aku, this is the best outing kitorang so far.
Alhamdulillah.
(Sambung esok sbb panjang citer bulan sept ni)
Wang kelian
Subscribe to:
Posts (Atom)